25 May 2014

SENTIASALAH BERSIKAP JUJUR

SENTIASALAH BERSIKAP JUJUR

Dari 'Abdullah r.a. katanya Rasulullah saw. bersabda:

"Hendaklah kamu selalu berlaku jujur. Kerana berlaku jujur membimbing kepada kebajikan, dan kebajikan membawa ke syurga. Seseorang yang sentiasa berlaku jujur dan berusaha mempertahankan/mencari kejujuran, maka dia dicatat Allah sebagai "Sadiq" (orang yang jujur). Dan hindarilah olehmu dusta, kerana sesungguhnya dusta itu membimbing kepada kejahatan, dan kejahatan membawa ke neraka. Seseorang yang sentiasa berdusta dan mempertahankan kedustaan, maka dia dicatat Allah Taala sebagai "Kadzdzab" (si Pendusta atau si Pembohong)."

Hadis Sahih Muslim

Wallahualam

23 May 2014

PASAR HARI JUMAAT DI SYURGA

Dari Anas bin Malik r.a katanya, Rasulullah s.a.w bersabda:”Di dalam syurga terdapat sebuah pasar yang didatangi penduduk syurga setiap hari Jumaat. Angin bertiup dari sebelah kanan menyentuh muka dan pakaian mereka, menyebabkan muka dan pakaiannya bertambah cantik, tampan dan indah. Ketika mereka pulang ke rumah didapatinya isteri mereka bertambah cantik dan indah. Kata mereka kepada isterinya, “Engkau sungguh-sungguh tambah cantik dan pakaianmu tambah indah sepeninggalanku.” Jawab isterinya, “Engkau demi Allah sungguh tambah tampan dan pakaianmu tambah indah pula sekembalimu.”

22 May 2014

KULIAH BULANAN USTAZAH ZAWIAH HASSAN

KULIAH BULANAN - MUSLIMAH

USTAZAH ZAWIAH HASSAN
MANTAN PEN PENGARAH KANAN JAKIM / PENDAKWAH BEBAS / MURSYIDAH USTAZAH PILIHAN ASTRO

AHAD - 25 MEI 2014
MASA: 11.15 PAGI
DI SURAU ALHIJRAH PPR PANTAI RIA

SEMUA MUSLIMAH DIJEMPUT HADIR

21 May 2014

CARI REZEKI YANG HALAL DAN MENABUNG

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:

“Allah memberikan rahmat kepada seseorang yang berusaha mencari harta dengan jalan yang halal dan membelanjakannya dengan cara sederhana dan berhemat serta menabung kelebihannya untuk hari susah dan hajatnya.”

[Riwayat Ibn an-Najjar]

19 May 2014

UAE Hadiah Masjid di Bandar Malaysia, Sg Besi

NAJIB Tun Razak bersama Putera Mahkota Abu Dhabi, Sheikh Mohammed Zayed Al Nahyan mendengar penerangan daripada Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB, Mohd. Hazem Abd. Rahman ketika melihat replika masjid di Istana Mushrif (Istana Presiden) di Abu Dhabi, semalam. - BERNAMA
 
ABU DHABI 18 Mei - Kerajaan Emiriyah Arab Bersatu (UAE) akan membina sebuah kompleks masjid di Bandar Malaysia, Kuala Lumpur sebagai satu hadiah terhadap hubungan akrab yang sedia terjalin antara Malaysia dengan negara itu.

Perkara itu direalisasikan menerusi satu perjanjian yang dimeterai di Istana Mushrif di sini hari ini antara 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dengan Pihak Berkuasa Hal Ehwal Islam dan Wakaf UAE, Awqaf sempena lawatan rasmi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ke negara ini.
Perdana Menteri yang juga Pengerusi Lembaga Penasihat 1MDB tiba di sini atas jemputan Putera Mahkota Abu Dhabi, Sheikh Mohammed Zayed Al Nahyan yang juga Timbalan Panglima Tertinggi Angkatan Tentera UAE.

Kedua-dua pemimpin itu turut menyaksikan majlis pemeteraian perjanjian tersebut. Pada majlis tersebut, IMDB diwakili Ketua Pegawai Eksekutifnya, Mohd. Hazem Abd. Rahman manakala Awkaf oleh Pengerusinya, Dr. Hamdan Musallam Al Mazrouei.

Dalam kenyataan di sini, 1MDB selaku pemaju induk Bandar Malaysia memberitahu, pihaknya bakal menyediakan tapak untuk masjid tersebut manakala Awqaf terlibat dalam reka bentuk dan pembinaan masjid.

