29 September 2011

Sambutan Aidil Fitri Surau Al Hijrah

Majlis Sambutan Hari Raya telah berlangsng dengan meriah pada hari Ahad lepas dihadiri hampir 1,000 orang penduduk termasuk bukan Islam. Dato' Raja Nong Chik telah hadir dalam program tersebut. Kami amat berbesar hati dengan kehadiran penduduk . Terimakasih kepada semua petugas yang telah bertukus lumus sejak dari malam lagi untuk menyiapkan hidangan dan menguruskan berbagai-bagai benda sehingga majlis selesai jam 3.00 petang.


Tetamu jemputan, Datuk Hasbullah bersama tetamu lain


Beratur mengambil makanan


Sedang beratur


sabar menanti



Dato RNC bersama Kumpulan Qasidah Al Barakah dari Klang


Penduduk menikmati persembahan qasidah



Dato' RNC sedang berucap



Mengaminkan doa oleh ustaz Mohamad





Kumpulan Qasidah Al Baraqah, dengan peserta solo cilik




Kari kambing sedang disiapkan



Proses potong daging yang baru sampai


Kaum ibu yang turut bergotong royong



Memotong daging


Memotong kambing


27 September 2011

Solat Hajat UNtuk Calon2 PMR, SPM dan STPM

Kami akan mengadakan program Solat hajat untuk calon2 PMR, SPM dan STPM tahun ini yang tinggal di PPR Pantai Ria. Jika anda adalah calon2 tersebut, maka anda dijemput untuk hadir ke surau bersama ibubapa anda pada tarikh berikut:-

hari: Khamis, 29 September 2011
Masa: Mulai solat maghrib

Aturcara tentatif

7.00 petang Berkumpul disurau
7.08 malam Solat maghrib
Bacaan Yassin
Tahlil
8.18 malam Solat Isyak
Solat Hajat - Dipimpin Ustaz Mohammad Adam
8.50 malam Ceramah Motivasi oleh Sdr Jeff Hazimin Jaafar


Jef Hazimin Jaafar

9.50 malam Jamuan Ringan
Bersurai

Semua pelajar dan ibubapa dijemput hadir beramai-ramai keprogram ini. Setelah penat berusaha, maka akhirnya kita memohon kepada Allah SWT untuk memudahkan kita menjawab soalan seterusnya beroleh kejayaan cemerlang nanti.

Bila Yang Palsu Itu Dianggap Benar

Kebelakangan ini ada pihak2 yang tidak senang hati dengan AJK surau yang sedia ada mula menunjukkan rasa tidak puas hati mereka dengan berbagai cara. Kita akui bahawa tiada manusia yang sempurna. Kami hanya mampu berusaha membuat yang terbaik pada padangan kami dan sebarang keputusan besar dan sensitif yang dibuat oleh pihak surau hanya dibuat selepas mendapat persetujuan semua AJK atau secara majoriti.

Justeru itu, kita rasa sangat kecewa dengan tuduhan2 liar yang ditimbulkan oleh golongan ini terhadap AJK surau sedia ada. Para jemaah perlu sedar bahawa jawatan sebagai AJK surau yang tidak bergaji ini bukanlah sesuatu yang ramai orang hendak. Menjadi ajk surau memerlukan seseorang mengorbankan masa , tenaga serta kadangkala wang ringgit demi memakmurkan rumah Allah. Hanya dengan niat yang ikhlas demi Allah barulah datang kekuatan jiwa untuk berbakti kepada masyarakat.

Sikap sebahagian kecil penduduk yang terus menerus menabur fitnah, mengadu domba dan melaga-lagakan masyarakat amatlah dikesali. Membuat tohmahan yang tidak benar dan palsu demi memuaskan agenda masing2 amat tidak wajar. Implikasinya amat besar kerana masyarakat Islam boleh berpecahbelah serta berpuak-puak.


Kita tahu siapakah mereka ini yang suka membaling batu tetapi sembunyi tangan, cuma kita berharap suatu hari nanti mereka ini akan sedar kesilapan sendiri.

Kami para AJK yang dilantik bukanlah golongan yang suka bergaduh atau bertengkar semata-mata mencari kesalahan / kesilapan orang lain. Setiap kesilapan yang telah berlaku akan diperbetulkan dengan sebaik mungkin tanpa mana-mana pihak rasa tersinggung. Kami akan terus melakukan aktiviti surau dengan cara kami sendiri selagi ia bersandar dan berlandaskan kebenaran walaupun ianya pahit.

Tidak guna kita bertengkar dan bergaduh hanya kerana sesuatu yang remeh dan boleh diselesaikan secara musyawarah.

Ingatlah bahawa Surau adalah rumah Allah dan tanggungjawab kita semua untuk menjaga dan memelihara kesucian rumah Allah. Dasar politik sempit serta fahaman ekstrim perlulah dihindarkan.

