Murid maut tersepit lif
Khairul Amir Azri Lani, 11. Gambar NST
ANGGOTA paramedik memeriksa keadaan jenazah Khairul Amir di dalam lif.
Anggota polis mengeluarkan mayat Adik Khairul Amir Azri Lani,11 - Foto Bernama
IBU Khairul, Nor Hazilah Mat Zain pengsan sebaik mayat anaknya dikeluarkan dari dalam lif.
Kejadian berlaku kira-kira pukul 12.50 tengah hari sewaktu mangsa, Khairulamir Azri Lani, 11, mahu singgah di rumah neneknya yang terletak di tingkat tiga.
Ketika kejadian, terdapat 13 murid dan lima pelajar sekolah menaiki lif tersebut bersama mangsa dan kesemua mereka trauma melihat mangsa tersepit dan mayatnya tergantung di depan mata.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Bomba, Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, Azizan Ismail berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai insiden itu pada pukul 1.16 petang. Sebuah jentera bomba bersama tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Bandar Tun Razak tiba di lokasi kejadian dalam tempoh 11 minit.
Beliau berkata, pasukan penyelamat kemudian berjaya membuka pintu utama lif yang tertutup dan membawa keluar 17 mangsa lain yang terperangkap dengan selamat.
"Anggota bomba kemudian dimaklumkan bahawa ada seorang mangsa tersepit dalam lif dan operasi mengeluarkan mangsa yang didapati sudah meninggal dunia segera dijalankan.
"Mayat mangsa yang cedera parah di tengkuk akibat tersepit antara pintu dan dinding lif berjaya dikeluarkan dalam masa lima minit," katanya kepada pemberita ketika ditemui di lokasi kejadian.
Sementara itu, seorang pelajar yang turut terperangkap bersama mangsa dalam lif, Mohd. Nor Asyriq Mohd. Zafridin, 17, berkata, lif yang dinaiki mereka tiba-tiba terhenti antara tingkat tiga dan dua dengan pintu terbuka.
Mohd. Nor Asyriq berkata, Khairulamir kemudian cuba melompat keluar ke tingkat tiga dalam keadaan teragak-agak namun bernasib malang apabila lif tersebut tiba-tiba bergerak turun ke bawah.
Katanya, mangsa yang tidak sempat melompat keluar telah tersangkut kepalanya di pintu lif dan dinding, manakala kakinya terjulur ke bawah.
"Kejadian berlaku begitu pantas. Saya sempat melihat tubuh Khairul Amir bergerak sedikit sebelum tidak bernyawa.
"Dia langsung tidak mengeluarkan bunyi. Dalam keadaan cemas, kami sempat menjerit meminta tolong dan mujur seorang penghuni yang mahu mengguna lif menyedari kejadian itu lalu menghubungi bomba untuk meminta bantuan," katanya.
Mohd. Nor Asyraf berkata, sebelum kejadian, penghuni perumahan tersebut memang menyedari lif berkenaan mengalami masalah iaitu sering tertutup dan terbuka secara tiba-tiba namun tidak menyangka insiden ngeri akan berlaku.
No comments:
Post a Comment