Zikir yang pelik bagi kebanyakkan umat Islam di Malaysia. Pertama kali lihat zikir macam ni. Rupanya zikir sambil menari pun ada kat tempat kita! Memang kreatif , sambil berzikir sambil menggerakkan badan seperti senaman, pahala dapat badan pun sihat. Namun kita meminta para alim ulama memberikan pandangan apakah dibenarkan dalam Islam zikir yang sedemikian rupa. Kita diajar oleh tok2 guru kita untuk berzikir dengan cara yang tertib dan penuh rasa tawadduk pada Allah.
Pendapat Imam Masjid Kampung Dong, Raub yang mengamalkan zikir tegak.
Ratib tegak : ‘Ia bukan rekaan kami’
Raub: “Amalan itu kami namakan Ratib Tegak atau Ratib Saman. Ia bukan amalan sesat malah ia bukan kami sendiri yang reka. Sebaliknya, ia adalah amalan sejak zaman sahabat Nabi lagi.”Demikian penjelasan Imam Masjid Abu Bakar As Siddiq Kampung Dong, Hashim Awang, 74, mengenai amalan zikir menari yang diamalkan jemaah masjid itu dan dimuat naik ke laman YouTube di Internet.Sambil menolak tanggapan amalan itu bertentangan syariat Islam, beliau berkata kekeliruan timbul mungkin disebabkan sesetengah klip video itu dimuat naik video ke YouTube menggunakan tajuk tidak sesuai hingga menimbulkan persepsi negatif. “Ratib Tegak yang diamalkan di masjid kami berpandukan pegangan agama, kitab dan rujukan, malah dalam al-Quran juga ada menyebut orang yang berakal iaitu orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah SWT ketika mereka berdiri, ketika duduk dan ketika berbaring.
“Amalan itu sudah lama diamalkan di daerah ini dan saya percaya ia turut diamalkan di daerah lain di Pahang dan di negeri lain,” katanya ketika ditemui Harian Metro di rumahnya, di sini.
Hashim berkata, amalan Ratib Tegak di Kampung Dong dipelopori seorang guru agama dikenali sebagai Syeikh Oman Mohamad berasal dari Batu Pahat, Johor, yang berhijrah ke Kampung Durian Sebatang di Dong pada 1910.
“Kalimah yang kami ucapkan ketika Ratib Tegak sama dengan ratib biasa yang diamalkan orang lain, cuma bezanya Ratib Tegak dilakukan dalam nada yang kuat dan dalam keadaan berdiri serta sedikit pergerakan tubuh badan,” katanya.
Menurutnya, amalan Ratib Tegak itu sudah diikutinya sejak usia muda dan kini sudah 16 tahun dia membawa amalan berkenaan sebagai imam di Kampung Dong dan akan diteruskan kepada generasi seterusnya.
Menjelaskan lebih lanjut pergerakan ketika melakukan Ratib Tegak, Hashim berkata ia dilakukan dalam tujuh langkah dan semakin kuat nada ratib, semakin laju gerak tubuh.
ZIKIR DENGAN CARA MENGGERAKKAN BADAN
Tawarikh Ratib Tegak
Masyarakat di sekitar Dong, Raub menamakan RATIB SAMAN dengan Ratib Tegak, kerana sebahagian besar aktivitinya dalam keadaan berdiri.
Ratib Saman adalah diasaskan oleh Syeikh Muhammad bin Syed Syeikh Abdul Karim as-Saman, kaifiat zikirnya dengan jahar dan serta dengan pergerakan anggota badan.
Ratib Saman diamalkan oleh masyarakat di sekitar Dong adalah semenjak sebelum merdeka lagi,kelazimannya diwiridkan ratib ini di masjid, surau dan majlis keraian seperti naik rumah baru, majlis walimatul Urus dan majlis-majlis kesyukuran.
Sebahagian pengamal dan pengembang Ratib Tegak ini di sekitar Dong antara lain :
Allahyarham Tuan Guru Syeikh Haji Umar bin Haji Muhammad, kampung Kubu, Durian Sebatang.
Allahyarham Imam Lokman bin Syeikh Haji Umar, kampung Lepar, Durian Sebatang.
