30 January 2012

Kursus Pengurusan Jenazah Masjid Khadijah

Hampir 200 peserta hadir untuk ikuti Kursus Pengurusan Jenazah Siri 3 oleh Ustaz Safwan dari mantan pegawai Bhg Dakwah JAIS. Kursus sehari suntuk ini banyak manafaatnya kepada para peserta. Melihat memang mudah tapi tak semua orang sanggup memandi dan mengkafankan jenazah. Walau ia hanya fardu kifayah, seorang buat yang lain tak payah, kalau seorang pun tak sanggup macamana?

Terimakasih kepada pihak Masjid terutama Ustaz Dino yang menguruskan kursus ini. Penyampaian sangat menarik dari Ustaz Safwan. Kursus diadakan pada hari Ahad lepas, 29 Januari 2012 di Masjid Khadijah Pantai Dalam.



28 January 2012

Ustaz Azhar Idrus di Masjid Negeri Shah Alam



Ustaz Azhar Idrus, ustaz yang paling glamor sekarang ini akan mengadakan kuliah maghrib di Masjid Negeri Shah Alam pada

Ahad, 29 Januari 2012
Mulai selepas solat maghrib
Dewan Solat Utama Masjid Negeri

Semua muslimin muslimat dijemput hadir beramai-ramai. Nak jemput Ustaz Azhar beri ceramah kat mana-mana pun kena tunggu setahun lagi sebab jadual kuliahnya dah penuh untuk 1 tahun ! Menunjukkan betapa popularnya Ustaz Azhar sekarang selain dari Ustaz Kazim Elias.

27 January 2012

Pertandingan Memancing Sg Klang - Hadiah Lumayan

Tempat memancing ni tak jauh, hanya 500 meter dari tempat kita. Mana tau, boleh bawa balik RM10,000. Ada tak ikan kat sungai Klang ? Belum cuba belum tahu

26 January 2012

Bantuan Pembeli Rumah PPR

Yayasan Wilayah Persekutuan bantu penyewa PPR dan PPA miliki rumah
26/01/2012 2:24pm

KUALA LUMPUR 26 Jan. - Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar akan melancarkan skim Yayasan Wilayah Persekutuan bagi membantu penyewa rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR) dan Projek Perumahan Awam (PPA) yang kurang berkemampuan di sekitar ibu kota memiliki kediaman sendiri.

Menterinya, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin berkata, yayasan yang akan dilancarkan pada Mac depan merupakan hasil kerjasama kementerian dengan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk menyalurkan pinjaman kewangan kepada pemohon.

"Melalui yayasan ini kita akan membantu penyewa-penyewa PPR dan PPA khususnya Perumahan Awam DBKL yang dikehendaki berpindah dari rumah mereka agar dapat membeli rumah baru yang lebih selesa.

"Kita sedia maklum adakalanya terdapat bank-bank yang enggan memberi pinjaman kepada golongan ini disebabkan faktor kurang berkemampuan membayar balik pinjaman, umur atau nama pemohon telah disenaraihitamkan,” katanya kepada Bernama selepas ditemu bual dalam program “Ala-Carte Pagi” Bernama Radio24, di Wisma Bernama, di sini, hari ini. — BERNAMA

Ribut Matahari

Bukan dibumi sahaja ada ribut, tetapi di matahari juga ada kejadian ribut



Ribut matahari bukan kiamat

BANYAK ramalan menyebut 2012 merupakan tahun berlakunya kiamat. Teori kemusnahan alam semesta kaum Maya telah dipopularkan menerusi filem 2012 hinggakan filem tahun 2009 itu meraih kutipan global sebanyak AS$769 juta (RM2.3 bilion).

Nostradamus, si peramal tersohor Perancis turut menamakan 2012 sebagai tahun kemusnahan planet-planet, manakala para ahli astrologi China dari Dinasti Chang mengatakan akan berlaku bencana besar tahun ini.

Oleh kerana itu, apabila saintis menjangkakan fenomena ribut matahari terjadi pada pertengahan 2012 hingga 2013, mitos kiamat yang dicanangkan sebelum ini terasa bagaikan semakin hampir.

Dalam ilmu astrologi, matahari merupakan bintang yang terletak paling dekat dengan bumi iaitu sejauh 149 juta kilometer. Ia mempunyai suhu teras 15 juta darjah Celcius dan telah terbentuk lebih 5,000 juta tahun yang lalu.
ANDAIAN bumi akan musnah pada 2012 mitos semata-mata.

"Ribut matahari berlaku akibat peningkatan suhu matahari daripada kadar normal. Suhu panas itu menyebabkan ia mengeluarkan gas yang sebahagiannya akan masuk semula ke dalam matahari.

"Bagaimanapun, sebahagian gas itu berlegar di ruang angkasa dan memasuki atmofera bumi. Fenomena itulah yang digelar ribut matahari," kata seorang pakar astronomi tempatan, Shahrin Ahmad.

