Rakyat Malaysia akan dapat melihat satu lagi tanda kebesaran Allah SWT pada hari Sabtu awal pagi, 1 Januari 2011 mulai jam 1.17 pagi, fenomena gerhana bulan.
Kali ini ia agak istimewa kerana berlaku pada hari pertama tahun 2011, seolah2 menyambut kedatangan tahun baru. Bagi umat Islam, kita digalakkan mengadakan solat sunat gerhana. Ia boleh diadakan disurau atau secara sendirian.
Gerhana bulan separa kali ini akan bermula pada jam 01.17 minit pagi dimana bulan akan mula memasuki bayang penumbra bumi (P1 pada rajah 2). Ingin diingatkan disini bahawa bayang penumbra adalah bayang bumi yang separa gelap. Maka bayang yang akan bakal kelihatan di permukaan bulan berkemungkinan tidak dapat dikesan oleh mata kasar disebabkan oleh kontras yang kurang ketara.
Maka ingin saya cadangkan anda memulakan cerapan dengan mula melihat bulan ketika ianya sedang ingin masuk ke bayang umbra bumi pada jam 02.52 minit pagi (U1). Bermula dari detik ini, anda akan melihat sebahagian kecil dari permukaan bulan akan dimamah secara perlahan2 oleh bayang umbra bumi.
Keadaan ini akan berterusan sehinggalah kemuncak gerhana iaitu pada jam 03.23 minit pagi. Seterusnya bulan akan terus berada dalam bayang umbra sehinggalah ia keluar secara keseluruhannya dari bayang umbra pada jam 03.52 minit pagi (U4).
Bulan akan keluar dari bayang penumbra pada jam 05.28 minit pagi (P4) yang menandakan berakhirnya peristiwa kali ini.
Rajah 2
Gambar kiri, gambar bulan semasa gerhana . Gambar kanan semasa sebelum gerhana.
20 December 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment