26 August 2011
Salam Aidil Fitri dari Kami
Sempena bulan mulia ini, kami, seluruh ahli jawatankuasa surau alhijrah dengan hati yang tulus ikhlas menyusun jari sepuluh memohon maaf, zahir dan bathin kepada seluruh muslimin dan muslimat terutama jemaah surau alhijrah jika sepanjang setahun yang lalu, sepanjang kami berkhidmat sebagai ajk, jika ada antara kami yang terkasar bahasa, terkilaf perkataan atau apa -apa sahaja yang mungkin tidak menyenangkan kepada anda semua, maaf dipinta.
Semoga kita menyambut Aidil Fitri pada tahun ini dengan satu azam baru, mengenepikan perbezaan pendapat dan politik, membuang rasa dendam dan curiga, demi satu matlamat, satu masyarakat yang bersatu dan penuh ukhuwah serta semangat silaturrahim sebagai hamba Allah SWT.
Berhati-hati memandu kepada semua yang akan pulang kekampung, semoga dapat bertemu kembali di KL selepas hari raya ini.
"Servis kenderaan anda sebelum kenderaan anda diserviskan dilebuhraya"
Jom Qiamullail !
Semua muslimin/muslimat dijemput untuk menghidupkan malam-malam terakhir Ramadhan ini dengan qiamullail pada awal pagi esok:-
Sabtu 27 Ramadhan 1432H
Mulai jam 3.30 pagi
Aktiviti qiamullail akan dipimpin oleh Ustaz Mohammad Hj Adam juga merupakan Imam 1 surau kita.
Kuliah Subuh akan dibawa oleh Ustaz Helmey Yahya. Juadah sahur akan disediakan.

25 August 2011
Rancang Perjalanan Anda ! Elakkan Tersangkut Dalam Jem ...
Bayangkan anda berada dalam kesesakkan seperti ini, mungkin boleh jadi gila ! Dilaporkan kesesakkan trafik adalah salah satu penyumbang kepada masalah mental rakyat Malaysia, ia memberi kesan kepada emosi serta fizikal seseorang hinggakan boleh mempengaruhi kehidupan.
Petikan dari Kosmo 25 Ogos 2011
PETALING JAYA: PLUS Expressways Bhd (PLUS) memperkenalkan jadual perjalanan dengan membahagikan kenderaan bernombor pendaftaran berakhir dengan nombor ganjil dan genap bagi melancarkan perjalanan di lebuh raya sempena musim cuti Aidilfitri dan Hari Kemerdekaan.
Pengarah Urusan PLUS Datuk Noorizah Abdul Hamid, berkata langkah itu bertujuan memisahkan kumpulan pengguna lebuh raya dari utara dan selatan termasuk mereka ingin pulang berhari raya pada saat-saat akhir menuju ke Lembah Klang dari 1 hingga 4 September ini. “Pengguna lebuh raya dari utara dan selatan yang akan kembali ke ibu kota pada 1 hingga 4 September dinasihatkan memasuki lebuh raya setiap jam genap sebelum 12 tengah hari iaitu 8 pagi dan 10 pagi bagi kenderaan bernombor pendaftaran berakhir dengan nombor genap. “Bagi kenderaan bernombor pendaftaran berakhir dengan nombor ganjil disarankan menggunakan lebuh raya pada setiap jam ganjil sebelum 12 tengah hari iaitu pada 9 pagi dan 11 pagi,” katanya pada sidang akhbar di sini, semalam.
Noorizah berkata, bagi semua kenderaan dicadangkan waktu yang sesuai untuk memasuki lebuh raya sebelum 8 pagi dan selepas 6 petang bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas bagi ketiga-tiga hari itu.
Beliau menasihatkan pengguna Lebuh Raya Utara-Selatan supaya mengikuti Jadual Cadangan Waktu Perjalanan (TTA) yang disediakan.
Jadual perjalanan yang dicadangkan untuk pengguna dari Lembah Klang ke utara dari Sabtu hingga Isnin ini iaitu :
•Perlis, Kedah dan Pulau Pinang ialah sebelum jam 12 tengah hari;
•Taiping, Kuala Kangsar dan Changkat Jering antara 12 tengah hari hingga 3 petang;
•Ipoh, Simpang Pulai dan Gopeng antara pukul 3 dan 6 petang;
•Tapah, Bidor, Slim River dan Tanjung Malim selepas 6 petang.
Bagi perjalanan dari selatan pula jadual yang dicadangkan bagi Johor ialah:
•Skudai, Johor Baharu, Senai dan Kulai sebelum 10 pagi;
•Ayer Hitam, Yong Peng dan Tangkak antara 10 pagi dan 1 petang;
•Melaka melalui Ayer Keroh antara 1 petang hingga 3 petang;
•Tampin dan Alor Gajah melalui Simpang Ampat antara 3 hingga 6 petang;
•Senawang, Port Dickson dan Seremban selepas 6 petang.