Namun, beliau berpendapat ribut matahari tidak akan memusnahkan bumi. Malah, kejadian ribut matahari sampai ke bumi jarang berlaku kerana ia dihalang oleh lapisan atmosfera dan medan magnet bumi.
Kesan

"Ribut itu akan termusnah sendiri sebelum sampai ke daratan. Tetapi jika ia menembusi lapisan atmosfera dan medan magnet bumi dengan saiz dua atau tiga kali ganda melebihi saiz bumi, kerosakan besar boleh berlaku.

"Apa pun, ia terhad kepada kerosakan peralatan elektrik dan sistem telekomunikasi seperti satelit, sistem penerbangan dan Internet," kata Shahrin.

Beliau memberitahu, kesan ribut matahari pernah dirasai di bumi pada tahun 1859. Akibatnya, sistem telegraf di Amerika Syarikat dan negara Eropah lumpuh sama sekali.

"Peristiwa itu dinamakan Carrington Event. Begitupun, kejadian itu kini boleh dielakkan dengan dua satelit peninjau matahari bernama Stereo yang dilancarkan Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas (NASA) Amerika Syarikat.

"Kedua-dua satelit itu berperanan mengumpul data untuk memahami dan meramalkan ribut matahari sebagai persediaan awal jika ia berlaku," ujarnya.

Shahrin menambah, memang wujud kebimbangan bahawa ribut matahari kemungkinan menjejaskan struktur asid deoksiribonukleik (DNA) manusia namun beliau berpendapat perubahan DNA itu lebih disebabkan oleh kesan rumah hijau dan pelepasan gas beracun radioaktif.

RIBUT matahari berlaku disebabkan bintang itu menjadi lebih panas
berbanding suhu biasa iaitu 15 juta darjah Celcius.

"Makanan, radioaktif dan bahan kimia yang meresapi tubuh boleh mengganggu sistem tubuh tetapi ia tiada kaitan secara langsung dengan fenomena ribut matahari," tegasnya.

NASA sebelum ini meramalkan ribut matahari akan kerap berlaku sepanjang tahun 2012 dan 2013.
Ini mengakibatkan saintis Amerika Syarikat (AS) mengandaikan impak kerosakan akibat ribut matahari pada tahun 2012 lebih dahsyat berbanding Taufan Katrina yang melanda AS pada tahun 2005 dan mengorbankan 1,800 orang.

"Puncak kerisauan sebenar ialah gangguan ke atas kehidupan sosial yang bergantung pada teknologi seperti GPS dan komunikasi satelit," kata ahli fizik NASA, Lika Guhathakurta.

Seorang lagi pegawai NASA, Michael Kaiser menambah, matahari mencetuskan ribut solar sejak berbilion tahun dahulu tetapi hanya pada akhir-akhir ini ramai yang mengambil berat isu tersebut.

"Ribut elektromagnet matahari boleh menjejaskan sistem tenaga elektrik selain membahayakan angkasawan.
"Pertambahan tenaga magnetik dalam atmosfera dijangka mengeluarkan radiasi yang mampu menyebabkan kuasa janakuasa elektrik meningkat mendadak," katanya.

Ujarnya lagi, kali terakhir pancaran matahari meletus adalah pada tahun 1859 hingga menyebabkan dua pertiga daripada ruang angkasa bumi bertukar menjadi warna merah.

Dijangkakan, peristiwa itu dapat dilihat sekali lagi dengan beberapa bandar utama seperti London, Paris dan New York mengalami ribut awan pada 2012 atau 2013.

Pakar astronomi dari Indonesia, Hakim L Malasan pula berpendapat, fenomena ribut matahari tidak berhubung kait dengan kiamat. Seorang lagi pakar, Thomas Djamaluddin, mengatakan kiamat mungkin berlaku lima juta tahun lagi.

"Matahari akan menjadi bintang raksasa merah dan menelan planet terdekat, Utarid, Zuhrah dan mungkin bumi," jelasnya.
TANAH tandus adalah akibat fenomena pemanasan
global dan bukan kerana ribut matahari.

Hidrogen

Timbalan Ketua Pengarah Pejabat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Vienna, Profesor Datuk Dr. Mazlan Othman berpendapat, bidang astrofizik tidak dapat menentukan hari kiamat selagi tiada perubahan pada matahari.

"Ahli fizik memang percaya bahawa alam semesta akan berakhir tetapi sama ada pada 2012 atau 10 juta tahun dari sekarang mahupun 10 bilion tahun lagi, ia terpulang kepada teori yang kita ada.

"Dari segi fizik, jika matahari sudah kehabisan hidrogen, ia akan berkembang menjadi bintang lain. Ketika itu kehidupan di bumi akan mengalami perubahan dan kejadian tersebut boleh dikatakan sebagai tanda kiamat.

"Ini kerana apabila matahari tiada lagi tenaga, manusia tidak boleh hidup dan akan berlaku banyak kejadian alam yang boleh mencetuskan pengakhiran dunia," katanya.

Menurut Pegawai Sains, Agensi Angkasa Negara (Angkasa), Mohd. Zamri Shah Mastor, bumi juga boleh hancur menerusi hentaman objek yang terapung di angkasa lepas seperti komet atau asteroid.