Allahyarham Tuah Haji Abdul Rahman bin Syeikh Haji Umar, Sungai Petaling, Gali.
Allahyarham Tuan Haji Abdul Wahab bin Haji Muhammad Sidik, Sungai Ruyung, Durian Sebatang.
Allahyarham Haji Muhammad Bedawi bin Haji Muhammad Rausi, Kuala Gali.
Allahyarham Imam Haji Ishak bin Muhammad Arif ar-Rawi, Surau Jeram Bangkin.
Allahyarham Imam Haji Sani bin Ismail, kampung Kuala Dong
Allahyarham Haji Mahmud bin Haji Mat Dom, kampung Lechar, Dong
Sumber dan Dalil;
Pergerakan badan dan suara jahar
dalam berzikir
Firman Allah :
فاذا قضيتم الصلاة فاذكروا الله قيما وقعودا وعلى جنوبكم
Apabila kamu telah selesai mengerjakan solat maka hendaklah kamu menyebut dan mengingati Allah semasa kamu berdiri, semasa kamu duduk dan semasa kamu berbaring.
( QS : 3 – 102 )
Berkata Imam Ibnu Kathir pada mentafsirkan ZIKRULLAH (menyebut dan mengingati Allah semasa kamu berdiri, semasa kamu duduk dan semasa kamu berbaring ) iaitu beliau menyifatkan ZIKIR disini ialah meliputi sekalian kelakuan
( Tafsir Imam Ibnu Kathir Vol. 1, halaman 551 )
Firman Allah :
الذين يذكرون الله قيما وقعودا وعلى جنوبهم
( ulul albab ialah ) Mereka yang berzikrullah dalam keadaan berdiri, duduk dan berbaring.
( QS : 2 – 190 )
Dikeluarkan oleh al-Imam Ahmad di dalam Musnadnya, diriwayatkan oleh Saidina Anas RA berkata : Sekumpulan Habsyi menari sambil bernasyid di hadapan Rasulullah SAW, dengan bahasa dan dialek mereka ( Habsyi ) “ Adalah baginda Rasulullah seorang hamba yang salih “ Maka baginda Rasulullah bertanya : Apakah yang mereka katakan? Sahabat menjawab : Adalah baginda Rasulullah seorang hamba yang salih.
Hal yang demikian tidak disanggah oleh Rasulullah, bahkan baginda berdiam diri.
Sudah maklum bahawa salah satu sumber hukum syariat Islam diambil daripada perkataan, perbuatan dan Taqrir Rasulullah SAW.
Riwayat Imam Bukhari dan Muslim bahawa ibnu Abbas berkata: Sesungguhnya meninggikan suara ketika berzikir dalam berkumpulan (berjemaah) dicatatkan sebagaimana yang dilakukan di zaman Rasulullah saw.
Imam Nawawi di dalam kitab Syarah Sohih Muslim: Digalakkan tinggi suara waktu berzikir dan Ibnu Hazam gemar melakukannya.
Riwayat daripada Sayyidina Ali r.a. yang mensifatkan perlakuan para sahabat antaranya:-
فإذا أصبحوا فذكروا الله مادوا كما يميد الشجر في يوم الريح
yang bermaksud:
Para sahabat apabila mereka berpagi-pagi mereka berzikrullah dalam keadaan bergerak (bergoyang) seperti goyangan pokok-pokok pada hari berangin.
Sumber:
البداية والنهاية فى التاريخ
Al-Bidayah wan Nihayah fi at-Tarikh oleh : al-Imam al-Hafiz syeikh Ismail bin Kathir ad-Damsyqy vol. 8, hal. 6
Al-Hafidz Abu Nu`aim meriwayatkan bahawa as-Sayyid al-Jalil al-Fudhail bin 'Iyyadh berkata:- "Sahabat-sahabat Rasulullah s.a.w. apabila berzikir mereka menggerakkan badan condong ke kiri ke kanan seperti pohon kayu yang condong ditiup angin kuat.
Sumber :
Al-Hilyah oleh al-Imam Abu Nua’im vol. 1, hal. 76. ( الحلية )
No comments:
Post a Comment