Moga kita semua diberikan rahmat dan hidayat oleh Allah SWT.

22 September 2011

JAMUAN HARI RAYA

Jemputan untuk semua penduduk PPR Pantai Ria, jangan segan2 untuk datang beramai-ramai. Bawalah keluarga bersama menikmati hidangan yang disediakan. Majlis bermula jam 11 pagi hingga 3 petang (sila rujuk aturcara). Kita ada persembahan istimewa Kumpulan Burdah Al Baraqah yang didatangkan khas dari Klang.

Tarikh: 25 Sept 2011 bersamaan 27 Syawal 1432H (masih dalam bulan raya !)

aturcara tentatif

11.00 pagi Penduduk berkumpul dikhemah
11.15 pagi Ketibaan tetamu jemputan
11.30 pagi Bacaan doa selamat
Ucapan aluan Pengerusi surau
Ucapan Menteri wilayah Persekutuan - Dato' Raja Nong Chik
11.50 pagi Persembahan Istimewa Kumpulan Burdah Al Baraqah dari Klang
12.30 tengahari JAMUAN
1.08 tengahari Solat Zohor
3.00 petang Bersurai


Gotongroyong untuk memotong daging dan memasak akan bermula mulai jam 7 pagi. Semua penduduk yang kelapangan diharap dapat turun membantu pada awal pagi Ahad, 25 Sept ini. Bawalah pisau atau kapak bersama. Sarapan akan disediakan. Untuk bukan Islam, kita menyediakan daging kambing manakala daging lembu untuk muslim.

20 September 2011

1 Sumbangan 1 Keluarga oleh Dato' Raja Nong Chik

Bulan puasa lepas, Dato Raja Nong Chik dan isteri telah sudi menyumbangkan barangan keperluan harian kepada penduduk2 PPR Pantai Ria. Barangan yang berupa beras, susu tepung, susu tin, bihun dan sebagainya telah diserahkan kepada penduduk dalam satu majlis yang meriah. Ia sedikit banyak dapat meringankan beban penduduk dan kami bersyukur dengan pemberian sumbangan tersebut. Terima kasih Dato'.




















Gambar2 adalah sumbangan dari HARLIMI MN. Terimakasih banyak2.

19 September 2011

Solat Hajat Untuk Pelajar UPSR SK Bangsar

Baru-baru ini, telah berlangsung majlis solat bacaan Yassin, Solat Hajat untuk pelajar2 yang bakal mengambil UPSR di Sek Keb Bangsar, KL. Dihadiri oleh pelajar dan ibubapa yang prihatin tentang anak2. Tahniah pada pihak sekolah dan PIBG yang mengambil inisiatif yang sangat baik ini. Majlis juga diakhiri dengan ceramah motivasi oleh En Jeff Hazimin. GuruBesar baru sekolah, Puan Norizan serta YDP PIBG turut berucap.


Bacaan Yassin



YDP PIBG sedang berucap




Guru Besar baru, Puan Norizan memperkenalkan diri dan mengalu2kan

kedatangan semua hadirin



Pembimbing solat hajat dan bacaan Yassin, Sdr Jeff Hazimin sedang

menyoal salah seorang pelajar Tahun 6.


















17 September 2011

Nak Menjadi Peserta Ibadah Korban tahun Ni?


Unta, salah satu binatang yang boleh di korbankan

Kami masih membuka penyertaan kepada Tuan2/Puan yang ingin membuat ibadah korban pada tahun ini. Sila dapatkan borang disurau dengan segera kerana Hari Raya Haji akan tiba tak berapa lama lagi. Satu bahagian penyertaan hanya RM350.00 sahaja. Sila hubungi Penyelaras Ibadah Korban kami iaitu En Aris di talian 0133774549 atau Pak Kahar di no 0192400132 untuk maklumat lanjut.

Pada tahun ini, Hari Raya Haji dijangka jatuh pada hari Ahad, 6 November 2011. Ibadah korban merupakan ibadah yang amat dituntut dalam Islam terutama bagi kaum muslimin yang berkemampuan. Berbuat kebajikanlah semasa hayat masih ada sementara kita masih dilimpahkan dengan rezeki.

Bengkel Menjawab Soalan PMR



Masjid Khadijah Pantai Dalam menjemput anak-anak sekitar Pantai Dalam yang akan mengambil peperiksaan PMR pada tahun ini untuk mendaftar dalam bengkel PMR ini yang akan diadakan pada:-

Hari: Sabtu dan Ahad
Masa: 8 pagi hingga 1 tengahari
Tarikh: 24 dan 25 September 2011
Tempat: Dewan Nur Khadijah, Masjid Khadijah
Bayaran: Percuma

Penyertaan adalah terhad. Sila daftar segera dengan mengisi borang yang disediakan diruang legar masjid dan hantar kepada pihak masjid. Boleh hubungi ajk masjid, Pak Aziz di no 0173672291 untuk maklumat lanjut.

