Tazkirah malam ke 2 malam tadi, Rabu, 10 Julai menampilkan Ustaz Adlin Salleh, pensyarah UNISEL.
Beliau memperkatakan tentang takwa dan apakah maksud takwa yang sebenar. Berikut ialah jawapan Saidina Ali k.w. tentang takwa.
Suatu hari, seorang sahabat bertanya kepada Sayyidina Ali bin Abi Thalib k.w. tentang apa itu taqwa. Beliau menjelaskan bahwa taqwa itu adalah :
1. Takut (kepada Allah) yang diiringi rasa cinta, bukan takut karena adanya neraka.
2. Beramal dengan Alquran yaitu bagaimana Alquran menjadi pedoman dalam kehidupan sehari-hari seorang manusia.
3. Redha dengan yang sedikit, ini berkaitan dengan rezeki. Bila mendapat rezeki yang banyak, siapa pun akan redha tapi bagaimana bila sedikit?
4. Orang yang menyiapkan diri untuk “perjalanan panjang”, maksudnya adalah hidup sesudah mati.
Dalam kupasannya yang ringkas, Ustaz Adlin menyatakan perasaan takut kepada Allah SWT akan menjadikan manusia sentiasa membuat kebaikkan. Jika bekerja, manusia tak akan rasuah / mencuri tulang / tidak amanah kerana takutkan Allah. Manusia akan sentiasa jujur dalam semua tindakkan dan akhirnya masyarakat akan menjadi aman.
Manusia perlu sentiasa membuat kebajikan didunia ini kerana mati akan datang bila-bila sahaja. Mati akan menjemput manusia tidak mengira waktu. Jadi manusia perlu gunakan masa yang ada ketika masih muda / masih sihat / bertenaga. Bila usia dah menjejak senja, manusia hanya ada kelebihan pada kehidupannya sahaja.
No comments:
Post a Comment