30 July 2011

Salam Ramadhan Al Mubarak



InsyaAllah, 1 Ramadhan dijangka jatuh pada hari Isnin, 1 Ogos 2011.

Seluruh ahli jawatankuasa surau al hijrah mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan Al Mubarak kepada semua penduduk Islam PPR Pantai Ria serta semua pelawat yang sudi menziarahi blog ini.

Berazamlah kita untuk menjadikan Ramadhan pada tahun ini yang terbaik, dari segi pengisian dan amal. Kerana mungkin kita tidak sempat untuk menikmati Ramadhan pada tahun hadapan.

29 July 2011

Tahlil Bulan Ramadhan

Kami membuka peluang kepada penduduk yang ingin membuat tahlil bagi arwah-arwah untuk mengisi borang tahlil dan menghantar kesurau. Anda boleh memilih tarikh dan hari tahlil hendak diadakan, tetapi kami berhak menukar tarikh berkenaan bergantung kepada kesesuaian masa serta bilangan yang memohon.

Semoga dibulan Ramadhan ini, segala doa kita kepada yang telah meninggal dunia akan termakbul dan mereka berada dikalangan orang-orang yang beriman dan dijauhkan siksa kubur sehingga hari kiamat. Doa anak-anak yang soleh akan sampai kepada arwah ibubapa kita yang telah pergi, InsyaAllah.

Sila print borang dibawah jika anda berminat.

26 July 2011

WARKAH BUAT SAUDARAKU ANGGOTA POLIS


WARKAH BUAT SAUDARAKU ANGGOTA POLIS
Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin
(sertai facebook DrMAZA.com dan twitter realDrMAZa)

Assalamualaikum warahmatuAllahi wabarakatuhu,

Terlebih dahulu, pohon kemaafan jika warkah ini terbuka. Saya harap ia dapat dibaca oleh semua. Jika ada kebaikan, ambillah darinya. Jika tidak, campaklah ia ke tepi dan lupakan sahaja. Ia hanya satu coretan dari seorang rakyat bawahan. Tanda cinta dan kasih kepada saudara yang saya lihat tercegat di segala penjuru negara atas tanggungjawab menjaga keamanan kita semua. Mata memandang, hati merintih dan berdoa agar tugasan saudara benar-benar diberikan pahala di sisi Tuhan dan diiktiraf di sisi rakyat.

Tugas Mulia

Saudaraku anggota polis,

Kerja polis adalah satu kerja yang mulia kerana menjaga keamanan dalam negara. Penat lelah anggota polis dalam memastikan negara kita aman dan adil adalah pahala yang amat besar di sisi Allah jika pengamalnya jujur dan ikhlas. Sepatutnya, tiada seorang pun rakyat yang cintakan keadilan dan keamanan akan membenci polis. Sebaliknya, perasaan fitrah; sayang dan menghargai akan tertanam dan mekar sebaik sahaja mendengar nama polis, melihat anggota atau apa sahaja perlambangan polis. Itulah perkara sewajarnya berlaku.

Saudaraku anggota polis,

Tugas seorang anggota polis -sebelum tugasan kenegaraan- sebenarnya adalah tugasan yang diperintahkan oleh Allah dan RasulNya iaitu ‘Menyuruh Kebaikan, Mencegah Kemungkaran’. Itu moto asal pasukan polis. Sekalipun, tumpuan terbanyaknya kepada bahagian kedua iaitu ‘Mencegah Kemungkaran’. Hakikatnya, polis berperanan menyelamatkan masyarakat dari kemurkaan Allah dengan dipastikan setiap penzalim akan dihalang, dicegah dan dihukum. Jika itu tidak berlaku, masyarakat akan porak peranda dan menerima hukuman dari Allah. Allah berfirman: (maksudnya):

“Telah dilaknat mereka yang kufur daripada Bani Israil melalui lidah Daud dan Isa bin Maryam. Yang demikian itu disebabkan mereka menderhaka dan selalu menceroboh. Mereka sentiasa tidak berlarang (sesama sendiri) perbuatan mungkar yang mereka kerjakan. Demi sesungguhnya amatlah buruknya apa yang mereka telah lakukan. (Surah al-Maidah, ayat 78-79).

Nabi s.a.w pula bersabda:

“Sesungguhnya manusia apabila melihat orang zalim, namun tidak menghalang tangannya, hampir Allah akan meliputi mereka dengan hukumanNya” (Riwayat Abu Daud, al-Tirmizi dan al-Nasai dengan sanad yang sahih).

Kami sebagai rakyat mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak polis yang telah menyelamatkan masyarakat dari kemurkaan Allah, kezaliman dan kerosakan.

Bahaya Kuasa

Saudaraku anggota polis,

Namun, dalam masa yang sama, bidang tugas dan kuasa saudara yang menghalang kezaliman itu jika disalahgunakan boleh memberikan kesan yang sebaliknya. Ia boleh bertukar dari melindungi yang tidak bersalah kepada menginayainya, menghalang yang zalim kepada memberi peluang kepadanya, memberi hak kepada yang berhak kepada merampas hak dari tuannya. Jika itu berlaku, rosaklah masyarakat, hilanglah neraca keadilan, bermegah si zalim, kesakitanlah yang ditindas. Lantas, kebencian akan merebak, kepercayaan akan hilang dan saudaraku polis yang sepatutnya disayangi menjadi pihak dimusuhi, dibenci dan diragui.

Saudaraku anggota polis,

Ingin saya sebut di sini suatu tazkirah yang harapnya boleh memberikan manfaat kepada semua, khususnya mereka yang berkuasa seperti saudara. Saudaraku, kezaliman itu adalah suatu racun. Ia bukan sahaja menyakitkan yang dizalimi, tetapi suatu hari akan membawa sengsara, bahkan mengorbankan si zalim itu sendiri. Pada hari kita memukul orang yang tidak bersalah, melukai atau menfitnahnya, kita mungkin rasa selamat di balik peruntukan kuasa yang ada. Mungkin juga rasa selamat di balik pakaian lengkap kita yang mungkin gagal mangsa mengenali pelakunya.

Namun Tuhan tidak lupa. Akan ada harinya yang menanti kita di hadapan. Tangan yang memukul orang lain dan kaki yang menendang mangsa itu tidak akan terpadam catatannya sehingga kemaafan diberikan. Ketika saudara pulang ke rumah berjumpa keluarga, si mangsa mendongak ke langit mengadu kepada Tuhan Yang Maha Berkuasa. Dengarlah baik-baik apa yang yang disabdakan Nabi s.a.w:

“Takutlah kamu doa orang yang dizalimi, sesungguh antaranya dengan Allah tiada sebarang hijab (penghalang)” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Dalam riwayat Ahmad, baginda bersabda:

“Takutlah kamu doa orang yang dizalimi, sekalipun dia seorang yang jahat. Kejahatannya itu bagi dirinya” (hadis ini dinilai hasan oleh al-Albani).

Dalam riwayat Ahmad yang lain:

“Takutlah kamu doa orang yang dizalimi, sekalipun dia seorang yang kafir kerana ia tidak ada hijab (penghalang untuk Allah menerimanya). (hadis ini dinilai hasan oleh al-Albani).

Allah Tidak Lupa

Saudaraku anggota polis,

Tiada siapa antara kita yang dapat menyelamatkan dirinya dari hukuman Tuhan. Seseorang mungkin telah melupai orang yang dizaliminya, atau si mangsa juga mungkin terlupa, atau pergi menemui Ilahi terlebih dahulu. Namun doanya tetap hidup. Akan ada waktu, ia tetap datang bertandang dalam kehidupan si zalim; meragut kebahagiaannya, ketenteraman hidupnya dan mencampakkan derita dalam pelbagai warna dan rupa. Mungkin si zalim ketika itu terpinga dan bertanya ‘apakah salah saya?’. Dia terlupa bahawa Tuhan tidak lupa atas kezalimannya, di dunia dan akhirat sana.

Dunia Sementara

Saudaraku anggota polis,

Dunia ini sementara. Setiap kita akan ada hari akhirnya. Akan berakhirlah sebuah kehidupan dan bermulalah mahkamah keadilan Tuhan. Tiada kuasa yang dapat membela, tiada pembesar yang dapat berkata. Semua tunduk menunggu balasan. Firman Allah (maksudnya):

“Dan janganlah kamu menyangka bahawa Allah lalai akan apa yang dilakukan oleh orang-orang yang zalim; sesungguhnya Dia hanya melambatkan balasan mereka hingga ke suatu hari yang ketika itu terbeliak kaku pemandangan mereka, (kerana gerun gementar), mereka terburu-buru (menyahut panggilan) sambil mendongakkan kepala mereka dengan mata yang tidak berkelip, dan hati mereka yang kosong (kerana bingung dan cemas)”. (Surah Ibrahim 42-43).