PLUS juga memperkenalkan jadual perjalanan bagi pengguna lebuh raya dari utara yang ingin pulang ke Kuala Kangsar dan Ipoh serta dari Ipoh menuju ke Tapah, Bidor, Slim River dan Tanjung Malim pada 1 hingga 4 September ini.
l Dari Perlis, Kedah dan Pulau Pinang melalui Juru serta Changkat Jering dan Taiping ke Kuala Kangsar dan Ipoh antara 1 hingga 6 petang;
l Ipoh, Simpang Ampat dan Gopeng ke Tapah, Bidor, Slim River dan Tanjung Malim antara 4 hingga 6 petang.
l Dari Melaka melalui Ayer Keroh, Alor Gajah dan Tampin melalui Simpang Ampat ke Senawang, Port Dickson dan Seremban antara 4 petang dan 6 petang.
Noorizah berkata, ketika perayaan Aidilfitri tahun lalu, 50 peratus pengguna lebuh raya mengikuti jadual TTA yang dikeluarkan oleh PLUS bagi membantu mengurangkan kesesakan di lebuh raya sejak diperkenalkan 2007.
PLUS menjangka jumlah trafik di lebuh raya di Lebuh Raya Utara-Selatan akan meningkat 30 peratus kepada 1.4 juta kenderaan sehari pada waktu puncak berbanding 1.1 juta kenderaan pada hari biasa.
Noorizah berkata, seramai 3,000 kakitangan PLUS dan 430 anggota polis, Jabatan Pertahanan Awam, St Johns Ambulans dan Persatuan Bulan Sabit Merah ditempatkan di plaza tol dan Kawasan Rehat dan Rawat (R&R) sepanjang lebuh raya manakala 159 pasukan PLUSRonda akan membuat rondaan selama 24 jam sehari selain lebih 1,000 kaunter tol dibuka untuk memudahkan urusan pembayaran tol.
Pegawai Turus Penguat kuasa Polis Diraja Malaysia (PDRM) Superintendan Hamzah Ahmad, yang turut hadir pada sidang media itu, berkata lebih 300 anggota polis ditempatkan di kawasan terpilih mulai semalam hingga 6 September bagi mengawasi keadaan lalu lintas.
Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini di lebuh raya PLUS menerusi talian bebas tol PLUSLine di 1800-88-0000 dan laman Twitter di www.twitter.com/plustrafik.
24 August 2011
Selasa Ini Hari Raya ?
KUALA LUMPUR – Beberapa orang ahli falak yakin umat Islam akan menyambut hari raya Aidilfitri pada Selasa, 30 Ogos ini berdasarkan kajian dan perkiraan hisab serta kedudukan anak bulan Syawal.
Menurut Yang Dipertua Persatuan Falak Syarie Malaysia, Tuan Syed Kamaruzaman Syed Kabeer, andaian itu dibuat kerana penentuan awal Syawal 1432H menggunakan kaedah rukyah (cerapan) dan hisab berpandukan kriteria imkanur rukyah (kebolehnampakan).
“Berdasarkan perkiraan itu, anak bulan dijangka sudah cukup syarat untuk memulakan bulan baharu (Syawal) pada 30 Ogos ini,” jelasnya ketika dihubungi di sini semalam.
Beliau bagaimanapun menjelaskan, tarikh sebenar hari raya tetap tertakluk kepada perisytiharan Penyimpan Mohor Besar Majlis Raja-Raja.
Menurutnya, perkiraan hisab di negara ini turut diamalkan di negara serantau seperti Indonesia dan Singapura.
Di Melaka, Ketua Bahagian Falak Syarie Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Dr. Kassim Bahali juga sependapat dengan Syed Kamaruzaman bahawa hari raya diramalkan jatuh pada Selasa kerana berdasarkan hisab, kedudukan bulan pada 29 Ogos ini bersamaan 29 Ramadan memenuhi kriteria Imkarnur Rukyah (kebolehnampakan).
“Hilal iaitu anak bulan dijangka memenuhi syarat minimum yang ditetapkan iaitu umur anak bulan sudah melebihi lapan jam.
“Anak bulan ialah cahaya bulan yang mula-mula kelihatan selepas ijtimak iaitu kedudukan bumi, bulan dan matahari berada dalam satu garisan,” katanya ketika dihubungi di Melaka semalam.
Beliau menjelaskan, berdasarkan faktor ini, 1 Syawal 1432 Hijrah dijangka jatuh pada Selasa, 30 Ogos ini.
Petikan Kosmo 24 Ogos 2011
20 August 2011
Mari BerQiyamullail
Semua muslimin/muslimat dijemput untuk menghidupkan malam-malam terakhir Ramadhan ini dengan qiamullail pada awal pagi esok:-
Ahad, 21 Ramadhan 1432H
Mulai jam 3.30 pagi
Aktiviti qiamullail akan dipimpin oleh Ustaz Mohammad Hj Adam juga merupakan Imam 1 surau kita.
Solat2 sunat yang akan dibuat:
1. Solat sunat hajat
2. Solat sunat tasbih
3. Solat sunat witir
4. solat sunat tahajjud
5. Kuliah subuh - oleh Ustaz Helmey Yahya
Sahur akan disediakan oleh pihak surau. Jadi tak payah nak risau untuk memasak pada waktu sahur nanti.
