15 January 2012

Kitab Bidayatul Hidayah - Imam Ghazali


Kulit buku Kitab Bidayatul Hidayah karya Imam Ghazali

Ustaz Helmey Yahya dalam kuliahnya malam ini mengupas tentang isu maksiat hati, bilamana manusia sentiasa terpedaya dengan amal perbuatannya yang selalu difikrkan sudah cukup baik, tetapi malangnya tidak diterima Allah kerana ada unsur2 maksiat hati.

Bahawa sebelum alam ini dijadikan, Allah telah menjadikan 7 malaikat yang setiap satunya menjaga setiap lapis langit dari langit pertama hingga ke 7. Malaikat setiap lapis langit akan menapis setiap ibadat manusia, selagi ada unsur2 maksiat hati dalam diri seseorang, maka ibadah itu tidak diterima bahkan akan dikembalikan kepada tuan empunyanya.

Antara kesilapan manusia menurut Imam Al Ghazali ialah:-

a) Berbuat ibadat yang zahir seperti solat, puasa, berzakat, bersedeqah, menunaikan haji, membaca quran dan sebagainya sedangkan ia tidak membersihkan hatinya daripada maksiat-maksiat yang batin seperti riya’, ujub, sum’ah, kibir, hasad dengki, dan lain-lain lagi, maka ia telah terpedaya kerana ibadat yang zahir itu sahnya bergantung kepada pemulihan hati daripada sifat-sifat jahat yang ada di dalamnya.

b) Mereka yang mempunyai harta dan membelanjakannya dalam kerja-kerja kebajikan dengan disertai Riya’ (menunjuk-nunjuk) atau Ujub’ (berbangga diri) atau Sum’ah atau kerana mahukan kemegahan atau mencari kemashuran dan supaya manusia menyebutnya sebagai pemurah hati yang mahukan pujian.

Ikuti kuliah beliau minggu depan untuk mengikuti kandungan kitab ini tentang maksiat hati moga kita dijauhkan darinya.

No comments:

Post a Comment