31 January 2011

MAJLIS SAMBUTAN HARI PERKIM KE 51


TARIKH: 8 FEBRUARI 2011
MASA: MULAI JAM 5.OO PETANG
HARi: SELASA
TEMPAT: DEWAN MUKTAMAR, PUSAT ISLAM DAN MASJID NEGARA
ATURCARA MAJLIS

5.00 PETANG : KETIBAAN PARA PESERTA

5.30 PETANG : KETIBAAN TETAMU JEMPUTAN
: KETIBAAN YANG DIPERTUA PERKIM & ISTERI
Y.A.BHG. TUN DR. MAHATHIR MOHAMAD
dan Y.A.BHG TUN DR. SITI HASMAH MOHD. ALI

5.40 PETANG : KATA ALUAN SETIAUSAHA AGUNG KEHORMAT PERKIM
Y.BHG. TAN SRI DATO’ DR. ABDUL HAMID OTHMAN

5.45 PETANG : UCAPTAMA OLEH YANG DIPERTUA PERKIM
Y.A.BHG. TUN DR. MAHATHIR MOHAMAD

6.45 PETANG : JAMUAN MAKAN

: KE DEWAN SOLAT MASJID NEGARA

7.29 MALAM : SOLAT MAGHRIB

: BACAAN YAASIN DAN TAHLIL

: SOLAT ISYAK

: BERSURAI

21 January 2011

Sambutan Maulidul Rasul - 15 Februari 2011

Surau Al Hijrah akan menganjurkan majlis sambutan maulidul Rasul pada 15 Februari 2011 (Selasa) sempena memperingati keputeraan Nabi Muhammad SAW pada 12 RabiulAwal Tahun Gajah.

Aturcara tentatif:-

8.00 pagi - Berkumpul di surau
8.30 pagi - Perarakkan maulidul Rasul sekitar PPR Pantai Ria
9.00 pagi - Ceramah Maulidul rasul oleh Penceramah Jemputan - nama
penceramah akan disahkan kemudian.
11.00 pagi - Jamuan Ringan
11.30 pagi - Bersurai

Semua penduduk Islam PPR Pantai Ria dijemput hadir beramai-ramai. Tunjukkan kecintaan kita kepada baginda Nabi SAW.

18 January 2011

Hanya Laungan Azan Guna Pembesar Suara Luar - Dr Asri

Benarkan hanya azan di pembesar suara
Pandangan oleh Mohd Asri Zainul Abidin - Bekas Mufti Perlis
Jan 15, 11

Saya ingin mengulas sedikit tentang bacaan-bacaan -selain azan - yang menggunakan pembesar suara sehingga mengganggu orang ramai. Bacaan ini telah mengelirukan orang bukan Islam sehingga mereka menyangka ia azan.

Sesetengah pihak cuba mempertahankan amalan tersebut atas alasan ia bacaan al-Quran atau zikir yang patut diagungkan. Mereka menyangka sikap keras mereka dalam hal ini adalah 'perjuangan mempertahankan Islam'. Saya ingin mengulas hal ini seperti berikut;

• Apa yang Islam syariatkan untuk diangkat suara, hanyalah azan. Adapun selain dari itu, tiada nas yang menyuruh kita menguatkan suara sehingga mengganggu orang lain. Bahkan perbuatan itu dilarang oleh Nabi Muhammad SAW. Apatah lagi dalam Islam ketenteraman orang lain dipelihara melainkan jika ada pengecualian tertentu yang diizinkan oleh syarak.

• Walaupun bacaan al-Quran dan zikir amatlah baik. Namun kita tidak boleh memaksa orang lain mendengar bacaan kita. Mungkin orang lain ingin membacanya sendiri, atau ingin membacanya pada waktu lain, atau mereka sedang sakit atau ada anak kecil yang tidur, atau mereka tidak difardukan solat seperti wanita yang haid atau bukan Islam dan lain-lain.

Keliru antara azan dan bacaan lain

• Ramai orang bukan Islam keliru antara azan dan bacaan-bacaan yang dilaungkan menerusi corong pembesar suara. Mereka menyangka bacaan-bacaan itu adalah azan yang disuruh oleh Islam, lalu mereka bersangka buruk dengan Islam yang harmoni ini. Apatah lagi bacaan itu mengambil masa yang lama, sedangkan azan yang sebenar tidak lebih dari lima minit.

• Sebenarnya, Nabi sendiri telah melarang orang menguatkan bacaan al-Quran dalam masjid sehingga mengganggu jamaah lain. Dalam hadis Baginda, kata Abu Sa'id al-Khudri:

“Ketika Nabi Muhammad SAW beriktikaf (beribadah dalam masjid), baginda mendengar mereka mengangkat suara bacaan (al-Quran) sedangkan ketika itu Nabi berada di tempat ibadah baginda. Lalu baginda mengangkat langsir dan bersabda: “Ketahui setiap kamu bermunajat kepada tuhannya, jangan sebahagian kamu menyakiti sebahagian yang lain. Jangan kamu angkat suara bacaan melebihi yang lain dalam solat” (Riwayat Abu Daud dengan sanad yang sahih).

Dalam hadis ini Nabi Muhammad SAW melarang mengangkat suara bacaan di masjid sehingga menganggu mereka yang lain yang sedang beribadah, atau menyakitkan orang lain.

Jika mereka yang berada dalam masjid yang memang bersedia untuk beribadah pun, tidak dibenarkan untuk diangkat suara bacaan sehingga mengganggu konsentrasi mereka, mana mungkin untuk dikuatkan suara bacaan melalui pembesar suara sehingga menggangu mereka yang di luar masjid. Mungkin mereka itu mempunyai anak kecil, orang sakit dan seumpamanya.

Ulama besar di zaman ini, Al-Syeikh Muhammad Salih al-Uthaimin r.h mengulas hadis ini dengan katanya:

“Realiti hari ini menyaksikan apa yang disebut oleh hadis ini. Ini yang kita lihat mereka yang melakukan hal ini dengan menunaikan solat menggunakan pembesar suara (luar masjid).

Dosa menyakiti sesiapa di sekeliling

“Mereka itu jika menyakiti sesiapa yang ada di sekeliling mereka, maka mereka berdosa.. tiada syak lagi meninggal perbuatan ini lebih afdal yang pada hakikatnya tiada faedah pun, sebab insan tidak bersolat dengan mereka yang di luar masjid, sebaliknya dengan mereka yang berada dalam masjid.. dengan itu kita berpesan kepada saudara-saudara kita, khususnya para imam masjid jangan lakukan ini.. boleh jadi sesetengah orang telah solat dan perlu tidur dan berehat, boleh jadi dia sakit lalu terganggu dengan suara ini, boleh jadi juga masjid dekat dengan rumah, pada musim panas pula dan anak-anak kecil terganggu dengan bunyi pembesar suara.

“Kesimpulannya, masalah ini telah menimpa sesetengah orang sehingga mereka menyakiti jiran-jiran masjid atau rumah mereka dalam perkara yang tiada faedah baginya”. (Ibn Uthaimin, Syarh Riyadh al-Salihin: http://www.ibnothaimeen.com/all/eBook-o.shtml).

Bayangkan kenyataan ini dikeluarkan oleh ulama besar dan terbilang tersebut di negara Arab Saudi yang penduduknya semua beragama Islam. Bagaimanakah pula bagi negara yang seperti kita?

Tipu daya iblis

• Ulama silam juga telah mengingatkan hal ini, bahawa bacaan-bacaan lain di menara-menara masjid adalah dilarang kerana boleh mengganggu orang ramai. Al-Imam al-Hafizd Ibn Jauzi (meninggal 597H) pernah berkata:

“Antara tipu daya Iblis ialah mereka yang mencampur adukkan azan dengan peringatan, tasbih dan nasihat. Mereka jadikan azan perantaranya lalu bercampur aduk. Para ulama membenci segala yang ditambah kepada azan. Banyak kita lihat orang yang bangun waktu malam lalu memberikan peringatan dan nasihat atas menara azan. Dalam kalangan mereka ada yang membaca al-Quran dengan suara yang tinggi lalu menghalang tidur orang ramai dan mengganggu bacaan orang yang bertahajjud. Kesemuanya itu adalah perkara-perkara munkar”. ( Ibn Jauzi, Talbis Iblis, 159, Beirut: Dar al-Kutub al-'Ilmiyyah).

Ini adalah larangan ulama pada zaman yang belum ada pembesar suara yang gangguannya tidaklah setakat mana, bagaimana jika mereka melihat keadaan pembesar suara pada zaman ini?

• Maka, dengan itu umat Islam patut menghentikan bacaan-bacaan yang dibuat melalui pembesar suara yang boleh mengganggu orang luar dan dalam masjid. Mematuhi hal ini bukan kerana isu politik semata, tetapi itu arahan Nabi s.a.w. dan juga menjaga Islam yang harmoni. Suara-suara yang dikuatkan itu bukan menambahkan cinta mereka kepada Islam, sebaliknya menimbulkan salahfaham banyak pihak.