Saudaraku anggota polis,

Sekali lagi pada hari itu si zalim akan bertemu dengan semua mereka yang telah dimangsakan, di hadapan mahkamah yang Maha Adil. Tiada bukti yang dapat disembunyikan, diputarbelit dan ditipu kepada masyarakat manusia yang berkumpul ketika itu. Tiada media yang boleh diperguna dan tiada kuasa kerajaan yang boleh melindunginya. Adil seadil-adilnya. Bak kata Nabi s.a.w:

“Segala hak akan dibayar kepada empunya pada Hari Kiamat, sehinggakan akan dibalas untuk biri-biri yang bertanduk atas perbuatannya ke atas biri-biri yang tidak bertanduk” (Riwayat Muslim).

Sabda baginda juga :

“Sesiapa yang ada padanya kezaliman terhadap saudaranya (muslim yang lain); seperti terhadap maruah dan selainnya, mintalah halal pada hari ini sebelum tiba waktu yang tiada dinar dan dirham (tiada harta iaitu pada Hari Kiamat). Sekiranya baginya kebaikan (amalan soleh) maka akan diambil darinya dengan kadar kezalimannya. Jika tiada baginya kebaikan, maka akan diambil dosa orang yang dizalimi lalu ditanggung ke atasnya” (Riwayat al-Bukhari).

Nasihati Hasan al-Basri

Saudaraku anggota polis,

Saya tahu, kadang-kala ada keadaan yang sukar sebagai anggota polis yang terpaksa melaksanakan arahan ‘atasan’. Maka, mungkin ada yang berkata ‘kami hanya menjalankan tugas’. Sudilah saudara mendengar nasihat tokoh Islam yang agung al-Imam Hasan al-Basri r.a. kepada Gabenor Iraq dan Khurasan iaitu ‘Umar bin Hubairah. Ketika itu zaman pemerintahan Khalifah Yazid bin Abdul Malik. Kata ‘Umar bin Hubairah:

“Sesungguhnya khalifah Yazid bin Abdul Malik kadang-kala menyuruhku melaksanakan perkara yang aku rasa tidak puas hati dari segi keadilan. Apakah jika aku melaksanakannya menjadi sutu kesalahan di sisi agama? Kata Hasan al-Basri: “Wahai Umar bin Hubairah! Takutlah Allah mengenai Yazid, jangan engkau takutkan Yazid mengenai Allah. Ketahuilah sesungguhnya Allah azza wajalla dapat menghalang Yazid daripada bertindak ke atasmu, tetapi Yazid tidak dapat menghalang Allah daripada bertindak ke atasmu.

Wahai ‘Umar bin Hubairah! Sesungguhnya akan turun kepadamu malaikat yang bengis dan keras, dia tidak akan menderhakai apa yang Allah perintahkannya. Dia akan mengambil engkau dari tempat dudukmu ini, dan memindahkan engkau dari istanamu yang luas, ke kubur yang sempit. Di sana tiada Yazid, hanya yang ada amalanmu yang menyanggahi Tuhan Yazid.

Wahai ‘Umar bin Hubairah! Sekiranya engkau bersama Allah dan ketaatan kepadaNya, ia boleh menghalangmu dari kejahatan Yazid di dunia dan akhirat. Jika engkau bersama Yazid dengan menderhakai Allah, sesungguhnya Allah akan menyerahkanmu kepada Yazid. Ketahuilah wahai ‘Umar bin bin Hubairah! Tidak ada ketaatan kepada makhluk dalam menderhakai Pencipta”. Maka menangislah Gabenor ‘Umar bin Hubairah”. (rujukan: Mir at al-Jinan wa ‘Ibrah al-Yaqzan)

Saudaraku anggota polis,

Kita boleh bertugas kepada sesiapa pun, tetapi jangan lupa tanggungjawab kita di hadapan Allah. Tiada cacatnya menjadi anggota polis. Saudara bukan musuh rakyat. Sebaliknya, saudara diperlukan rakyat. Apa yang cacat dan menimbulkan kebencian awam adalah tindakan kita sendiri jika menyalahi prinsip-prinsip keadilan dan keamanan. Jika itu tidak berlaku, sayang dan cinta rakyat tertumpah kepada saudara.

