15 July 2013

Tazkirah Malam ke 6 - Ustaz Helmey

Ustaz Helmey Yahya

Pada tazkirah kali ini, Ustaz Helmey membawakan tajuk beberapa perkara sunat yang sewajarnya menjadi amalan umat Islam ketika dibulan Ramadhan.

Solat Sunat Tarawikh

Tidak kira 8 atau 20 rakaat, melakukan ibadah ini adalah lebih penting dari mempertikaikan jumlah rakaat yang nak dibuat. Kita patut risaukan rakan-rakan kita yang langsung tak membuatnya.

Membaca AlQuran

Suatu amalan yang amat dituntut membacanya semasa dibulan yang mulia ini. Fadilatnya amat besar. Ketika umat manusia dihitung pahalanya dipadang masyar, ketika amalan2nya yang lain tak mencukupi untuk masuk syurga, AlQuran akan datang kepada hambanya yang membacanya semasa didunia untuk memberikan syafaat. Walaubagaimanapun hambanya yang membaca AlQuran dengan ikhlas sahajaakan diterima amalannya. Bukan membaca dengan riak, menunjuk2 atau mengharap habuan/ganjaran manusia.

Bersedekah

Bersedekah sangat dituntut semasa bulan Ramadhan ini. Bersedekah bukan saja dari segi wang ringgit tetapi juga tenaga, nasihat serta percapakapan yang baik kepada orang lain. Bersedekah makanan kepada orang yang berpuasa untuk berbuka amat besar ganjarannya. Kita akan mendapat pahala sepertimana orang yang berbuka puasa tersebut tanpa mengurangkan pahala puasa kita sedikit pun. Bermakna, kita akan mendapat 2 pahala, pahala kita sendiri dan pahala orang yang berbuka dengan makanan yang kita sedekahkan.

Betapa besar ganjaran yang Allah beri kepada umatnya yang bertakwa dan beramal soleh.

Wallahualam.

No comments:

Post a Comment