Penulis adalah bekas mufti Perlis. Beliau bergelar profesor madya dan merupakan pensyarah Bahagian Pengajian Islam, Universiti Sains Malaysia.
Petikan dari Malaysiakini

15 January 2011

Demontrasi Membantah Arahan Memperlahankan Azan di Masjid Ikhlasiah Kerinchi

Semalam, di Masjid Al Ikhlasiah, selepas solat Jumaat, berlangsung demontrasi secara aman membantah arahan pihak tertentu untuk masjid ini memperlahankan suara azan. Ini diakui oleh Imam masjid ini sendiri yg menerima arahan dari JAWI. Tapi hari ini pihak JAWI pula kata mereka tak pernah keluarkan apa2 arahan pun ! Saya sendiri pada hari Rabu lepas kebetulan lalu berhampiran masjid ini dan mendengar laungan azan, memang kekuatannya bunyinya sudah agak perlahan berbanding dahulu.


Polis mengambil lembaga berbentuk kain kapan yg digunakan
dalam demontrasi


Kain banner


Patung sedang dibakar


'Mayat' yang akan dibakar


Suasana hadapan masjid Al Ikhlasiah Kerinchi


laungan Azan , Laungan Keramat - ayat di banner





Wakil Pekida Lembah Pantai


Jemaah yg hadir lepas solat Jumaat





Polemik ini bermula dari laman facebook PDRM berikut yg dipercayai ditulis oleh lawyer berkenaan, susulan dari tulisan dalam facebook inilah, kemudiannya beliau memanjangkan surat aduan ke pejabat Perdana Menteri. Walaupun begitu, kesahihan aduan ini samada memang benar2 dari orang bukan Islam agak diragui. Kerana pada zaman ini, tak mustahil ada orang yg menyamar sebagai bukan Islam untuk komplen tentang sesuatu pasal Islam. Di PPR Pantai Ria sendiri pun ada orang Islam yg tak suka corong pembesar surau dihalakan kerumahnya !

facebook PDRM
http://www.facebook.com/topic.php?uid=161086313901684&topic=988

14 January 2011

Azan Masjid Kg Kerinchi - Bukan Islam Komplen



Ekoran aduan, azan masjid Kg Kerinchi diperlahan
oleh Abdul Rahim Sabri - Malaysiakini
Jan 13, 11
Pihak pengurusan Majid Al-Ikhlasiah, Kampung Kerinchi mengambil pendekatan memperlahankan bunyi pembesar suara ketika laungan azan termasuk ketika solat Jumaat, ekoran aduan seorang peguam bukan Islam yang mendakwa bunyi solat di masjid itu "amat lantang".

Ketua imam masjid berkenaan Mahadi Abdullah berkata pihaknya mengurangkan kadar laungan azan itu selepas mengadakan perbincangan dengan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) akhir Disember lalu.

"Selepas berjumpa dengan JAWI, kita memperlahankan sedikit laungan azan (pembesar suara) pada setiap waktu solat.

"Ketika khutbah Jumaat, kita menggunakan pembesar suara dalam dewan solat sahaja," katanya ketika ditemui Malaysiakini petang ini.

Mahadi yang mula bertugas di masjid berkenaan sejak Mac tahun lalu berkata keputusan pihak masjid itu menimbulkan 'rasa tidak puashati' di kalangan penduduk yang majoritinya orang Melayu.

Arahan pihak atasan

Bagaimanapun, Mahadi berkata beliau "tidak boleh buat apa-apa kerana ia adalah arahan pihak atasan".

"Kita terpaksa ikut," katanya sambil menambah pertemuan beliau dengan pihak JAWI berlangsung pada akhir Disember lalu.

Mahadi berkata beliau difahamkan aduan peguam tersebut yang tinggal di Pantai Hill Park - dimajukan terus kepada perdana menteri sebelum dipanjangkan kepada menteri di Jabatan Perdana Menteri dan JAWI serta akhirnya dimaklumkan kepada pihak masjid.

Katanya, dalam surat tersebut - yang salinannya diberi oleh JAWI kepada pihak masjid - peguam itu mendakwa bunyi solat Subuh di masjid itu "amat lantang" sehingga mengejutnya dari tidur.

Difahamkan peguam tersebut tinggal di pangsapuri berkenaan - yang terletak lebih kurang satu kilometer dari situ.

