27 December 2010

STICKER KERETA RUMAH PPR


Kawasan parking di PPR Pantai Ria antara blok B dan C ,
sentiasa padat dan ramai terpaksa buat double parking


MAKLUMAN DARI DBKL

PELEKAT KERETA JABATAN PENGURUSAN PERUMAHAN


Jabatan Pengurusan Perumahan akan mengeluarkan pelekat kereta bagi tahun 2011/2012 untuk kegunaan penghuni di semua kawasan Perumahan Awam DBKL. Hanya sekeping pelekat kereta dikeluarkan bagi setiap unit rumah dan ianya berharga RM 5.00 sekeping. Penghuni yang layak dikehendaki mendapatkan pelekat kereta tersebut di Pejabat Kecil Perumahan di kawasan perumahan masing-masing bermula pada 20 Disember 201 dengan mematuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan. Penggunaan pelekat kereta tersebut berkuatkuasa pada 20 Disember 2010.

Tindakan penguatkuasaan akan diambil terhadap kenderaan yang gagal mematuhi peraturan serta melakukan halangan lalu lintas di dalam kawasan Perumahan Awam DBKL.

KOMEN

1. Tidak diketahui bagaimanakah penguatkuasaan terhadap sticker nak dibuat
2. Tambahan sticker untuk kereta ke 2 dan 3 bagaimana? Diberitahu bahawa sticker tersebut boleh didapati dengan tempoh sah 1 minggu sahaja. Selepas itu kena renew balik kat pejabat kecil. Bayaran? Tak diketahui
3. Kalau DBKL nak betul2 kuatkuasakan sticker ini dan supaya tak ada kereta luar masuk, baiklah dibuat "boom gate" dan ada pengawal yang jaga.
4. Pihak DBKL memang boleh saman/kompaun kereta yg tak ada sticker. Tapi saman itu akan dibayar atau tidak tidaklah diketahui.

1 comment:

  1. Assalamualaikum... Mengapa keadaan ini berlaku?
    Antaranya kebanjiran beramai-ramai perpindahan
    penduduk secara serentak dan rumah yang diduduki disewa kepada pihak luar... Bayangkan 1 rumah diduduki 4 bujang yang kesemuanya berkereta? Bagaimana pula 10 buah rumah?... Saya cadangkan hanya mempunyai sticker shj layak parking dibahagian dlm kaw. pangsa manakala penyewa luar dibahagian luar... Ambil tindakan sebelum ia semakin berleluasa.

    ReplyDelete