KELEBIHAN QIYAMULLAIL
“Wahai orang yang berselimut! Bangunlah solat tahajjud pada waktu malam, selain daripada sedikit masa (yang tidak dapat tidak untuk berehat) iaitu separuh dari waktu malam atau kurangkan sedikit dari separuh itu ataupun lebihkan (sedikit) daripadanya: dan bacalah al-Quran dengan tartiil”
(Surah al-Muzammil ayat 1-4)
MUKADDIMAH
Fizikal, intelek, emosi, dan rohani merupakan aspek utama dalam diri setiap insan.
Fizikal dibina dengan mengamalkan gaya hidup sihat. Akal pula dibina dengan menuntut ilmu. Manakala emosi pula dibina dengan mendidik dan membentuk hati supaya tergolong dalam kriteria mahmudah dan dijauhkan dari sifat mazmumah. Rohani pula dapat dibina dengan menperbanyakkan ibadah ruhiyyah ikhlas semata-mata kerana Allah.
Oleh itu qiyamullail merupakan salah cara membina rohani yang mantap dan seterusnya menjadi penjana jatidiri setiap mu’min. Usaha ini tentunya memerlukan azam, kekuatan, ketabahan, dan pengorbanan kerana nafsu, iblis dan tenteranya sentiasa berusaha memenuhi ruang dan peluang yang ada.
PENGERTIAN
Qiyamullail ialah bangun pada waktu malam (menghidupkan malam) dengan beribadat kepada Allah seperti bersolat, membaca al-Quran dan berzikir semata-mata mengharap keredhaan Allah.
SEJARAH QIAMULLAIL
Pada awalnya qiamullail wajib bagi rasulullah dan para sahabat. (Lihat surah al-Muzammil 1-10)
Namun setelah setahun disyari’atkan amalan itu menjadi sunad muakkad bagi setiap umat Islam .Namun ia tetap wajib ke atas Nabi Muhammad S.A.W. (Lihat surah al-Muzammil 20)
SEBAB NUZUL AYAT
Diriwayatkan oleh Ibn Abi Hatim daripada Ibrahim al- Nakhi di mana Nabi sedang berselimut dengan lihaf maka Jibril datang menemui baginda dan menyampaikan wahyu.
HIKMAH QIYAMULLAIL
· Meningkatkan keimanan individu
· Meninggikan darjat disisi Allah
· Dapat beribadah dengan lebih khusyuk
· Mendidik jiwa bersyukur dengan nikmat kesihatan dan nikmat waktu malam yang tenang
· Melatih diri menjadi insan bertakwa
· Melatih diri menperbanyakkan amalan sunat
· Mendidik jiwa melawan nafsu dan syaitan
· Menyedari bahawa manusia dicipta untuk beribadah
· Melatih diri mengharap keredhaan Allah
· Memberi ketenangan jiwa (emosi)
· Memberi kesihatan (fizikal)
· Menajamkan akal fikiran
· Meneguhkan kekuatan rohani
· Menambahkan rasa kekerdilan di sisi Allah dan bertawakkal kepadaNya.
· Melatih diri bersikap khauf(takut) dan roja’(berharap) kepada Allah .
· Dan lain –lain lagi hikmah ganjaran Allah untuk hamba-hamba ikhlas dan istiqamah
KELEBIHAN QIAMULLAIL
· Dimakbulkan doanya dan masin perkataan.
· Tenang hati dan fikirannya
· Dimurahkan rezeki
· Dihormati masyarakat
· Dilindungi Allah daripada khianat manusia.
· Jika dia pemimpin ,dia akan disegani
· Dan banyak lagi (Perlu difahami bahawa segala kelebihan adalah nikmat Allah bergantung kepada rahmat Allah . Allah berhak mengurniakan apa sahaja yang dikehendakiNya)
WAKTU-WAKTU QIYAMULLAIL
Waktu untuk solat malam ialah selepas isya’ sehingga sebelum masuk subuh. Bagi solat tahajjud, kita digalakkan untuk tidur dahulu walaupun seketika.
Waktu yang paling utama ialah sepertiga malam terakhir.
“Puasa yang lebih disukai oleh Allah ialah puasa Nabi Daud dan solat yang disukai oleh Allah ialah solat Nabi Daud. Baginda tidur pertengahan malam, bangun sepertiganya (solat) lalu tidur seperenamnya.Baginda berpuasa sehari dan berbuka sehari”
H.R. Jamaah selain At-Tarmizi
PANDUAN BANGUN AWAL
· Makan malam awal (sebelum Maghrib) dan tidak makan makanan yang berat selepas waktu Isya’
· Tidak melakukan bekerja terlalu penat pada waktu siang.
· Elakkan diri daripada melakukan daripada melakukan maksiat
· Berniat ikhlas mengharap keredhaan Allah
· Membaca tiga ayat terakhir Surah al-Kahfi dan niatkan dalam hati agar dapat bangun pada waktu yang diniatkan
· Mematuhi adab-adab tidur
ADAB-ADAB QIYAMULLAIL
· Berniat sebelum tidur untuk Qiyamullail
“Barangsiapa yang tidur sedang dia berniat akan bangun untuk bersolat di malam hari, tetapi dia terus tertidur hingga pagi, ditulis baginya apa yang telah diniatkannya dan tidurnya itu merupakan rahmat Allah kepadanya”
H.R. An-Nasai dan Ibn-Majah
Sanad Sahih daripada Abu Darda’ R.A.