Mahadi berkata, pihaknya dimaklumkan oleh JAWI bahawa beberapa hari sebelum ini, peguam berkenaan ada menelefon jabatan itu, merungut bahawa bunyi azan "masih lagi kuat".

Sehubungan itu, Mahadi meminta peguam berkenaan bertemu dengan pihak pengurusan masjid untuk menyelesaikan perkara tersebut.

Mengenai rungutan penduduk yang mereka tidak lagi mendengar bacaan al-Quran dan pengajian kuliah Maghrib manakala laungan azan Jumaat yang perlahan sekarang, Mahadi sekali lagi berkata: "Saya tidak boleh berbuat apa-apa, kita hanya terima arahan dari pihak atasan".

Majlis Ayahanda Malaysia

Selain memperlahankan kadar pembesar suara bagi laungan azan, Mahadi berkata pihaknya turut mendapatkan maklum balas dari penghuni pangsapuri Pantai Hill Park (kelihatan di belakang masjid).

"Kira-kira 10 orang yang ditanya, kebanyakanya berkata laungan (pembesar suara) azan adalah biasa, tidak mengganggu tidur... tak ada apa-apa (masalah), tak ganggu," katanya.

Ditanya mengenai rancangan sekumpulan individu untuk mengadakan perhimpunan membantah tindakan peguam berkenaan, Mahadi berkata, pihaknya ada mendengar mengenainya.

"Tetapi kita (masjid) tidak terlibat apa-apa," katanya sambil menambah beliau tidak mengetahui identiti kumpulan berkenaan.

Sementara itu, Malaysiakini dimaklumkan perhimpunan memprotes aduan peguam tersebut akan diadakan selepas solat Jumaat di masjid tersebut esok, yang akan diketuai sebuah pertubuhan yang dikenali sebagai Majlis Ayahanda Malaysia.

Ketika dihubungi Malaysiakini, penolong setiausaha majlis tersebut, Amin Rahim Harun berkata, kira-kira 500 orang akan menyertai perhimpunan itu.

"Kita tidak mahu perkara ini berlarutan kerana ia menjadi isu sensitif kepada orang Melayu," katanya.
KOMEN
Hanya kerana komen seorang lawyer bukan Islam, JAWI telah mengeluarkan arahan supaya bunyi azan diperlahankan. Saya rasa majoriti bukan Islam dapat menerima dan bertoleransi dengan jiran2 Islam dalam isu azan ini. Azan pun hanya 5 kali sehari semalam dan ambil masa beberapa minit sahaja. Takkan inipun tak dapat diterima. Kita mengharap pihak berkuasa tidak melayan kerenah golongan ini kerana akan menyebabkan rasa tidak puas hati majoriti umat Islam dikawasan ini. Bukan Islam sepatutnya bersyukur dapat tinggal berjiran dengan orang Islam di Malaysia dengan aman dan harmoni.

13 January 2011

MESYUARAT AJK SURAU

SEMUA AJK SURAU SERTA AHLI BIRO-BIRO DIJEMPUT HADIR KE MESYUARAT AJK SURAU PADA MALAM INI SELEPAS SOLAT ISYAK

AGENDA:
1. Ucapan Pengerusi
2. Pembentangan akaun surau
3. Kutipan/ derma orang ramai
4. Program maulidul rasul bulan hadapan
5. Program sempena hari kebesaran Islam untuk sepanjang tahun 2011
6. Program Khidmat Masyarakat oleh Management Science University (MSU) pada bulan hadapan.
7. laporan Biro-biro
8. Status terkini surau baru.
8. Lain-lain hal

semua jemaah turut dijemput hadir untuk berbincang demi kebaikkan surau.

10 January 2011

Salam Maulidul Rasul 1432 Hijrah




Seperti kelaziman tahunan, umat Islam di Malaysia akan menyambut hari sempena keputraan Rasulullah saw pada 12 Rabiulawal setiap tahun. Tahun ini ialah pada hari Selasa, 15 Februari 2011.

Umat Islam di Malaysia akan mengadakan berbagai aktiviti dalam acara sambutan Maulidur Rasul. Kerajaan Malaysia mengisyhtiharkan 12 Rabiulawal setiap tahun adalah cuti umum. Diantara acara-acara dalam sambutan Maulidur Rasul ialah Perarakan, Syarahan, Forum, Marhaban dan Jamuan di peringkat kampung sehinggalah ke peringkat kebangsaan.

