04 July 2013
Presiden Mesir - Morsi Tumbang !
Presiden Morsi - kuasanya hanya bertahan setahun walaupun telah dipilih secara demokrasi oleh rakyat Mesir dalam Pilihanraya Umum tahun lepas.
Adly Mansour dipilih tentera untuk memangku jawatan Presiden Mesir buat sementara waktu hingga pemilihan presiden baru dibuat. Beliau adalah Presiden Ketua Mahkamah Agung Mesir .
Tentera Mesir pada hari Rabu telah melancarkan rampasan kuasa (kudeta) terhadap Presiden Mesir Mohammed Morsi sekitar jam 2 pagi waktu Malaysia.Kini negara yang mempunyai lebih 10,000 rakyat Malaysia yang kebanyakannya pelajar berdepan ketidaktentuan selepas perlembagaannya digantung.
Suasana Dataran Tahrir Mesir - pengokong pembangkang berhimpun
Panglima tentera Jeneral Abdel Fattah el-Sisi dalam satu kenyataan yang disiarkan oleh semua media kerajaan memberitahu hak Morsi sebagai presiden telah terlucut. Beliau juga mengumumkan sebuah kerajaan sementara (interim) dibentuk sementara sebelum pilihanraya baru diadakan.
El Baradei - antara pemimping pembangkang yang menggerakkan protes jalanan dan meminta Presiden Morsi melakukan pembaharuan
Sewaktu berita ini ditulis jam 4 pagi, keadaan terkini di Mesir wujud dua himpunan melibatkan ratusan ribu rakyat, satu pro Mursi di Nars City, dan satu lagi anti Mursi di Dataran Tahrir yang jaraknya kurang 20 kilometer. Lebih 16 orang terkorban Selasa selepas berlaku pertempuran antara penyokong dan penentang Morsi di Universiti Kaherah.
General Abdul Fattah Alsisi - pemimpin tentera yang menggerakkan rampasan kuasa melucutkan kuasa Presiden.
Tentera Mesir kini mengerakkan ratusan kereta kebal membuat kepungan di laluan utama di negara itu. Belasan pemimpin utama gerakan Ikhwanul Muslimin, penyokong kuat Morsi, dilaporkan ditahan oleh tentera Mesir. Sehingga kini keadaan lebih 10 ribu rakyat Malaysia yang kebanyakannya pelajar masih belum diketahui.
Penyokong pembangkang membakar bunga api tanda gembira Morsi telah digulingkan
Dua tahun lalu, ketika revolusi pertama rakyat Mesir mengulingkan Hosni Mubarak, kerajaan melaksanakan misi perpindahan terbesar rakyat Malaysia dengan membawa pulang kesemua mereka ke tanah air. Setakat awal pagi ini juga masih belum ada kenyataan terbaru dari Wisma Putra mengenai keadaan rakyat Malaysia di sana.
Sementara itu, agensi berita AFP melaporkan Morsi dalam satu kenyataan bertegas untuk mempertahankan jawatannya sebagai pemimpin negara ini, yang dipilih secara sah serta akan mempertahankan Perlembagaan dengan nyawanya. Dalam ucapan yang disiarkan secara langsung melalui televisyen tengah malam tadi, Mursi memberi amaran sebarang tindakan melanggar proses demokrasi yang dilaksanakan melalui pilihan raya pada tahun lepas, akan membawa Mesir ke kancah bahaya.
Harga mempertahankan kesahihan demokrasi adalah nyawa saya. Kesahihan ini merupakan jaminan untuk mempertahankan negara," katanya dalam ucapan selama 45 minit tersebut. Beliau berkata demikian ketika beribu-ribu penunjuk perasaan berkumpul di seluruh negara masuk hari ketiga bagi mendesaknya meletakkan jawatan.
Tentera mengambil tempat
Penyokong Morsi turut mengadakan perhimpunan sehingga menyebabkan berlakunya pertempuran dengan penunjuk perasaan anti kerajaan, yang menyaksikan 16 orang maut setakat ini dan beratus-ratus lagi cedera di Universiti Kaherah. Ketua Tentera, Jeneral Abdel Fattah al-Sisi, kelmarin memberi Morsi tempoh 48 jam untuk memenuhi permintaan penunjuk perasaan, sebelum pihak tentera campur tangan dalam rusuhan tersebut.
Walaupun tidak merujuk secara langsung tentang kata dua yang diberikan oleh Abdel Fattah dalam ucapannya itu, namun Mursi dalam satu mesej yang diposkan dalam akaun Twitternya meminta pihak tentera menarik balik kenyataan tersebut. Morsi menegaskan tentang kesahihan jawatannya di sisi Perlembagaan dan menolak sebarang cubaan untuk melanggarnya.
Tentera digesa menarik balik amaran mereka dan menolak sebarang tindakan mengikut pengaruh dari dalam atau luar negara," kata mesej itu.-4/7/2013 OLEH HELME HANAFI
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Salam Ramadhan kepada semua umat Islam yang mula berpuasa, Moga ibadah kita dipenuhi dengan keberkatan.
ReplyDeleteDengan kedatangan Ramadhan, kita juga berharap umat Islam di negara-negara yang bergolak akibat peperangan khususnya perang saudara di Syria dan pergolakan di Mesir akan bersama-sama menerima seruan agar menghentikan segala bentuk pertelingkahan sesama Islam.
Saya juga telah melengkapkan analisa mengenai ketiga-tiga negara yang bergolak iaitu Mesir, Syria dan Turki seperti di bawah :
1. Turki & Erdogan : Legasi bumi Uthmaniah kini bergolak
2. Krisis politik Mesir : Tentera rampas kuasa redakan Arab Spring II
3. Perang saudara di Syria : Perang proksi AS dan Russia
Moga kita di Malaysia mendapat iktibar daripada pergolakan tersebut dan menginsafi keamanan yang kita kecapi hari ini.
http://hisemudinkasim.blogspot.com/2013/07/krisis-politik-mesir-tentera-rampas.html