Bagi pengetahuan semua penduduk, premis surau lama kita yang terletak di bahagian bawah bangunan Blok C , unit C-00-01 telah di ambil alih oleh Jabatan Kemas Wilayah Persekutuan mulai 15 November 2012 yang lepas. Kunci premis tersebut telah serahkan kembali kepada Jabatan Pengurusan Perumahan DBKL. Kami berbuat demikian berdasar surat arahan dari pejabat Pengarah Pengurusan DBKL
Kami telah menghantar permohonan kepada DBKL untuk menjadikan surau lama ini sebagai kelas KAFA / Al Quran tetapi tidak mendapat kelulusan.
Kerana itu, pihak surau tidak lagi akan bertanggungjawab terhadap apa-apa kerosakkan atau kehilangan barang-barang akibat kecurian dan sebagainya disurau lama. Kami memohon kepada semua untuk melaporkan terus kepada DBKL jika terdapat perbuatan merosakkan/mencuri peralatan dari surau lama ini.
Kenangan semasa Program Ibadah Korban tahun 2011, surau lama terletak dibelakang, dinding bercat hijau
Bagi pihak surau dan ajk, kami mengucapkan terimakasih kepada DBKL kerana membenarkan jemaah PPR Pantai Ria menggunakan premis ini selama 4 tahun dari 2008 hingga Mei 2012 sebagai surau Al Hijrah. Sejak itu, pihak DBKL telah membesarkan ruang solat beberapa kali. Begitu juga pihak JAWI yang menyumbang unit penghawa dingin serta menambah ruang solat dibahagian muslimah.
No comments:
Post a Comment