01 December 2010

Kem Pewaris Generasi Soleh - Maklumat Terkini!




Peta ke PDS KEM atau KEM PLKN Port Dickson (sila klik atas gambar utk lebih besar)



Pintu masuk kem PLKN Port Dickson




Bilik dorm peserta

Tempat Kem ini diadakan telah diubah ke Kem PLKN Port Dickson kerana sebab-sebab teknikal. Masa dan tarikh tidak berubah iaitu 4 hingga 6 Disember 2010. Berikut maklumat untuk para peserta kem tersebut:-

a) Sila pastikan anda berada di surau al hijrah pada jam 1.00 tengahari, diambil kedatangan serta menunaikan solat Zuhur berjemaah.
b) Bas akan bertolak pada jam 2.00 petang tepat, Sabtu, 4 Disember 2010.
c) Sila pastikan pakaian / kelengkapan / alat kebersihan diri dibawa seperti yang disebut dalam borang penyertaan.
d) Peserta perempuan mesti menutup aurat.
e) Bas akan bertolak pulang dari Port Dickson pada jam 3.30 petang, Isnin, 6 Disember 2010 dan dijangka sampai di Pantai Ria pada jam 6.00 petang.
f) Handphone / alat game video / peralatan tajam adalah dilarang sama sekali. Jika dijumpai, alat itu akan disimpan sehingga kem selesai.

Sila pastikan anda mematuhi arahan2 dari pihak penganjur / berdisiplin / mematuhi masa. Peserta yang engkar dan melanggar arahan akan diketepikan dari program2 akan datang.

Pihak kami amat berterimakasih kepada PERKIM Kebangsaan serta Perkasa UKM yang memberi sokongan sehingga kem ini dapat direalisasikan.

No comments:

Post a Comment