Ingatlah kata-kata Abu Bakar al-Siddiq: “Benar adalah amanah, bohong adalah khianat”. Jika saudara benar, rakyat sayang, Allah juga sayang. Kedamaian jiwa pun menjelang. Jika saudara bohong rakyat benci, Allah juga benci. Rezeki tidak halal, hidup tidak bahagia.

Saudaraku anggota polis,

Inilah pandangan seorang rakyat marhaen awam seperti saya. Tiada kebencian antara rakyat dan saudara jika keadilan itu tertegak. Rakyat awam bukan sahaja mahukan keadilan yang ditafsirkan oleh pihak saudara, tetapi keadilan yang dapat difahami oleh semua. Bukan sahaja adil dari segi bicaranya, tetapi hendaklah kelihatannya juga adil. Semoga Allah merahmati saudara dan tugas saudara. Diberikan rezeki yang halal. Bebas dari kezaliman dan rasuah. Kami akan bersama menyanjungi saudara! Selamat bertugas!

Mohd Asri Zainul Abidin

MAIWP Serah Sumbangan RM2.43 juta Untuk Ihya Ramadhan

Petikan Malay Mail
Tuesday, July 26th, 2011

KUALA LUMPUR: The Federal Territory Islamic Religious Council (MAIWP) has contributed over RM2.43 million to mosques and surau in the Federal Territories of Kuala Lumpur, Putrajaya and Labuan for the coming fasting month.

Minister in the Prime Minister's Department Datuk Seri Jamil Khir Baharom, said over RM1.44 million was given as Ihya' Ramadan aid and RM991,000 to beautify mosques and surau in the three territories.

"There are 69 mosques, 77 surau for Friday prayers and 415 other surau in the Federal Territories," he told reporters after the presentation ceremony and launching of the national-level Ihya' Ramadan 2011 programme at the Al-Muqarrabin Mosque in Bandar Tasek Selatan, here, Monday.

Also present were Federal Territories and Urban Wellbeing Minister Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin and MAIWP chief executive Dr Muhammad Yamin Ismail.

Jamil Khir, who is also MAIWP chairman, said through the Ihya' Ramadan programme, each mosque received RM5,000, Friday prayer surau RM3,500 and surau RM2,000 while for beautification, each mosque was given RM5,000, Friday prayer surau RM3,000 and surau, RM1,000.

At the same function, Raja Nong Chik announced that his ministry would also be contributing RM353,500 for the Ihya' Ramadan programme, whereby each mosque would receive RM1,000, Friday prayer surau RM1,000 and surau, RM500

Seminar Transformasi Ramadhan


Ramadan bakal tiba tidak lama lagi.
Bagaimanakah persiapan kita kali ini?
Sudahkah kita menyelesaikan post-mortem Ramadan sebelum ini?

Akademi Sinergi tampil untuk membantu Tuan/Puan :
* Melihat Ramadan secara menyeluruh.
* Mengenal pasti TARGET yang akan dicapai selepas Ramadan.
* Merancang INPUT, PROSES dan OUTPUT di dalam Ramadan.
* Membangunkan potensi fizikal (P), intelek (I), emosi (E) dan spiritual (S).
* Melaksanakan perancangan TRANSFORMASI secara BERSISTEM dan BERDISIPLIN.
* Membantu ahli keluarga menjayakan TRANSFORMASI RAMADAN!

Masa dan Lokasi :

24 Julai 2011 (Ahad)
8.30 Pagi - 1.00 Tengahari
DK43.101 Dewan Kuliah Tun Mohd Salleh
Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Bangi

Panelis kami :

1) Tuan Fazrul Ismail
(Penulis buku: Pemikiran Sistemik (2003) & Hidup Zero Alasan (2006)

2) Ustaz Hasrizal Abdul Jamil
(Penulis buku : Aku Terima Nikahnya (2008), Murabbi Cinta (2010) & TRANSFORMASI RAMADAN (2010)

Panelis jemputan:

3) Dr. Mahathir Mohamed
Board Certified Physician,
American Board of Anti-Aging/Regenerative Medicine (ABAARM)

Bonus yang akan Tuan/Puan perolehi :
* Hasil kajian yang dijalankan oleh Ustaz Hasrizal Abdul Jamil mengenai Ramadan selama 2 TAHUN.
* Buku kerja (workbook) Transformasi Ramadan yang boleh digunakan sebagai buku catatan dan pemeriksaan (checkbook) amalan sepanjang Ramadan.
* Keahlian eksklusif mytazkirah.com yang boleh digunakan untuk mendapat panduan dan tazkirah berkala sepanjang Ramadan.
* Peluang mendapatkan buku Transformasi Ramadan yang ditulis sendiri oleh Ustaz Hasrizal pada harga RM15.00! (harga pasaran RM18.00)

25 July 2011

Pengumuman Kematian

Tengahari tadi, Encik Husin Suliman, penduduk Blok B-3-9 telah menghembuskan nafasnya yang terakhir pada usia 59 tahun. Beliau telah hampir 3 tahun menderita lumpuh dan sakit. Jenazahnya dijangka akan dikebumikan pada malam ini selepas solat Isyak.

Al Fatihah dari semua jemaah surau untuk beliau semoga rohnya ditempatkan dikalangan golongan mukmin. Amin.

Gotong Royong Menyediakan Ruang Solat Tarawikh

Semua jemaah lelaki diharap dapat melapangkan masa pada hari Sabtu dan Ahad ini untuk kerja=kerja berikut:

1. Mengecat dinding ruang solat tambahan (kawasan berbumbung)
2. Menyediakan kawasan untuk solat tarawikh
3. Lain-lain kerja berkaitan
4. Memperbaiki bumbung yang bocor

Kerjasama anda semua amat diharapkan. Dengan jangkaan jemaah solat tarawikh yang lebih ramai pada tahun ini, maka ajk surau bersetuju menyediakan ruang solat tambahan dikawasan berbumbung untuk lelaki manakala kaum wanita akan bersolat didalam surau.

21 July 2011

Pemeriksaan Perubatan Percuma

Semua penduduk PPR Pantai Ria, semua kaum, dijemput hadir ke perkarangan surau Al Hijrah.

Hari: Sabtu
Tarikh: 23 Julai 2011
Masa: Mulai jam 9.30 pagi

Pasukan perubatan sukarela ini terdiri dari 4 orang doktor dengan 2 darinya adalah doktor gigi.

Rebutlah peluang ini untuk menjalani pemeriksaan perubatan percuma ditempat kita.

20 July 2011

Bengkel Ambang Ramadhan Perkim

Akan diadakan pada hari Sabtu dan Ahad ini, 23 julai dan 24 Julai bertempat di Surau Perkim, Bangunan Perkim Jalan Ipoh mulai jam 8.30 pagi

Program:
1. Anugerah Pelajar Perkim
2. Pertandingan Tilawah
3. Kuiz
4. Pertandingan azan
5. Forum saudara muslim

Semua muslimin dan muslimat dijemput hadir beramai-ramai.

17 July 2011

Gotong Royong Menyambut Ramadhan

Ramai jemaah hadir membanting tulang membersihkan surau serta kerja-kerja berkaitan sejak dari pagi hingga petang pada hari ini, ahad, 17 Julai 2011. Terimakasih kepada semua yang hadir.


Servis aircond oleh Encik Kasim, tauke syarikat air-cond bumiputra yang tinggal di Kg Pasir


Sdr nazri dibahagian berbumbung


Sampah yang dibuang dari atas flet










Pak kahar, Ali dan pak ngah



Saidon dan Pak jamal




Pak aziz

Mesin Air Sumbangan Kenali Enterprise

Pihak surau al hijrah berterima kasih kepada syarikat Kenali Enterprise yang terletak di Blok D, PPR Pantai Ria kerana sudi menyumbangkan sebuah mesin air panas/sejuk untuk kegunaan jemaah surau. Semoga Allah SWT memberkati dan merahmati jasabaik anda dan perniagaan anda akan lebih maju.

Kepada sesiapa yang hendak bekalan air RO terawat serta mesinnya sekali dihantar kerumah, sila hubungi syarikat tersebut. Bayarannya adalah berpatutan.



14 July 2011

Malam Nisfu Syaaban - Sabtu Ini !




SYAABAN adalah salah satu bulan Hijrah yang mempunyai keistimewaan tersendiri. Syaaban dianggap pintu gerbang Ramadan kerana pada bulan itu umat Islam masih boleh makan dan minum pada siang hari sebelum mereka menyambut kedatangan bulan puasa yang penuh berkat.

Kelebihan Syaaban dapat dilihat apabila Rasulullah SAW pernah memberitahu sahabat mengenai Syaaban. Bulan itu dinamakan demikian kerana pada bulan itu Allah banyak memberi rahmat kepada hamba-Nya.

Kelebihan Syaaban berbanding bulan lain ialah seperti kelebihan Rasulullah SAW terhadap semua nabi, manakala keutamaan bulan Ramadan berbanding dengan semua bulan adalah seperti keutamaan Allah kepada hamba-Nya.

Pada bulan Syaaban, ada satu malam sangat dinantikan umat Islam iaitu malam Nisfu Syaaban. Pada malam itu, umat Islam akan membanjiri masjid dan surau untuk menghidupkan malam itu dengan bacaan surah Yasin secara beramai-ramai.

Malangnya, timbul persoalan mengapa umat Islam hanya melangkah kaki ke masjid dan surau pada malam Nisfu Syaaban saja, tidak pada hari lain dalam bulan lain. Perlu ditegaskan, setiap bulan Hijrah memiliki keistimewaan dan kelebihan masing-masing dan bagi Muslim bertakwa akan sentiasa berusaha merebut dan meraih keistimewaan yang Allah sediakan pada bulan itu.

Muslim sejati tidak akan memilih bulan tertentu untuk beribadat kepada Allah. Dia akan sentiasa beristiqamah dan beriltizam menjunjung segala titah dan perintah Allah pada setiap masa dan keadaan sehinggalah dia menghadap Allah nanti.

Di samping itu, terdapat juga himpunan hadis menerangkan keistimewaan Syaaban, kelebihan malam Nisfu Syaaban dan keutamaan amalan tertentu pada bulan itu. Namun, kebanyakan hadis itu adalah hadis daif menurut pandangan ulama. Walau bagaimanapun ada sebahagian ulama berpendapat hadis daif boleh dipegang dalam amalan sunat secara perseorangan.


Pada Syaaban ini, umat Islam dianjurkan lebih mendekatkan diri kepada Allah dengan meningkatkan amal soleh dan memperbanyakkan ibadat. Tidak ada hadis diriwayatkan berkaitan dengan amalan dan bacaan doa tertentu pada pertengahan Syaaban mencapai taraf hadis sahih. Menurut mereka, tidak ada satu pun hadis sahih yang membicarakan mengenai malam Nisfu Syaaban dan amalan dianjurkan pada malam itu.

Berdasarkan amalan biasa dilakukan umat Islam di Malaysia iaitu amalan membaca surah Yasin sebanyak tiga kali dan juga bacaan doa khusus (doa yang tidak ada asal usulnya dan tidak menepati dalil Syarak sama ada dalil manqul (bersumberkan al-Quran dan hadis) atau ma’qul (bersumberkan pendapat ulama mujtahidin yang muktabar).

Menurut Prof Dr Yusuf al-Qaradawi dalam kitabnya al-Fatawa, kandungan doa itu secara umumnya adalah permohonan supaya ditetapkan sebagai seorang yang bahagia dan murah rezeki bersesuaian dengan segala kebaikan.

Maksud doa itu berdasarkan firman Allah yang bermaksud:

"Sesungguhnya Allah menghapus dan menetapkan apa yang Dia kehendaki, dan di sisi-Nya ummul kitab (ibu segala suratan).” (Surah al-Ra‘d , ayat 39)

Jelas di sini percanggahan nyata dalam isi kandungan doa ini. Pada permulaannya pemohon berkata, jika tertulis di sisi Allah di dalam kitabnya sebagai seorang yang susah dalam urusan mencari rezeki, pendoa meminta supaya dihapuskan kesusahan itu dan ditetapkan di sisi Allah di dalam kitabnya (yang sama) sebagai seorang bahagia dan murah rezeki untuk segala kebaikan, berdasarkan maksud ayat yang disebutkan.

Makna ummul kitab ialah tidak ada di dalamnya penghapusan dan tidak ada pengisbatan (penetapan), bagaimana dia (orang yang berdoa) pada masa yang sama memohon penghapusan dan pengisbatan di dalamnya.

