18 December 2011

Pelajar Malaysia Yang Hilang Di Dublin dah Berkahwin Tetapi .....................

Tak tergamak nak lihat gambar2 ini, tetapi jika benar, ini tindakkan berani Sdr Ariff Alfian, yang menyongsang arus, mengikut tabiat kaum Nabi Luth, yang akhirnya hancur binasa.






Gambar semasa masih jadi pelajar


Bersama "isterinya", Mr Jonathan





Sebenarnya sukar untuk meyusun ayat yang sesuai apabila menatap gambar ini yang tersebar di internet Jumaat…kecuali GILA.

Seorang lelaki mat saleh manakala seorang lagi lelaki Melayu,lengkap berbaju Melayu.Upacaranya ialah majlis perkahwinan – lelaki dengan lelaki.

“Betul ke?”.Dilihat dari segenap sudut,rasanya gambar yang disiar menerusi twitter Aysha Ridzuan bukan satu rekaan atau lakonan.

Rentetan gambar-gambar cukup meyakinkan.

Sedihnya kenyataan ini adalah realiti ngeri bagi keluarga lelaki Melayu itu yang selama ini mencari ‘kehilangannya’.

Situasi itu tentu menyeksakan…lebih dari satu kehilangan.

Ia menyimpang terus dari norma adat,budaya dan agama.

Mengikut Aysha Ridzuan inilah Ariff Alfian Rosli,pelajar Malaysia jurusan perubatan di Dublin,Ireland yang dilaporkan oleh keluarganya di Kuala Lumpur gagal dihubungi sejak tiga tahun lampau.

Kisah pencarian keluarga itu yang telah lapan kali berulang alik ke Dublin disiarkan dalam Utusan Malaysia baru-baru ini.

Ariff, kini berusia 28, ialah bekas pelajar cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia di Sekolah Menengah Kebangsaan, Seksyen 5 Wangsa Maju,Kuala Lumpur pada 2001.

Dia kemudian dihantar ke United Kingdom untuk membuat A Level dan pada 2003 melanjutkan pengajian di Universiti College Dublin (UCD) –

petikan dari agendadaily

No comments:

Post a Comment