Ingin menyertai program ibadah korban atau akikah pada tahun hadapan tetapi tidak mampu untuk membayar sekaligus ? Kenapa tidak membayar secara ansuran ?
Pihak surau Al Hijrah kini membuka penyertaan kepada semua muslimin dan muslimat untuk menjadi peserta program ibadah korban pada tahun hadapan, tahun 2013. Sila isikan borang yang disediakan dan hantarkan kepada kami.
Jumlah bayaran penyertaan untuk 1 nama/bahagian ialah RM500.00 sahaja. Anda boleh membayar sebanyak RM50.00 setiap bulan selama 10 bulan. Bayaran mula dikutip mulai bulan Disember ini untuk bayaran bulan pertama.
Sasaran kami ialah untuk melibatkan lebih ramai peserta korban, dan lebih ramai penduduk terutama yang miskin akan mendapat merasa daging lembu tempatan.
DALIL PENSYARIATAN & FADHILAT
QURBAN |
DALIL
PENSYARIATAN
- Firman Allah S.W.T dalam surah Al-Kautsar ayat 2 :
Maksudnya : "Maka kerjkanlah sembahyang kerana Tuhanmu semata-mata dan
sembelihlah korban sebagai bersyukur".
- Allah
S.W.T.telah berfirman dalam Surah Al-Haj ayat 37 :
Maksudnya: "Daging
dan darah binatang korban atau hadiah tidak sekali-kali akan sampai kepada
Allah, tetapi yan sampai kepadaNya ialah amal yang ikhlas berdasarkan taqwa dari
kamu".
- Sabda Rasulullah
S.A.W.:
Maksudnya : "Aku diperintahkan dengan menyembelih korban itu
dan ia adalah sunat ke atas kamu". (Hadis riwayat Tirmidzi)
FADHILAT IBADAH QURBAN
Fadhilat yang diperolehi daripada ibadah korban ini amat
besar antaranya:
- Menambah amal kebajikan. Sabda Rasullah Sallallahu
'Alaihi Wasallam:
Maksudnya: "Korban itu bagi tuannya dengan setiap
bulunya adalah kebajikan". (Hadis riwayat Tirmidzi, Ibnu Majah dan al-Hakim)
- Sebagai penebus dosa Sabda Rasullah Sallallahu 'Alaihi
Wasallam kepada Sayyidatina Fatimah:
Maksudnya: "Hai
Fatimah,berdirilah di sisi korbanmu dan saksikanlah ia, sesungguhnya titisan
darahnya yang pertama itu pengampunan bagimu atas dosa-dosamu yang telah lalu".
(Hadis riwayat al-Bazzar dan Ibnu Hibban)
- Mendapat tempat yang mulia di sisi Allah.
Sabda
Rasullah Sallahahu 'Alaihi Wasallam: Maksudnya: "Wahai manusia,
sembelihlah korban dengan mengharapkan pahala daripada Allah dengan darahnya,
bahawa sesungguhnya darah korban itu jika ia tumpah ke bumi maka ia akan
mengambil tempat yang mulia di sisi Allah Azza Wajalla." (Hadis riwayat
Thabrani)
- Rasullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam pernah bersabda:
Maksudnya : "Tiada dibuat oleh anak Adam pada Hari Raya Adha akan
sesuatu amal yang lebih disukai oleh Allah Ta'ala daripada menumpahkan darah
(menyembelih korban). Bahawa korban itu datang pada hari kiamat dengan
tunduk-tunduknya, bulu-bulunya dan kuku-kukunya. Sesungguhnya darah korban itu
mengambil tempat yang mulia di sisi Allah sebelum darah itu tumpah ke bumi, maka
hendaklah kamu buat korban itu dengan hati yang bersih." (Hadith riwayat
Tirmidzi)
- Ancaman terhadap orang yang mampu melakukan qurban
tetapi tidak melaksanakannya. Daripada Abu Hurairah Radhiallahu 'anhu katanya,
sabda Nabi Sallallahu 'Alaihi Wasallam:
Maksudnya: "Barangsiapa yang
ada kemampuan untuk berqurban tetapi tidak melakukannya, janganlah dia hadir
bersama kami di tempat sembahyang kami".
|
No comments:
Post a Comment