Dalam menentukan tarikh kelahiran Rasulullah saw, ahli-ahli sejarah Islam berbeza pendapat. Pendapat pertama dan masyhur ialah Rasulullah saw lahir pada malam Isnin 12 Rabiulawal dalam Tahun Gajah sebelum subuh. Ini adalah pendapat Ibnu Ishaq yang dipetik oleh Ibnu Hisham dalam kitabnya yang terkenal, Sirah Ibnu Hisham. Dan pendapat yang kedua ialah pendapat yang mengatakan bahawa Rasulullah saw memang lahir pada malam Isnin, sebelum subuh Rabiulawal tahun Gajah tapi tarikh sebenarnya ialah pada 9 haribulan.

Diantara tokoh ulamak-ulamak yang sependapat mengatakan Rasulullah saw lahir pada 9 Rabiulawal ialah Yunus bin Yazid, Ibnu Hazam, Muhammad bin Musa Al-Khawarizmi dan Ibnu Taimiyyah. Dan diantara tokoh-tokoh falak moden yang membuat kajian semula tentang perbezaan pendapat ini ialah Mahmud Pasya seorang ahli falak Mesir dan Dr.(H) Hj. Kassim Bahali, Persatuan Falak Syarie Malaysia. Mereka menyatakan bahawa Rasulullah saw lahir pada 9 Rabiulawal. Ini adalah berdasarkan kepada Taqwim Qamariah tulen tanpa Nasi' dan dikebelakangkan 53 tahun dari tahun pertama Hijrah.

Didapati bulan kelahiran Rasulullah saw iaitu bulan Rabiulawal jatuh pada bulan April 571 M. Berdasarkan hitungan, Ijtimak berlaku pada 10 April 571M pada 8;21 UT. Menurut kaedah kebolehnampakan hilal, 1 Rabiulawal jatuh pada hari Ahad, 12 April 571M dan hari Isnin yang bertepatan adalah 9 Rabiulawal manakala 12 Rabiulawal jatuh pada hari Rabu.

Dalil seterusnya yang mengatakan bahawa Rasulullah lahir pada 9 Rabiulawal ialah pada Isnin 9 Rabiulawal (20 April), fasa bulan adalah 64.4% dan bulan ghurub pada pukul 2:26 pagi. Apabila bulan ghurub awal maka langit ketika itu kelihatan cerah dengan bintang-bintang yang dapat dilihat lebih banyak kerana tiada gangguan cahaya bulan. Ini bertepatan dengan kisah kelahiran sewaktu dilahirkan Rasulullah saw bahawa sebelum subuh, langit adalah kelihatan sangat cerah dengan cahaya bintang-bintang yang bertaburan. Walau bagaimanapun, itu adalah pendapat individu tertentu dengan pengkajian mereka.

Moga ada pihak lain yang dapat membuat kajian lebih lanjut dalam menetapkan tarikh kelahiran Rasulullah saw. Kajian-kajian lanjut itu sebenarnya akan lebih memajukan lagi perkembangan ilmu Sejarah dan Falak. Malah tarikh-tarikh peristiwa penting Islam yang lain juga wajar dibuat hitungan semula. Kita umat Islam di alaf baru sekarang telah banyak melahirkan ahli-ahli Sejarah Moden, Falak / Astronomi dan ahli-ahli Sains yang lain yang pastinya akan mengembang dan menyumbang kepada penguasaan ilmu pengetahuan kepada pembangunan ummah, InsyaAllah.

Objektif diadakan sambutan Maulidur Rasul ialah untuk mengembalikan ingatan kita umat akhir zaman terhadap junjungan besar kita Muhammad Rasulullah saw. Dengan mengingatinya akan menambahkan lagi perasaan cinta kasih kepadanya serta mengenang, menghargai serta mengambil iktibar kisah suka duka perjuangannya. Walaupun sambutan Maulidur Rasul ini adalah satu adat sahaja tapi ia adalah adat yang bersifat ibadah dan wajar diteruskan, InsyaAllah

06 January 2011

Pengajian Fekah Wanita

KELAS FEKAH AKAN DIADAKAN SEPERTI BERIKUT:-

HARI: SABTU
TARIKH: 8 JANUARI 2011
MASA: 11.00 PAGI

PENGAJAR: USTAZAH HJH ZAWIAH BT HASSAN
KETUA PENOLONG PENGARAH KANAN SOSIAL
JAKIM, PUTRAJAYA


TEMPAT: SURAU ALHIJRAH PPR PANTAI RIA
TINGKAT BAWAH, BLOK C

SEMUA MUSLIMAT DIJEMPUT HADIR BERAMAI-RAMAI

02 January 2011

Idea Nama Warung Yang Pelik-pelik

Kepopularan nama2 product IT memberi manusia berbagai bagai idea tentang bagaimana nak mempromosi warung makan mereka terutama di Indonesia. Lihat gambar2 ini, melihat kepada makna disebalik huruf2 yg dah popular tu, memang mereka sangat kreatif tapi mungkin tak kena tempat.