15 September 2011

Jemputan Rumah Terbuka Pemimpin Sekitar Lembah Pantai







Rumah Terbuka BN Selangor
dihadiri oleh Datuk Najib
Sabtu, 17 September 2011
di I City, Seksyen 7 Shah Alam
Jam 4petang hingga 10 malam




The Sphere, Bangsar South

Rumah Terbuka BN Lembah Pantai
Ahad, 25 September 2011
di The Sphere, Bangsar South (Kerinchi)- tempat letak kereta
masa: 8 mlm hingga 12 malam


Majlis Jalinan Mesra Aidil Fitri Pas Lembah Pantai
Pada 18 September 2011, Ahad, jam 12 tgh hingga 4 petang
di Flet Pantai Permai, Pantai Dalam

13 September 2011

Selamat Ambik Periksa UPSR





Kepada adik-adik yang mula ambik periksa UPSR hari ini, selamat berjuang. Periksa UPSR ini hanyalah langkah pertama dan ujian sulung sebagai pelajar. Akan ada 2 lagi periksa besar yang akan ditempuh iaitu PMR dan SPM serta STPM (jika sempat).

Tahun ni, hampir 500,00o pelajar UPSR mengambil peperiksaan ini.


Adik-adik janganlah tension sangat, buat macam biasa saja, macam tak ada apa-apa. Kalau dah prepare untuk exam dari awal tahun mungkin tak cemas sangat tapi yang baru nak pulun tu, mungkin dah dah sempat nak masuk otak. Jawablah apa yang patut.

12 September 2011

Cadangan Majlis Sambutan Aidil Fitri




Jawatankuasa Surau Al Hijrah bercadang mengadakan majlis sambutan aidil fitri pada 25September 2011, Ahad, mulai jam 11.00 pagi hingga 4 petang dikawasan surau. Ini masih pada peringkat cadangan dan kami akan memaklumkan kepada semua bila tarikh tersebut telah disahkan.

Kamiberharap jika ia menjadi kenyataan, semua penduduk PPR Pantai Ria akan turun , kita bukan saja mejemput orang Islam bahkan kaum bukan Islam turut dijemput meraikan sambutan tersebut.

08 September 2011

Pelancaran Lembah Pantai TV

Baru-baru ini telah dilancarkan Lembah Pantai TV oleh Dato' Raja Nong Chik semasa majlis pecah tanah surau alhijrah.

Alamatnya ialah www.facebook.com/Lembah Pantai TV

Samun Berparang Di Shah Alam! Berhati-hati

Kebimbangan rakyat Malaysia tentang keselamatan kita dari jenayah nampaknya ada asasnya bila sebuah restoran mamak di Shah Alam telah disamun oleh 4 orang penyamun yang bersenjatakan parang pada jam 4.00 pagi. Kita berharap pihak polis dapat menangkap penjenayah2 ini dengan segera kerana dikhuatiri jenayah seperti ini akan berulang lagi. Jatuhkan hukuman seberat2nya kepada mereka ini. Mujur tiada yang mati atau cedera.

07 September 2011

Puasa Sunat atau Qada Puasa Wajib ?


Nak puasa 6 pada bulan Syawal ini atau nak qada puasa wajib yang tertinggal semasa bulan Ramadhan ? Ikuti kupasan secara mendalam oleh Ustaz Zaharudin Abd rahman.






05 September 2011

Selamat Kembali Bertugas !



GAMBAR HIASAN.

Ini dah macam bukan keretapi lagi ni ! Keadaan biasa di India setiap kali musim perayaan. Hanya bergantung kepada kekuatan tangan bergayut pada tempat pemegang, apa jadi kalau tangan terlepas ? Tabik kepada mereka yang berani mati hanya kerana nak balik kampung walau terpaksa bergadai nyawa. Macamana la drebar keretapi tu nak nampak kalau dah macam tu punya ramai passenger kat cermin depan ?


Cuti dah habis, setelah seminggu bercuti dikampung, warga kota kini mula kembali memulakan tugas masing-masing. Perjalanan jauh dan kesesakkan jalanraya adalah lumrah setiap kali datang musim perayaan. Tiada pilihan cuma terpaksa meredah . Ramai warga kota yang berasal dari kampung dan pulang menziarahi sanaksaudara terutama ibubapa tersayang adalah satu kewajipan dan acara tahunan yang wajib dilakukan. Jika ibubapa sudah tiada, kubur mereka akan diziarahi untuk dihadiahkan bacaan Yassin dan Al Fatihah.

Berapa kos yang dibelanjakan untuk hariraya pada kali ini? Jika masih ada lebihan gaji bulan lepas, syukur tapi jika defisit ? Mungkin kad plastik boleh membantu. Tetapi tidak mengapa berbelanja lebih sedikit dikampung kerana Aidil Fitri bukan selalu datang. Duit boleh dicari.....