19 July 2013

Tazkirah Malam ke 10 - Ustaz Kalam Mazad

Ustaz Kalam Mazad - JAKIM


Melalui tazkirahnya pada malam yang ke 10, Khamis, Ustaz Kalam dari JAKIM menerangkan tentang ganjaran2 yang Allah WT berikan kepada umatnya yang beramal ibadat sepanjang bulan Ramadhan ini.

Allah menggandakan ganjaran2 untuk hambanya yang bertaqwa dimana mereka berpuasa dengan ikhlas kerana Allah. Tujuaah puasa yang sebenar pun adalah untuk melatih manusia menjadi manusia yang bertakwa.

Setiap ibadat sunat yang dibuat akan mendapat ganjaran seperti ibadat fardhu , apatah lagi ibadat fardhu. Umat Islam perlu berebut peluang yang Allah berikan.

Para remaja masakini ramai yang menyimpang dari ajaran Islam sebenar. Mereka membazirkan masa dengan percuma dan sia-sia di shopping complex, tepi2 jalan dan sebagainya. Alangkah ruginya mereka ini yang hilang pedoman agama . Puncanya adalah kerana kurang didikan agama oleh  kelalaian ibubapa sejak mereka kecil.

Ustaz Kalam juga menyeru supaya umat Isam tidak menjadikan bulan Ramadhan sebagai bulan untuk membazir. Jika dibulan biasa, kita boleh berbelanja ala kadar, tetapi dibulan puasa, sikap kita membeli makanan untuk berbuka sangat berbeza.

Kita akan terliur untuk membeli berbagai-bagai jenis makanan kerana hawa nafsu. Makanan yang dimakan hanya sedikit dan akhirnya baki makanan yang tidak habis berakhir di tong sampah.

1 comment:

  1. Salam tuan, boleh saya dapatkan cara untuk menghubungi ustaz mazad?

    ReplyDelete