22 September 2011

JAMUAN HARI RAYA

Jemputan untuk semua penduduk PPR Pantai Ria, jangan segan2 untuk datang beramai-ramai. Bawalah keluarga bersama menikmati hidangan yang disediakan. Majlis bermula jam 11 pagi hingga 3 petang (sila rujuk aturcara). Kita ada persembahan istimewa Kumpulan Burdah Al Baraqah yang didatangkan khas dari Klang.

Tarikh: 25 Sept 2011 bersamaan 27 Syawal 1432H (masih dalam bulan raya !)

aturcara tentatif

11.00 pagi Penduduk berkumpul dikhemah
11.15 pagi Ketibaan tetamu jemputan
11.30 pagi Bacaan doa selamat
Ucapan aluan Pengerusi surau
Ucapan Menteri wilayah Persekutuan - Dato' Raja Nong Chik
11.50 pagi Persembahan Istimewa Kumpulan Burdah Al Baraqah dari Klang
12.30 tengahari JAMUAN
1.08 tengahari Solat Zohor
3.00 petang Bersurai


Gotongroyong untuk memotong daging dan memasak akan bermula mulai jam 7 pagi. Semua penduduk yang kelapangan diharap dapat turun membantu pada awal pagi Ahad, 25 Sept ini. Bawalah pisau atau kapak bersama. Sarapan akan disediakan. Untuk bukan Islam, kita menyediakan daging kambing manakala daging lembu untuk muslim.

No comments:

Post a Comment