24 July 2013

Jemaah Solat Tarawikh Makin Kurang

dari pemerhatian yang dibuat, nampaknya Jemaah yang hadir ke surau untuk solat Tarawikh sudah semakin kurang. Jemaah lelaki terutamanya sudah berkurangan 2 atau 3 saf. Tidak terkecuali Jemaah wanita.

Keadaan ini tidak berlaku di surau kita sahaja tetapi juga berlaku dimana-mana masjid atau surau. Semangat untuk beribadat dan merebut peluang yang Allah tawarkan pada bulan Ramadhan sudah semakin luntur.

Adakah kita semakin sibuk untuk membuat persiapan menyambut Hari Raya nanti ? Mungkin ada segelintir sibuk memasak kuih atau bershopping kerana masih banyak yang belum dibeli?

Seseorang yang beriman dan percaya kepada mukjizat bulan Ramadhan sudah pasti tidak akan melepaskan peluang yang Allah berikan. Pahala yang Allah tawarkan untuk diberikan kepada hambanya yang bertaqwa sangatlah banyak.

Menurut Ustaz Khoirudin, semasa tazkirah Ramadhannya, pahala kepada ibadat sunat dibulan puasa ini adalah sama seperti solat fardhu. Manakala pahala untuk solat fardhu pula berlipat kali ganda.

Pahala sedekah umpamanya, kalau dibulan lain akan diberi 70 ganjaran namun dibulan puasa, sedekah kita akan diberi 700 ganjaran.


Sepatutnya, lagi hampir ramadhan sampai ke penghujung, makin banyak umat Islam beribadat terutama untuk merebut Lailatul Qadar. Masa untuk urusan dunia dikurangkan. Itulah sikap seorang mukmin sebenar.

No comments:

Post a Comment