· Tidur mengikut adab-adab yang digariskan
· Berdoa, bersuci, bersugi, berwudu’ dan memakai pakaian bersih setelah bangun daripada tidur
· Keluar dan memandang ke langit lalu berdoa(rujuk buku panduan qiamullail) dan membaca sepuluh ayat terakhir surah Ali-Imran
· Memulakan solat malam dengan solat dua rakaat yang ringan, selepas itu solatlah seberapa banyak yang disukai
· Membangunkan dan mengajak ahli keluarga dan rakan-rakan turut serta berqiyamullail
“Apabila seseorang membangunkan isterinya di malam hari lalu kedua-duanya bersolat/bersolat dua rakaat bersama-sama, ditulislah baginya dalam golongan orang-orang yang mengingati Allah”
H.R. Abu Daud
Sanad Sahih drp Abu Hurairah R.A.
· Menghentikan solat dan tidur apabila mengantuk dan teruskan apabila hilang perasaan mengantuk
· Beribadah sekadar yang mampu lalu dikekalkan (istiqamah) dan jangan ditinggal kecuali darurat.
· Muhasabah diri berkenaan amalan dan perjalanan hidup kita sepanjang hari.
AMALAN-AMALAN SUNAT KETIKA QIYAMULLAIL
· Solat sunat tahajjud
“dan bangunlah pada sebahagian dari waktu malam dan kerjakanlah solat tahajjud sebagai solat tambahan bagimu. Semoga tuhanmu membangkit dan menempatkanmu pada hari qiamat ditempat yang terpuji.”
Al-Isra’ 79
“Sebaik-baik solat selain drp solat fardhu ialah solat malam”
H.R. Muslim
· Solat sunat tasbih, taubat, istikharah,hajat, mengqada’ solat fardhu, solat mutlak, dan solat sunat yang lain.
· Solat witir
· Berzikir, bertasbih dan bertahmid
· Membaca al-Quran
· Dan amalan-amalan lain seperti muhasabah dan memikirkan keagungan dan kekuasaan Allah
PENUTUP
Qiamullail merupakan sunnah Nabi, amalan para shiddiqin, orang –orang soleh,dan golongan yang mengakui kehinaannya di sisi Allah yang maha Pengasih dan Penyayang dan sebaik –baik ganjaran ,nikmat ,dan rezeki hanyalah Allah S.W.T.
Adakah kita tidak menyedari keutamaan mencontohi sunnah Rasulullah ? Adakah kita lupa kadar peratusan dosa dan maksiat yang tidak terhingga banyaknya dalam buku catatan di kiri dan kanan kita? Adakah amalan kita sudah mengatasi amalan para ‘abid yang bermujahadah dengan ibadah malam mereka?Adakah kita lupa bahawa hanya amalan dan taqwa yang menjadi bekalan pada masa yang telah dijanjikan itu ?...........
Marilah kita bersama-sama berusaha mempertingkatkan keilmuan, keimanan, ketaqwaan dan amalan kita agar kita sentiasa di bawah perlindungan dan inayah Allah dan seterusnya menghayati dan merealisasikan wawasan
khoiru ummah dan menjadi khalifah yang menepati segala amanah yang di pikul.
Masa depan agama bangsa dan negara di tangan kita…dan generasi yang akan datang merupakan amanah kepada kita…
Dan mampukah kita menjawab di hadapan Allah tentang keburukan,kemungkaran ,kemaksiatan dan kelemahan yang diwariskan kepada generasi akan datang
Yang mana kita turut mendapat bahagian dalam saham yang besar nilainya ini ?
Fikirkan dengan mata hati yang sentiasa dilimpahi nur Ilahi
RUJUKAN
· Al-Quran terjemahan Ar-Rahman
· Abdul Salam Mohd Zain.1999.Ingin tahu? Solat.Kuala Lumpur.UPD Sdn. Bhd.
· Abd Latif Muda dan Rosmawati Ali.1997.Ulum Syariah Ting. 4.Ilham Abati Enterprise
· Imam Al-Ghazali(terj.).1998.Rahsia Hakikat Solat Mengikut Tauhid, Fekah dan Tasauf.Darul Nu ‘man
· Jainal Sakiban Johari.2003.Qiyamullail Amalan orang-orang soleh. Jabatan agama Johor.
· Khutbah jumaat.2003.Jabatan Agama Johor :Qiamullail .
· Jabatan Agama Johor . Himpunan solat –solat sunat .
TINGKATKAN AMALAN 1O TERAKHIR RAMADHAN
ADA satu malam rahsia yang amat istimewa pada Ramadan tetapi waktu sebenar berlakunya malam itu dirahsiakan Allah SWT daripada pengetahuan manusia.
Pada malam itu, ribuan malaikat bersiap sedia menunggu untuk mengangkat ibadat hamba Allah yang beribadat dengan penuh keimanan dan ketakwaan, dari alam dunia ke langit.
