Yayasan Wilayah Persekutuan bantu penyewa PPR dan PPA miliki rumah
26/01/2012 2:24pm
KUALA LUMPUR 26 Jan. - Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar akan melancarkan skim Yayasan Wilayah Persekutuan bagi membantu penyewa rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR) dan Projek Perumahan Awam (PPA) yang kurang berkemampuan di sekitar ibu kota memiliki kediaman sendiri.
Menterinya, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin berkata, yayasan yang akan dilancarkan pada Mac depan merupakan hasil kerjasama kementerian dengan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk menyalurkan pinjaman kewangan kepada pemohon.
"Melalui yayasan ini kita akan membantu penyewa-penyewa PPR dan PPA khususnya Perumahan Awam DBKL yang dikehendaki berpindah dari rumah mereka agar dapat membeli rumah baru yang lebih selesa.
"Kita sedia maklum adakalanya terdapat bank-bank yang enggan memberi pinjaman kepada golongan ini disebabkan faktor kurang berkemampuan membayar balik pinjaman, umur atau nama pemohon telah disenaraihitamkan,” katanya kepada Bernama selepas ditemu bual dalam program “Ala-Carte Pagi” Bernama Radio24, di Wisma Bernama, di sini, hari ini. — BERNAMA
26 January 2012
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment