Jika KWSP membenarkan umat Islam untuk mengeluarkan wang dari akaun 2 KWSP untuk mengerjakan haji, ini adalah peluang keemasan yang patut diambil oleh kita untuk menunaikan fardhu haji terutama bagi yang belum mempunyai simpananan yang cukup di Tabung Haji.
Desakkan untuk menggunakan wang KWSP untuk mengerjakan haji sudah kedengaran sejak beberapa tahun dahulu. Tetapi kerajaan baru2 ini hanya membenarkan pencarum untuk mendaftarkan giliran haji dengan menggunakan wang RM1,300.00 dari akaun 2 KWSP kita.
Saya percaya ramai akan menyokong cadangan ini. Tidak ada salahnya menggunakan wang kita sendiri yang disimpan sekian lama. Tambahan pula jika umur kita sudahpun mencecah usia 50an dan kesihatan pula tidak begitu mengizinkan. Dengan adanya wang dari KWSP, insyaAllah ramai dari kita yang dapat menunaikan ibadah haji lebih awal sementara tenaga masih kuat.
Mudah-mudahan kerajaan dapat mempertimbangkan cadangan ini.
7 Disember 2012 - Petikan Sinar Harian
KUALA LUMPUR - Lembaga Tabung Haji bersedia mengkaji untuk membenarkan pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menggunakan akaun kedua bagi perbelanjaan penuh menunaikan ibadah haji.
Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Tabung Haji, Datuk Ismee Ismail berkata, bagaimanapun perkara itu perlu mendapat kelulusan KWSP. "Sebelum ini, kerajaan telah membenarkan pencarum KWSP menggunakan sebahagian daripada akaun kedua iaitu berjumlah RM3,000 ringgit untuk tujuan menunaikan ibadah haji," katanya menerusi program 'Dalam Radar terbitan Bernama Radio24 di sini hari ini.Ismee berkata, setakat ini Tabung Haji telah berjaya mengekalkan jumlah perbelanjaan dengan kos RM9,980 seorang jemaah, walaupun jumlah sebenarnya adalah RM15,150.
"Daripada jumlah itu, Tabung Haji menanggung RM5,170 bagi setiap jemaah. dan turut menanggung beberapa perkara lain, termasuk kursus haji," katanya.
Ismee juga berkata Tabung Haji sentiasa menambah baik perkhidmatan yang disediakan setiap tahun bagi tujuan memberi keselesaan kepada jemaah.
Pada Januari depan, pegawai Tabung Haji akan ke tanah suci untuk urusan memperbaharui kontrak penempatan sedia ada dan melihat perumahan baru bagi memastikan jemaah haji dari negara ini sentiasa mendapat perkhidmatan terbaik.
Menyentuh mengenai musim haji yang baru lepas, beliau menyifatkan perjalanan haji baru-baru ini sebagai satu kejayaan daripada sudut perkhidmatan apabila rungutan jemaah berkurangan berbanding sebelumnya. - Bernama
Hajat menunaikan haji sekali seumur hidup mungkin hanya tinggal impian bagi sesetengah orang kerana faktor kewangan
No comments:
Post a Comment