Malaikat Jibril bersama malaikat lain turun ke bumi untuk mendoakan setiap manusia yang beribadat, berzikir dan berdoa kepada Allah SWT pada malam itu dan Allah menyatakan kepada malaikat bahawa doa yang dipohon kepada-Nya ketika itu akan dimakbulkan.
Lebih istimewa adalah ibadat seorang hamba Allah pada malam itu digandakan sehingga menyamai nilai ibadat yang dilakukan selama 1,000 bulan atau selama 83 tahun empat bulan seperti firman-Nya:
“Malam lailatul qadar lebih baik daripada seribu bulan,” (al-Qadr, ayat ketiga).
Pada malam lailatul qadar itu juga, Allah memberikan nilai keampunan yang terlalu tinggi untuk hamba-Nya yang beribadat seperti sabda Rasulullah SAW:
“Barang siapa menunaikan ibadat pada malam al-Qadr dengan penuh keimanan dan
pengharapan, Allah akan mengampunkan segala dosa yang sudah dilakukannya.”
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim).
Demikianlah antara gambaran betapa istimewanya malam lailatul qadar, suatu malam paling mulia dan berkat yang berlaku hanya sekali dalam 365 hari, setiap tahun.
Pensyarah Jabatan Dakwah dan Pembangunan Insan, Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya (UM), Roslan Mohamed, berkata malam lailatul qadar adalah anugerah utama Allah SWT khusus kepada umat Nabi Muhammad SAW saja malah berlaku pula hanya pada Ramadan dan tidak pada bulan lain.
“Mengikut Imam Malik, sejarah malam lailatul qadar bermula apabila Nabi Muhammad SAW sedar yang usia umat Baginda tidak sepanjang usia umat terdahulu, hanya antara 60 tahun hingga 70 tahun, malah Rasulullah SAW sendiri wafat ketika usianya 63 tahun.
“Menyedari hakikat itu, Rasulullah berdoa kepada Allah SWT memohon supaya umatnya dapat beribadat sama dengan nilai ibadat umat terdahulu lalu disebabkan kasihnya Allah SWT terhadap baginda, Allah SWT mengurniakan malam lailatul qadar,” katanya.
Imam Qurtubi pula menjelaskan bahawa dikurniakan malam lailatul qadar itu sebagai tanda cintanya Allah SWT kepada Nabi Muhammad SAW dan umat baginda melebihi umat lain dan dikurniakan malam istimewa itu juga bagi menghiburkan hati Rasulullah SAW.
Bagaimanapun, suatu perkara yang sering diperdebatkan ketika membicarakan soal malam lailatul qadar adalah pada malam bilakah ia akan berlaku?
“Hakikatnya tiada siapa mengetahui bila malam lailatul qadar akan berlaku termasuk Nabi Muhammad sendiri. Dalam satu kisah yang diriwayatkan Imam Muslim, diceritakan yang Rasulullah hampir memberitahu sahabat mengenai waktu berlaku lailatul qadar tetapi akhirnya tidak kesampaian,” katanya.
Selepas kerap ditanya sahabat, Allah SWT akhirnya memberi wahyu kepada Rasulullah dengan menerangkan bilakah berlakunya malam lailatul qadar.
“Selepas menerima wahyu daripada Allah SWT, Baginda berjalan untuk menemui sahabat bagi memberitahu tanda berlakunya malam itu. Bagaimanapun, ketika dalam perjalanan, Baginda menemui dua sahabat yang sedang bertengkar.
“Baginda kemudian sibuk meleraikan pertengkaran dua sahabat itu dan akhirnya Rasulullah SAW terlupa tarikh atau masa malam al-Qadr seperti diwahyukan Allah,” katanya.
Roslan berkata, kalangan ulama berpendapat bahawa antara hikmah terlupanya Rasulullah SAW akan tanda-tanda malam lailatul qadar adalah supaya manusia berusaha sendiri mencari malam berkenaan.
Ulama silam, Syeikh Ahmad Abduh yang turut berpandangan sedemikian menyebut bahawa Allah hanya memberikan hidayah kepada mereka yang berusaha mencarinya sekali gus menggambarkan yang malam lailatul qadar hanya akan diberi kepada mereka yang ikhlas beribadat pada 10 malam terakhir Ramadan.
Ulama lain pula berpendapat yang dirahsiakan malam 1,000 bulan itu kerana membabitkan persoalan ketentuan qada dan qadar Allah SWT.
“Jika Nabi Muhammad SAW sudah memberitahu waktu berlakunya malam lailatul qadar, maka tidak ramai lagi umat Islam akan berusaha sebaliknya hanya menunggu dan beribadat pada malam itu saja dan tidak pada malam lain,” katanya.
Penelitian terhadap hadis Rasulullah SAW mendapati Baginda sekadar menyatakan malam lailatul qadar itu berlaku pada 10 malam terakhir Ramadan selain malam ganjil pada 10 malam terakhir Ramadan serta terdapat hadis menyatakan pada malam 27 Ramadan.
Malam lailatul qadar penuh dengan rahmat kepada umat Islam yang patuh mengerjakan ibadat sepanjang Ramadan.
Beberapa ulama muktabar antaranya Imam Nawawi dan Ibnu Hazm berpendapat bahawa malam lailatul qadar bergilir dari setahun ke setahun, misalnya jika tahun ini berlaku pada malam 21 Ramadan, tahun hadapan akan berlaku pada malam 23 Ramadan.
Jumhur ulama menyatakan lailatul qadar berlaku pada malam 27 Ramadan berdasarkan hadis daripada Ubai ibn Kaab:
“Bahawa Rasulullah SAW memerintahkan kami menunaikan ibadat pada malam itu dan awal pagi 27 Ramadan, tandanya ialah matahari pada awal pagi dalam keadaan
tenang, putih dan tidak pucat cuacanya,” (riwayat Tirmizi).
Sahabat Rasulullah SAW, Ibnu Abas pula berijtihad bahawa malam lailatul qadar adalah malam ke-27 Ramadan berdasarkan penelitiannya terhadap rahsia surah al-Qadr.
Beliau mendapati ada 30 perkataan dalam surah berkenaan dan perkataan ‘Salamun Hiya’ (Sejahteralah malam itu) terletak pada perkataan ke-27.
“Bagaimanapun, apa yang Nabi Muhammad SAW tuntut bukanlah untuk mencari bilakah malam itu akan berlaku tetapi Baginda menyuruh supaya kita beribadat sebanyak mungkin pada 10 hari terakhir Ramadan.
“Itu yang patut diperbetulkan dalam persepsi masyarakat dan diamalkan, malah sunnah Rasulullah, baginda sendiri menghidupkan 10 malam terakhir Ramadan.
“Jika kita kita beribadat terus-terusan pada 10 malam terakhir Ramadan, maka kita pasti akan beribadat pada malam lailatul qadar malah kita tidak akan rugi apa-apapun jika beribadat pada malam selain malam itu,” katanya.
Justeru, seperti juga saranan Ibnu Qayyim, umat Islam seharusnya memperbanyakkan ibadat pada malam itu dengan membaca al-Quran, berzikir, beristighfar dan bertaubat, bertahajud, memohon doa, bersedekah jariah, bermuhasabah, bertafakur dan menangisi segala dosa silam.
Amalan mulia pada 10 malam terakhir Ramadan wajar diteruskan pada bulan lain, kerana ia boleh membentuk peribadi dan akhlak Muslim sejati. Ibadat tidak sepatutnya pada Ramadan saja kerana hubungan Allah dan umat Islam perlu sentiasa diperkukuhkan.
Sikap syukur kepada rahmat Allah akan mendekatkan manusia dengan pencipta-Nya. Perbanyakkan amalan pada 10 malam terakhir Ramadan, akan membentuk peribadi Muslim yang takwa dan sujud kepada Allah.
Oleh Nasron Sira Rahim
nasron@bharian.com.my
16 August 2011
15 August 2011
Majlis Pecah Tanah Surau Al Hijrah
Majlis berlangsung dengan meriah sekali dihadiri oleh lebih 1000 oarng penduduk PPR Pantai Ria dan kawasan sekitar. Terimakasih kepada semua pihak yang membantu sehingga majlis berlangsung dengan lancar terutama DBKL, JAWI, Pejabat Raja Nong Chik, Persatuan Penduduk dan semua ajk surau dan sukarela. Juga penghargaan kepada Rela, Polis dan Penguatkuasa DBKL yang bekerja keras memastikan kelancaran trafik.
Surau baru berharga RM500,000 akan mula dibina selepas raya ini dan dijangka siap awal tahun depan. Dijangka surau ini boleh memuat 350 jemaah berbanding hanya 120 jemaah surau sedia ada.
Surau baru berharga RM500,000 akan mula dibina selepas raya ini dan dijangka siap awal tahun depan. Dijangka surau ini boleh memuat 350 jemaah berbanding hanya 120 jemaah surau sedia ada.
Backdrop
Dari kiri, Hj Kairom, Datuk Raja Nong Chik, Datuk Jamil Khir dan Datuk Ibrahim
Tetamu jemputan
Dari kiri, Hj Kairom, Datuk Raja Nong Chik, Datuk Jamil Khir dan Datuk Ibrahim
13 August 2011
10 August 2011
Majlis Pecah Tanah Surau Baru Al Hijrah PPR Pantai Ria
Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Dato' Raja Nong Chik dijangka merasmikan majlis pecah tanah surau baru Al Hijrah di kawasan padang, berhadapan Blok D. Disamping sebuah surau baru, kerajaan juga akan membina sebuah sekolah rendah agama yang baru.
Majlis akan berlangsung pada hari Ahad ini, 14 Ogos / 14 Ramadhan mulai jam 5.00 petang. Semua muslimin dan muslimat terutama penduduk PPR Pantai Ria dijemput hadir dalam majlis yang amat besar ertinya kepada kita.
Dengan adanya majlis pecah tanah ini, maka tertunai juga hasrat kita semua untuk mendirikan sebuah surau baru yang boleh menampung lebih ramai jemaah serta dengan kemudahan yang lebih sempurna. Perjuangan barisan AJK Surau sejak 3 tahun lepas akhirnya dimakbulkan Allah SWT.

09 August 2011
KELEBIHAN SOLAT SUNAT TARAWIKH
RAMADHAN : Solat Sunat Tarawih
Ibadah yang paling besar pahalanya selain pahala puasa Ramadhan ialah menghayati setiap malamnya dengan Solat Sunat Tarawih.
Pengertian Solat Tarawih
Erti Tarawih ialah duduk bersenang-senang atau beristirehat. Solat Tarawih bererti solat dengan rasa senang dan kelapangan hati selepas Solat Fardhu Isya'. Biasanya duduk berehat setelah mengerjakan empat rakaat Solat Tarawih sebelum disambung semula.
Tujuan utamanya ialah untuk memberi peluang dan galakan kepada umat Islam supaya suka mengisi waktu yang terluang di dalam Bulan Ramadhan dengan ibadat-ibadat sunat seperti Solat Tarawih, Solat Witir, membaca Al-Quran, berzikir dan lain-lain.
Solat Tarawih juga disebut dengan Qiamu Ramadhan. Solat ini dikerjakan selepas umat Islam mengerjakan Solat Fardhu Isya' dan waktunya berkekalan sehingga akhir malam. Istilah Qiamu Ramadhan juga dimaksudnya bahawa umat Islam sewajarnya menghidupkan suasana malam di sepanjang bulan Ramadhan dnegan mengerjakan solat, iktikaf dalam masjid, berzikir dan seumpamanya. Sangatlah ruginya mereka yang tidak mahu merebut peluang meraih pahala dengan beribadat solat Tarawih setahun sekali ini. Sesungguhnya Bulan Ramadhan adalah bulan yang sangat mulia dan peuh keberkatan.
Hukum Solat Tarawih
Hukum Solat Tarawih ialah Sunat Muakkad (sunat yang sangat dituntut) bagi orang-orang Islam lelaki dan perempuan. Oleh kerana itu keadaannya menjadi penyempurnaan bagi ibadat puasa yang wajib dan meang banyak pahalanya. Mereka yang mengerjakan ibadat puasa tetapi tidak mengerjakan solat Sunat Tarawih pada malamnya, seolah-olah menjadi tawar dan hambar; berjaya tetap tidak cemerlang. Sesungguhnya sangatlah ruginya mereka yang berpuasa Ramadhan tetapi tidak melengkapkannya dengan Solat Sunat Tarawih.
Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:
"Sesiapa yang mendirikan Solat (tarawih) pada malam hari di bulan Ramadhan dengan penuh keimanan dan ikhlas, maka Allah akan mengampunkan segala dosanya yang telah lalu."
(Hadis Riwayat Bukhari)
Sumber ~
Buku : KELEBIHAN AMALAN BULAN REJAB, SYA'BAN DAN RAMADHAN
Penulis : Haji Johari Haji Alias
http://mphonline.com/books/nsearch.aspx?do=detail&pcode=9789830460734

08 August 2011
Menggapai Malam Lailatul Qadar
MENGGAPAI MALAM AL-QADAR Oleh: Hasri Harun (Exco Dakwah ABIM)
Apabila datang bulan Ramadan pada setiap tahun umat Islam diperingatkan semula tentang satu malam yang begitu besar maknanya iaitu malam al-Qadar. Malam al-Qadar atau dalam bahasa arab disebut lailatul Qadar terdapat beberapa makna.
Lailatul Qadar menurut Ibnu Abbas, Ikrimah dan Sa’id bin Jubair membawa maksud malam keputusan; atau malam penetapan. Manakala tafsir Qurtubi dalam menjelas ayat surah al-Nasr pula menjelaskan bahawa maknanya adalah malam yang sempit.
Dinamakan demikian kerana pada malam itu bumi sesak ataupun sempit dengan para malaikat. Dalam al-Quran disebut oleh Allah SWT bahawa malam tersebut ganjarannya seumpama seribu bulan. Lailatul qadr merupakan malam yang diberkahi. Allah Ta’ala berfirman al-Dukhan ayat 1-6 yang bermaksud
“Haa Miim. Demi Kitab (al-Quran) yang menjelaskan. Sesungguhnya Kami menurunkannya pada suatu malam yang diberkahi dan sesungguhnya Kami lah yang memberi peringatan. Pada malam itu dijelaskan segala urusan yang penuh hikmah. (Iaitu) urusan yang besar dari sisi Kami. Sesungguhnya Kami adalah yang mengutus rasul-rasul sebagai rahmat dari Rabb-mu. Sesungguhnya Dialah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.”
Bagi mereka yang teguh imannya pastinya akan berasa terkejut dengan hadiah Allah SWT yang begitu besar bagi mereka yang benar-benar memperolehi malam tersebut.
Bandingan satu malam yang dinamakan sebagai malam al-qadar dengan seribu bulan sama juga seumpama 83 tahun. Kiraan secara zahir ini menunjukan betapa besar pahala yang Allah swt berikan kepada umatnya bagaimana tempoh 83 tahun tersebut seolah-olah satu umur bagi seorang manusia yang hidup dimuka bumi ini.
