13 October 2011

Ibadah Korban - Penyertaan ditutup Sabtu Ini

Perhatian kepada sesiapa yang ingin menjadi peserta dalam ibadah korban pada tahun ini, penyertaan akan di tutup pada hari Sabtu ini, 15 Oktober 2011.

Jumlah penyertaan setakat hari ini ialah 21 orang/nama yang melibatkan 3 ekor lembu. 1 ekor lembu ialah untuk 7 orang yang mana 1 bahagian adalah RM350.00 sahaja. Sila berhubung dengan AJK surau atau saya sendiri jika anda berminat.

Ingatlah, ibadah korban adalah suatu ibadah yang amat di tuntut oleh agama kita, boleh dibuat oleh mereka yang mampu, akan membantu kita di alam akhirat nanti. Insya Allah.

Program ini akan dibuat pada hari Raya haji yang pertama, 6 November 2011, Ahad. Semua penduduk dijemput hadir beramai-ramai membantu petugas-petugas.

No comments:

Post a Comment