Pada masa sama, ucapan doa itu bertentangan dengan adab berdoa seperti digariskan ajaran Islam. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

"Apabila kamu meminta kepada Allah (berdoa kepada-Nya), janganlah kamu ucapkan: Ya Allah ampunilah jika Kamu kehendaki, rahmatilah daku jika Kamu kehendaki, berikanlah rezeki padaku jika Kamu kehendaki, sebaliknya hendaklah kamu menetapkan permasalahannya (apa yang diminta), Allah Maha Berkuasa melakukan berdasarkan ketentuan-Nya dan tidak ada paksaan ke atas-Nya.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Seterusnya, umat Islam dianjurkan melaksanakan amal ibadat sebanyak mungkin menurut kemampuannya pada malam itu antaranya solat lima waktu secara berjemaah, bersolat sunat dan melakukan solat tahajud, berpuasa sunat, membaca al-Quran, beristighfar kepada Allah, bertasbih, bertahlil, bertakbir dan membaca pelbagai doa dan zikir yang ma̢۪thur.

- Tulisan Dr Engku Ahmad Zaki Engku Alwi, Timbalan Dekan Fakulti Pengajian Kontemporari Islam, Universiti Darul Iman Malaysia.

Forum Perdana Isra' dan Mikraj

Masjid Khadijah Pantai Dalam akan menganjurkan Forum Perdana pada tarikh berikut:-

Tarikh: 28 Julai 2011
Hari: Khamis
Masa: 9.00 malam

Penceramah: 1. Ustaz Dato' Daud Che Ngah - Penceramah Bebas
2. Ustaz Zamihan Zakaria- Pegawai Agama ILIM

Semua muslimin dan muslimat dijemput hadir.

Kuliah Ustazah Zawiah Sabtu Ini (Untuk Muslimah)


Ustazah Zawiah -
Penolong Pengarah Kanan Bahagian Sosial JAKIM Putrajaya

Kuliah Fekah Ustazah Zawiah akan kembali pada hari Sabtu ini, 16 Julai 2011, mulai jam 2.15 petang di surau al hijrah.

Semua muslimah dijemput hadir.

13 July 2011

GOTONG ROYONG AHAD INI

Sempena menyambut bulan Ramadhan yang akan datang, pihak surau akan mengadakan gotong royong pada hari Ahad ini, 17 Julai 2011 mulai jam 9.00 pagi untuk kerja-kerja berikut:-

a) membersihkan surau serta kelengkapan surau
b) membersihkan bumbung surau
c) memasang kipas tambahan
d) membersihkan stor
e) lain-lain kerja berkaitan

Semua jemaah dijemput hadir pada tarikh tersebut. InsyaAllah, kita akan sediakan sarapan.

11 July 2011

Staff KFC Memperbodohkan Pelanggan !

Menjijikkan ! Sungguh kurang ajar dan biadap perbuatan beberapa orang staff KFC yang sanggup menganiaya pelanggan dengan mencalit ayam dibelakang tapak kasut manakala seorang lagi memerah tuala kotor kedalam minyak menggoreng ayam. Pelanggan KFc pula sebahagian besarnya adalah orang Melayu dan syarikat ni pun kepunyaan orang Melayu.

Video You Tube ini telah tersebar sejak bulan lepas. Sesiapa yang nak makan KFC selepas ini kena berhati2, kalau rasa ayam tu dah berlainan dari biasa, mungkin ada yang tak kena. Kita mohon penjelasan dari pihak KFC kenapa perkara sebegini boleh berlaku?




07 July 2011

Jalan Ke KL Akan DiTutup / DiLencong Sabtu Ini !

Berikutan ura-ura perhimpunan Bersih pada hari sabtu ini, 9 Julai, para pengunjung ke KL diharap dapat mengikuti perkembangan trafik dari radio kerana difahamkan banyak jalan akan ditutup atau dilencongkan.



Mengikut sumber, berikut adalah panduan untuk aliran trafik di Kuala Lumpur pada 9 Julai ini:

1. Trafik dari Lebuhraya Persekutuan ke Kuala Lumpur akan dilencongkan ke Jalan Kelang Lama, Sungai Besi, dan Lebuh Raya Seremban

2. Trafik dari Jalan Kelang Lama ke Kuala Lumpur akan dilencongkan ke Lebuh Raya Seremban atau Petaling Jaya

3. Trafik dari Jalan Bangsar/Jalan Travers ke pusat bandar akan dilencongkan ke Jalan Mahameru

4. Trafik dari Jalan Mahameru ke pusat bandar melalui laluan Muzium Negara akan dilencongkan ke Jalan Bangsar

5. Jalan dari Sungai Besi ke Istana Negara akan ditutup.

Bersedia untuk mengubah haluan anda jika tersangkut dalam kesesakkan. Bersedia dengan jalan-jalan 'shortcut' atau tunggang motosikal sahaja pada hari Sabtu ni.