83 tahun adalah tempoh agak panjang sebagai manusia, namun satu malam al-qadar itu amat bermakna sekali. Namun dalam huraian hadith begitu banyak penjelasan diberikan tentang tarikh sebenar bilakah malam al-qadar tersebut.
Perdebatan yang dilakukan oleh para ulama dan muhaddithin ini mengundang kita memikirkan kenapakah tiada satu masa yang tunggal bagi kita untuk mendapat ketetapan Allah swt agar kita sedia dan mampu meraih malam al-qadar dengan mudah.
Firman Allah SWT dalam surah al-Qadar ayat 1-5 yang bermaksud
“Sesungguhnya Kami telah menurunkan (al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar. Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam Lailatul-Qadar itu?
Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan. Pada malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut). Sejahteralah malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar.
Pengurniaan malam al-qadar oleh Allah swt dalam bulan Ramadan dengan segala perselisihan masa yang tepat bilakah ianya berlaku mengundang kita sebagai hambaNya berfikir apakah makna disebalik anugerah ini.
Sebagai pencipta alam ini pastinya Allah menghendaki kita agar sentiasa bersedia tidak kira pada awal masa, pertengahan dan akhir Ramadan agar sentiasa berusaha mencari bilakah malam al-Qadar sebenarnya. Ertinya disini Allah SWT ingin menguji dan menawarkan kita satu pertandingan dikalangan hambaNya siapakah dikalangan mereka yagn benar-benar ikhlas mencari malam al-Qadar.
Wujudnya kesedaran untuk mencari malam al-Qadar ini tidak akan terbit semata-mata untuk berada dalam suasana hening malam dan bangun untuk melihat peristiwa apa yang bakal berlaku semata-mata.
Namun disebalik usaha dan ikhtiar manusia mencari malam al-Qadar ini selain merebut pahala berganda tersebut adalah manifestasi cinta kita kepada Tuhan yang menganugerahkan nikmat dan kasih sayangnya kepada seluruh hambaNya.
Cinta kita kepada Allah yang ikhlas dan kasih sayang yang diterima tanpa berbelah bahagi daripadaNya yang mampu membangkitkan kesedaran iman dan taqwa untuk mencari malam al-Qadar tersebut kerana telah dijanjikan Allah swt bahawa pada malam tersebut diturunkan para malaikat untuk melihat dunia siapakah yang sedang melaksanakan ibadah kepada Tuhannya.
Tanpa rasa cinta dah kasih kepada Tuhan mana mungkin kita bersedia untuk bangun malam, membuka segala kelemahan kepada Nya, memohon keampunan dan mendoakan kesejahteraan hidup didunia & akhirat. Hanya mereka yang teguh iman, tegap taqwanya bersedia menghadapi ujian bangun malam dengan gigih.
Inilah hakikat pencarian malam al-Qadar yagn harus dipelajari. Pencarian ini juga jangan dilihat sebagai satu usaha yang kosong dan dijadikan pesta untuk meraih malam yang penuh barakah ini.
Mulakan diri dengan kesedaran dan tingkatkan rasa iman yang benar–benar semata-mata untuk mencari keredhaan Allah semata-mata. Mari kita sama-sama renung firman Allah dalam surah Saba’ ayat 46 yang bemaksud:
Katakanlah (Wahai Muhammad): “Aku hanyalah mengajar dan menasihati kamu dengan satu perkara sahaja, iaitu: hendaklah kamu bersungguh-sungguh berusaha mencari kebenaran kerana Allah semata-mata, sama ada dengan cara berdua (dengan orang lain), atau seorang diri; kemudian hendaklah kamu berfikir sematang-matangnya (untuk mengetahui salah benarnya ajaranKu.”
Sesungguhnya sebagai Khaliq dan pencipta alam ini, sudah tentulah Allah SWT ingin melihat melalui kekuasaan siapa dikalangan mereka hambaNya yang benar-benar berusaha dalam mencari peluang dan ruang pada malam al-Qadar tersebut.
Malam yang penuh dengan barakah ini dijanjikan Allah dengan pahala yang cukup besar melalui solat-solat sunat, tilawah al-quran dan muhasabah diri agar kita kembali merapatkan jurang yang sudah jauh dengan Allah swt.
Sebagai hambaNya yang beriman sikap mencari keredaan Allah mesti dicipta dalam diri. Marilah kita bina kekuatan mencari malam al-Qadar dengan cinta dan kasih pada Nya.
.

05 August 2011
Kemajuan Malaysia Berbanding Dahulu
Dari gambar2 lama berikut, dapat kita bandingkan kemajuan dan pembangunan Malaysia kini selepas negara Merdeka. Nikmat pembangunan Malaysia ini sepatutnya disyukuri dengan penuh keinsafan oleh kita semua. Kita semua pasti mengharapkan negara kita akan terus makmur dan maju bukan sahaja dari segi material tetapi juga rohani.
Ini mungkin Taman Tasik Perdana
Jalan Bukit Bintang - 1950, macam kat kampung
Berlatangbelakang Bukit Aman
Subscribe to:
Posts (Atom)