17 October 2013

Program Ibadah Korban 1434Hijrah

Sebanyak 9 ekor kerbau dan seekor lembu berjaya dikorbankan pada hari Selasa, 15 Oktober 2013 ,untuk memenuhi tuntutan agama yang disyariatkan kepada umat Nabi Muhammad SWT. Hampir 160 orang petugas bertukus lumus melaksanakan ibadah korban pada kali ini. Daging2 korban diagihkan kepada penduduk lebihkurang jam 12.30 tengahari. Terimakasih kepada semua petugas dan sukarelawan yang membantu kami menjayakan program ini.

Agihan Daging Korban (Ditetapkan oleh AJK Surau)

Setiap rumah = 1 kg daging (yang hadir mengambilnya)
Anggaran 300 rumah = 300 kg

Setiap peserta korban/akikah = mendapat 5 kg daging
Jumlah peserta:  10 ekor X 7 orang/ekor X 5kg seorang= 350kg

Setiap petugas  = mendapat 2 kg daging 
Jumlah petugas lelaki/wanita :  160 orang X 2 kg daging = 320 kg

Jumlah yang diagihkan: anggaran : 970 kg


Selebihnya untuk dimasak/jamuan makan.

                                                         9 ekor kerbau yang ditumbangkan
no 1

                                                                                         no 2

3

4 - kolam mandi khas untuk kerbau, mandilah puas2 sebelum kamu dikorbankan !

5

6

7

8

9 - kerbau ni tak sangka dia boleh berendam dan berkubang kat Kuala Lumpur ! bukan kat Siam saja





Penduduk beratur mengambil daging korban







6 comments:

  1. Alhamdullilah ibadah korban telah terlaksana sudah dengan sebanyak 9ekor kerbau dan 1ekor lembu pada hari selasa 15 october yang lalu yang mana boleh dianggapkan korban terbesar di surau alhijrah PPR Pantai Ria. disini jika dikaji semula untuk mengagihkan daging korban tersebut sebanyak 1kilo setiap rumah selepas ditolak kepada perserta dan petugas serta untuk jamuan makan saya rasa tidak kurang 500 kilo atau 500 rumah. Semasa penduduk sedang beratur mengambil daging korban tersebut saya dapati tidak sampai 300 orang yang beratur untuk mengambil daging tersebut dan ada tak dapat pun. jadi disini saya inging menyatakan kemana perginya daging daging tersebut. lagi satu ada petugas petugas yang bukan dari penduduk PPR Pantai Ria. tentang jamuan makan tengah hari seekor kerbau telah dimasak. untuk pegetahuan seekor kerbau yang daging nya lebih kurang 130kilo boleh dimakan seramai 1500 orang. tetapi jamuan itu hanya untuk petugas petugas sebanyak 160 orang. dan tidak untuk orang ramai kemana perginya gulai daging tersebut. untuk maklumat pada keesokkan hari pengerusi surau ada berjumpa dengan seorang penduduk dan bertanyakan ada kah beliau telah mendapatkan daging korban tersebut. penduduk itu menjawap bahwa beliau serta adik beradik tidak dapat pun dagin tersebut kerana daging tersebut telah habis. lalu pengerusi itu suroh penduduk tersebut pergi kekedai beliau untuk mengambil daging tersebut. Jadi disini saya ingin menyatakan bahwa amanah yang diberikan kepada kita hendaklah dijalankan dengan ikhlas dan jangan ada ajenda tersembunyi. saya tak mahu membangkitkan kisah silam masa lalu tentang majlis korban yang dilakukan dari tahun 2008 yang lalu yang mana mesti ada masaalah berlaku. Disini ingin saya bertanya kepada pengerusi surau alhijrah PPR Pantai Ria sama ada beliau telah pergi haji atau belum?. saya komen disini kerana terlalu banyak rungutan dari penduduk penduduk PPR Pantai Ria sendiri. saya mohon maaf sekira nya apa yang saya nyatakan disini akan menyinggung perasaan mana mana pihak tetapi apa yang nak saya nyatakan disini supaya ianya tidak berlaku lagi pada masa hadapan dan biar semua penduduk tidak memandang serong terhadap kepimpinan surau tersebut. saya mohon maaf sekira nya apa yang saya tulis ini menyingung perasaan kerana ianya bersifat membina untuk masa hadapan. Alhamdullilah

    ReplyDelete
  2. tkasih atas teguran anda, anda mungkin salah seorang petugas atau penduduk, saya akan memberikan penjelasan tentang kemushkilan anda itu nanti.

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum...
    Sy slh seorang penduduk pantai RIA....Perdana sekali sy ingin mngucapkan settinggi2 kesyukuran kehadrat ilahi kerana tlg mmberi rahmatnya kpd kita untk menunaikan Ibadah korban dgn sempurna...alhamdulillah...ingin sy katakana disini walaupun sy slh seorang tidak mndpt daging tersebut syg tidak kan menuntut apa2 dr pihak surau...malah sy Amat bersyukur...jgnla kita mempertikaikan apa yg org lain tlh lakukan kerana kita samasekali tidak th apa yg mereka telah lakukan...personal kan Amanah...?sy melihat sndr ajk surau bersengkang mata menjaga Amanah yg org berikan kepada mereka...alhamdulillah...sekian...

    ReplyDelete
  5. memang mudah untuk kritik dan komen, tetapi untuk melaksanakannya yang payah. Sesiapapun boleh bercakap tapi gunalah akal yang tuhan bagi, bukan komen semberono. Untuk orang yang kuat komen ni, tahun depan minta ajk surau lantik orang ni jadi ketua petugas, kita tengok pula betapa bagusnya dia uruskan program ni

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum

    Rumah siap pahat berbunyi. Itulah rencah kehidupan yang berlaku dimana-mana. Mengkritik, memberi pendapat atau teguran haruslah disertai dengan niat untuk kebaikan. Kritikan atau komen yang berniat mencari kesalahan orang lain bukanlah tindakan yang baik tetapi lebih menjurus kepada membuka pekung masyarakat sendiri. Isu daging korban bukan perkara baru,. saban tahun masalah agihan menjadi isu. Pihak pengurusan surau perlu mencari kaedah atau mekanisma terbaik supaya isu yang sama tidak berulang. 9 ekor kerbau dan seekor lembu bukan jumlah yang sedikit. Mereka yang melaksanakan ibadah korban adalah untuk mencari keredhaan allah. Bila pahat berbunyi adakah ibadah kita sampai kepada matlamatnya? Ahli kariah, petugas dan pengurusan surau mesti mempunyai keikhlasan dalam melaksanakan peranan masing-masing. Jadikan tugas yang dilakukan sebagai ibadah, barulah apa yang kita lakukan diberkati dan diredhai allah.

    ReplyDelete