Pakatan Walimatulurus Dilancarkan !

Mulai hari ini, 2 Januari 2011, semua penduduk Islam PPR Pantai Ria dijemput untuk menjadi ahli Pakatan ini.

a) Kelayakkan Jadi Ahli:
1. Terbuka kepada semua pemilik / penyewa berdaftar PPR Pantai Ria sahaja
2. Setiap rumah mengisi borang keahlian dan mendaftar 1 nama (ketua keluarga sahaja) sebagai ahli serta senarai nama2 ahli keluarga.
3. Ahli yang tidak mempunyai anak / anak sudah kahwin juga boleh jadi ahli.

b) Yuran
1. Yuran Keahlian = RM30.00 sekali mendaftar ( T Shirt akan diberi)
2. Sumbangan kepada Tuan Kenduri Jika Ada Majlis Kenduri Kahwin: RM20.00 setiap seorang ahli

c) Jumlah Sumbangan : 80% dari jumlah kutipan diberi kepada Tuan Kenduri, baki 20% kedalam tabung pakatan

d)Kelayakkan Dapat Sumbangan: Semua anak ahli yang belum berkahwin tanpa mengira jumlah anak.

e)Ahli baru hanya boleh mendapat sumbangan selepas 1 tahun menjadi ahli.

f)Tindakkan Tuan Kenduri
1. Memaklumkan kepada AJK PAkatan sekurang2nya 1 bulan sebelum majlis berlangsung

g)Tindakkan / Tugas Ahli Pakatan
1. Memberi sumbangan RM20.00 kepada Bendahari Pakatan selepas menerima makluman dari setiausaha pakatan. Sumbangan diberi selewat2nya 1 minggu sebelum majlis kenduri berlangsung
2. Membantu dan melibatkan diri dalam kerja2 gotong royong sebelum / semasa / selepas hari kenduri
3. Sentiasa bersedia menghulur sumbangan tenaga bila diperlukan.
4. Membayar terus sumbangan RM20.00 kepada Bendahari Pakatan pada tempoh yang ditetapkan dan meminta resit sebagai pengesahan.

h)Perancangan Akan Datang
1. Membeli peralatan kenduri spt pinggan mangkuk/dapur/kemah dll
2. Lain-lain yang difikirkan perlu dari masa ke semasa

Nota: Semua sumbangan adalah dikira sebagai amal jariah / sedekah atas semangat bantu membantu antara saudara muslim. Tiada tuntutan atas sumbangan yang telah diberi akan dilayan.

Perhatian: Pakatan Walimatulurus adalah satu badan berasingan dari Surau Al Hijrah, untuk maklumat lanjut sila hubungi ajk penajanya iaitu Aliudin Ruslan, Rabu Yasin, Mohd Jibat atau Abdul Hadi.

01 January 2011

Aktiviti Perkasa UKM di PPR Pantai Ria

Pusat Memperkasakan Remaja atau Perkasa UKM telahpun mengambil daya usaha untuk menubuhkan pusat kegiatan pelajar yang terletak di tingkat bawah Blok A sejak beberapa bulan lepas. Para adik2 sekelian diharap dapat menafaatkan kemudahan ini untuk mempertingkatkan prestasi akademik masing2.

Salah satu aktiviti Perkasa UKM sekarang ialah penubuhan Home Work Club. Pelajar boleh datang ke sini pada setiap hari Rabu jam 8.00 malam untuk membuat kerja-kerja rumah. Terdapat tutor dan sukarelawan dari Perkasa sendiri yang akan membantu adik-adik membuat kerja rumah.

Banyak lagi aktiviti2 Perkasa yang sedang berjalan, jadi adik2 diharap rajin2 menjengok ke bilik aktivit Perkasa untuk maklumat lanjut. Aktiviti lain itu seperti fotografi, komputer, muzik dan sebagainya.



Banner Perkasa yang dipasang dilaluan ke jejambat pejalan kaki ke seberang jalan