Katanya, reka bentuk masjid berkenaan diilhamkan dari Masjid Besar Sheikh Zayed di sini termasuk melibatkan pembinaan pusat pembelajaran Islam berasaskan teknologi dan pusat pendidikan Permata bagi kanak-kanak yang berbakat.

Kenyataan itu turut memetik Perdana Menteri sebagai berkata: "Hadiah ini amat memberi inspirasi kerana Masjid Besar Sheikh Zayed menggalakkan konsep toleransi, kasih sayang dan persefahaman ke arah interaksi yang positif.

"Ini merupakan bukti hubungan kukuh yang telah sedia terjalin di antara Malaysia dan Abu Dhabi dan akan mengeratkan lagi hubungan rakyat kedua-dua negara," ujarnya.

Sementara itu, Hamdan Musallam berkata, kerjasama itu akan mengukuhkan lagi misi mereka mempromosikan konsep toleransi dan kesedaran terhadap kesederhanaan ajaran Islam menerusi pembinaan masjid dan pusat pendidikan.

"Adalah menjadi hasrat kami untuk bekerjasama dengan 1MDB bagi mewujudkan pusat yang dapat menyediakan keperluan masyarakat," katanya.

Yang turut hadir pada majlis tersebut ialah Pengerusi Lembaga Pengarah 1MDB, Tan Sri Lodin Wok Kamaruddin.

Masjid Besar Sheikh Zayed dibangunkan daripada nilai-nilai kebudayaan dan kebangsaan yang telah dipelihara dan dipupuk oleh Almarhum Sheikh Zayed Sultan Al
Nahyan yang menekankan sikap saling hormat-menghormati, toleransi dan keharmonian dalam kalangan rakyat.

Bandar Malaysia terletak tiga kilometer dari Tun Razak Exchange (TRX) dan melibatkan pembangunan semula lapangan terbang lama Sungai Besi yang merupakan pembangunan bercampur yang bakal menggalakkan pendekatan kesesuaian didiami sebagai ciri-ciri urban tersendiri bagi Greater KL.

Dibina di atas tanas seluas 198 hektar, Bandar Malaysia akan mengetengahkan prasarana hijau, perumahan mapan dan pelbagai kemudahan perniagaan serta gaya hidup. -

16 May 2014

SELAMAT HARI GURU

16 MEI 2014 - JUMAAT

SELAMAT HARI GURU KEPADA SEMUA GURU-GURU DAN WARGA PENDIDIK SELURUH MALAYSIA.

PROFESION GURU ANTARA KERJAYA YANG SANGAT MULIA. TANPA JASA GURU, SIAPAKAH KITA PADA HARI INI ? BUDI DAN BAKTI ANDA SEMUA MENDIDIK ANAK BANGSA AKAN DIKENANG HINGGA KE AKHIR HAYAT. TERIMA KASIH CIKGU DAN SELAMAT HARI GURU.

Sajak - Guru Oh Guru

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
 Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
 Jika hari ini seorang ulama yang mulia
 Jika hari ini seorang peguam menang bicara
 Jika hari ini seorang penulis terkemuka
 Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
 Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
 Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Sasterawan Negara Usman Awang
 1979

11 May 2014

Ustaz Helmey Yahya - Ahad, 11 Mei 2014

Malam ini ialah Kuliah Maghrib Ustaz Helmey  Yahya
membawakan Kitab Ihya Ulumiddin
 
Semua dijemput hadir

07 May 2014

Jangan Mencari Aib Orang

Hadis riwayat Abu Hurairah ra.:

Bahwa Rasulullah saw. bersabda:
 
"Hindarilah oleh kamu sekalian berburuk sangka karena buruk sangka adalah ucapan yang paling dusta. Janganlah kamu sekalian saling memata-matai yang lain, janganlah saling mencari-cari aib yang lain, janganlah kamu saling bersaing (kemegahan dunia), janganlah kamu saling mendengki dan janganlah kamu saling membenci dan janganlah kamu saling bermusuhan tetapi jadilah hamba-hamba Allah yang bersaudara"

03 May 2014

KULIAH HARI AHAD - 4 MEI 2014

KULIAH SUBUH
USTAZ ADLIN SALLEH
- PENSYARAH UNISEL
KULIAH UMUM
 
 
KULIAH MAGHRIB
USTAZ HELMEY YAHYA
KITAB IHYA ULUMIDDIN
 
TEMPAT: SURAU ALHIJRAH PPR PANTAI RIA
 
SEMUA DIJEMPUT HADIR