18 December 2012

Kes Saman AES Ditangguh ?

Berita panas hari ini ialah keputusan pihak JPJ untuk menangguhkan kes saman AES dari dibawa kemahkamah untuk sementara waktu.

Dari mula lagi kita rasa ada sesuatu yang tak kena dengan perlaksanaan AES ini. Ia dibuat secara tergesa-gesa dan begitu juga pendakwaan di mahkamah dibuat tanpa persediaan yang cukup dipihak pendakwaan.

Mengikut pihak JPJ, pendakwaan saman AES dimahkamah ditangguhkan sehingga perkara teknikal yang berkaitan undang2  diselesaikan. Namun bagi Peguam Negara, saman AES masih sah !

Namun bagi rakyat yang tidak mahir dengan peruntukkan undang2 merasa agak mushkil, bagaimana boleh berlaku begini ? Mendakwa pesalah saman AES dimahkamah, kemudian menngatakan  terdapat masalah teknikal ?

Pihak CEUPACS sendiri tidak puashati dengan perlaksanaan AES dan mahu ia ditangguhkan dan dikaji semula. Badan ini mewakili 1.4 juta kakitangan kerajaan yang tidak bersetuju dengan AES.

 Kita berharap kerajaan dapat mengambil kira keluh kesah rakyat dengan adanya AES ini.

Beberapa persoalan timbul:-

a) Benarkah semua kes pendakwaan saman AES di mahkamah sebelum ini tidak sah?
b) Jika tidak sah, bagaimana mereka yang telah dijatuhkan hukuman denda oleh mahkamah ? Perlukah mereka ini dikembalikan wang denda?
c) Adakah terdapat peruntukkan undang2 yang jelas untuk membolehkan pihak berkenaan mendakwa kes saman AES ?

No comments:

Post a Comment