10 July 2013

Lebih 600 Jemaah Tunai Solat Tarawikh Malam Pertama

Malam pertama Ramadhan menyaksikan lebih 600 penduduk Pantai Ria serta kawasan sekitar membanjiri Surau Al Hijrah untuk menunaikan solat sunat Tarawikh berjemaah iaitu suatu amalan yang amat dituntut di bukan Puasa ini. Amat besar ganjaran bagi orang yang beribadat dibulan yang mulia ini. Semua tempat dipenuhi jemaah.

Pada tahun ini, pihak surau menempatkan jemaah wanita didalam surau sementara lelaki dibahagian luar (khemah tambahan) supaya kaum wanita rasa lebih selesa beribadat kerana keperluan mereka lebih berbanding lelaki.

Tazkirah untuk malam pertama ini di isi oleh Ustaz Khoirudin Lubis, beliau juga pengajar kelas Tajwid surau kita.

Antara pengisian tazkirah malam tadi ialah betapa Allah SWT menurunkan rahmat dan keampunan kepada hambanya yang tidak jemu2 menunaikan amalan yang baik sepanjang bulan Ramadhan ini.

Hambanya yang membaca 1 huruf sahaja ayat AlQuran akan dibalas 10 kebaikkan, apatah lagi jika membaca 1 atau 10 muka surat pada setiap malam bulan Ramadhan, amat besar ganjarannya. Ustaz menyeru umat Islam tidak melepaskan peluang untuk membaca Al Quran yang akan menerangkan kubur kita ketika dalam alam kubur yang gelap gelita nanti.

Alhamdulillah, program tadarus AlQuran telah bermula malam tadi. Lebih 20 peserta terlibat. Kami masih mengalu-alukan peserta yang lain untuk turut sama bertadarus.

Ustaz Khoirudin sampaikan tazkirah - berkisar kewajipan berpuasa dan amalan yang dituntut

Zuhari dan Nik
 


Pak Ngah pun ada

Yusri, En Idris dan saidon

En Kahar dan Hj Kairom










Jemaah wanita solat didalam surau sementara jemaah lelaki dibahagian luar





No comments:

Post a Comment