03 December 2012

Masjid Ar Rahah - Tersergam Indah di Kg Kerinchi

Masjid Ar Rahah merupakan masjid terbaru dibina di kawasan Lembah Pantai.  Binaan yang moden serta senibina menarik menjadikan masjid ini mempunyai tarikan tersendiri untuk menggamit para penduduk berhampiran  dan mereka yang bekerja disekitarnya untuk berjemaah disini.

Dilancarkan pembinaannya pada 31 Julai 2010 oleh YAB PM, ia telah disiapkan baru-baru ini.

Dikhabarkan masjid ini boleh menampung sehingga 2,500 jemaah pada satu-satu masa. Keluasan tanah masjid ini ialah 17,520 meter persegi.  Masjid ini dibiayai sepenuhnya kos pembinaan oleh keluarga Perdana Menteri kita, Datuk Seri Najib Tun Razak. Nama Ar Rahah diambil sempena nama ibunda YAB PM  iaitu Tun Hjh Rahah.

Masjid ini telahpun dibuka kepada umum untuk solat 5 waktu serta solat Jumaat sejak minggu lepas. Kedudukannya sangat strategik iaitu di belakang  kawasan perniagaan Bangsar South serta berhampiran Sek Men Keb Sri Pantai didalam kawasan Kg Kerinchi, Kuala Lumpur.

Ia dilengkapi air-cond untuk keselesaan jemaah. Juga disediakan sebuah dewan iaitu Dewan Tun Rahah serta berbagai kemudahan lain untuk pengunjung seperti lift, ramp untuk laluan OKU dan sebagainya.

Untuk yang berkenderaan, anda boleh masuk ke kawasan masjid ini dengan menggunakan  jalan dihadapan SMK Sri Pantai, seterusnya belok ke kanan ,  masjid tersebut hanya lebihkurang 500 meter sahaja lagi jauhnya.
 
Masjid Ar Rahah - masjid terbaru di Pantai Dalam. Dilihat dari Bangsar South

Ruang legar masjid Ar Rahah

Ramp untuk OKU yang berkerusi roda

Ruang solat utama yang luas

Kubah dengan senibina Islam
 
Bilik wudhu di tingkat atas

Kemudahan lif untuk OKU

Ruang solat imam

Ruang tingkat bawah - boleh berfungsi untuk kegunaan majlis2 tertentu

Kawasan parking dilihat dari masjid

Ruang ambil wudhu ditingkat bawah yang luas  - boleh menampung ramai jemaah untuk berwudhu sekaligus

Ruang solat utama serta mimbar

5 comments:

  1. As Salam, i am currently conducting a survey about mosque in Malaysia for my master thesis. it would be a big help if u could help me to answer the survey. Thanks in advance.
    https://docs.google.com/spreadsheet/viewform?formkey=dGhMa19JeDlpZ04xajZTVnROYVl2cWc6MQ#gid=0

    ReplyDelete
  2. Salam. Saya mewakili surau sebuah syarikat yg beroperasi di Bangsar South ingin menghubungi jawantkuasa MAsjid Al Rahah. Tujuan saya adalah utk mendptkan maklumat sekiranya kami ingin membuat majlis atau aktiviti seperti menyambut maulidur rasul, kuliah kuliah zohor dan sebagainya. Boleh hubungi saya di email saya kinanyaleh@gmail.com terimakasih

    ReplyDelete
  3. sedap betul mandi dan ke toilet di masjid ni..

    ReplyDelete
  4. Salam..bgaimana utk sy mnghubungi jwtankuasa msjd ar rahah?krn sy ingin menempah dewan utk mjlis

    ReplyDelete
  5. Says perlu dapatkan no hp nazir masjid tun rahah utk program gema

    ReplyDelete