01 November 2011

Solat Sunat Aidil Adha / Ibadah Korban


SALAM AIDIL ADHA DARI SEMUA AJK SURAU ALHIJRAH

Semua muslimin/muslimat di jemput untuk sama-sama menunaikan solat sunat aidil adha pada hari Ahad ini, 6 November 2011 mulai jam 8.00 pagi di surau kita. Khutbah akan dibawakan oleh Ust Mohamad. Takbir akan dimulakan seawal jam 7.00 pagi.

Selepas sahaja solat sunat selesai, akan diadakan program ibadah korban melibatkan 9 ekor lembu iaitu 7 ekor dari sumbangan/bahagian individu dan 2 ekor dari sumbangan sebuah syarikat swasta. Mereka yang telah memberi nama kepada saudara Aliudin untuk berkhidmat sebagai petugas diharap dapat bersedia lebih awal dengan peralatan yang sesuai seperti pisau/kapak dan sebagainya. Pihak surau akan menyediakan sarapan/minuman.

Bagi pengagihan daging korban, akan diagihkan selepas semua kerja-kerja pembungkusan selesai dan akan di umumkan melalui pembesar suara. Tiada kupon diedarkan, setiap rumah hanya berhak mendapat satu bungkus daging, akan diedarkan sehingga habis berdasarkan siapa cepat.

Mohon kerjasama semua jemaah untuk memastikan ibadah korban pada kali ini dijalankan dengan sempurna.

No comments:

Post a Comment