"Tetapi kita bernasib baik disebabkan bumi memiliki lapisan atmosfera. Lapisan itu menyebabkan komet dan asteroid yang cuba menerjah atmosfera bumi akan termusnah terlebih dahulu.

"Sebenarnya terdapat 1,077 asteroid yang dikenal pasti berpotensi menghentam bumi," katanya.

RIBUT matahari tidak akan memusnahkan bumi sebaliknya merosakkan sistem radar dan satelit.

Ribut Di Pantai Dalam - Rabu



Semalam, satu kejadian ribut berlaku di Pantai Dalam melibatkan PPR Sri Cempaka, Pantai Ria, Sri Pantai dan Blok 94 Kg Limau. Kejadian pada jam 5.45 petang menyebabkan kerosakkan kepada bumbung rumah, kenderaan serta bumbung gerai2 tercabut. Papan penghadang di sekitar loji Indah Water juga terbalik dan tercabut.

Kejadian berlaku hanya dalam masa 10 minit.

Penghuni 2 buah rumah di PPR Sri Cempaka telah diarah berpindah kerana rumah retak. Tetapi difahamkan keretakkan itu telah lama berlaku sebelum kejadian ribut semalam.
Sebaynak 12 buah rumah mengalami kerosakkan bumbung.

20 January 2012

JMB Pantai Ria Telah Dipilih

Seramai 4 orang AJK utama telah dipilih untuk menerajui Perbadanan Pengurusan Bersama (JMB) bagi PPR Pantai Ria dan akan mula berkuatkuasa mulai September 2012.

AJK yang dilantik semasa mesyuarat pembeli2 rumah Pantai Ria pada 17 Januari 2012

Pengerusi: En Badrila Abdullah
Timb Pengerusi: En Saifuddin
Setiausaha: Jamil Hj Omar
Bendahari: Aris Mohd Ali
ajk -ajk lain akan dipilih kemudian

Mesyuarat dipengerusikan oleh En Khairul, akauntan dari Jbt Pengurusan Perumahan DBKL. Seramai 116 orang pembeli rumah Pantai Ria hadir dalam mesyuarat ini.

Isu utama penubuhan JMB

1. Menetapkan yuran penyelenggaraan yang munasabah. Sekarang RM45 sebulan untuk semua rumah.
2. Menyelenggara kemudahan guna sama (fasiliti bersama)
3. Menyelenggara petak parking
4. Masalah keselamatan
5. Menyelenggara wang penyelenggaraan yang dibayar oleh semua pemilik/penyewa rumah.
6. Bersama-sama pegawai DBKL menguruskan aspek penyelenggaraan PPR Pantai Ria.
7. Menyelenggara kemudahan lif
8. Mengatur semula kedudukan gerai2 sedia ada dengan pihak DBKL dan persatuan penjaja.
9. Memastikan kemudahan awam tidak dirosakkan.

En Khairul memaklumkan bahawa pembeli rumah mempunyai lebih kuasa berbanding penyewa dalam menentukan pengurusan JMB. Penyelenggaraan rumah2 penyewa seperti kebocoran masih jadi tanggungjawab DBKL. Semua pembeli rumah dinasihatkan segera melaporkan kerosakkan rumah kepada DBKL sebelum bulan Sep 2012. Selepas tarikh itu, pembeli kena repair sendiri rumah mereka.

16 January 2012

Mesyuarat Penubuhan JMB PPR Pantai Ria

Semua pembeli rumah PPR Pantai Ria mungkin telah menerima surat jemputan dari DBKL untuk menghadiri mesyuarat penubuhan Perbadanan Pengurusan atau Joint Management Body (JMB) yang akan diadakan seperti berikut;-

Hari: Selasa , 17 Januari 2012
Masa: 9.00 malam
Tempat: Khemah hadapan pejabat kecil DBKL Blok B

Antara agenda utama mesyuarat ini ialah untuk memilih AJK dari Pengerusi hingga ajk biasa. Ia juga dijangka membincangkan kadar yuran penyelenggaraan (maintenance fees) yang wajar dibayar setiap unit rumah.

Semua pemilik rumah diharap dapat hadir beramai-ramai. Pemilihan ajk yang layak mesti dibuat dengan berhati2 kerana kita tak mahu ia menjadi seperti Persatuan Penduduk yang sudah mati tidak berkubur.

Pilihlah orang yang boleh membuat kerja dengan ikhlas dan amanah dan mampu memimpin JMB kearah kebaikkan. Jangan dipilih orang yang hanya kuat bercakap tapi kerjanya entah apa-apa. Tersilap memilih, kita semua yang akan rugi.

Tentang JMB

Badan Pengurusan Bersama atau Joint Management Body (JMB) adalah satu jawatankuasa yang dianggotai dan ditadbir oleh Pemilik Petak/Penduduk dalam mengurus dan menyenggara bangunan. JMB diwajibkan di semua bangunan bertingkat yang tertakluk di bawah hakmilik strata.

Kebanyakan penduduk belum memahami apakah yang dimaksudkan dengan “JMB” yang perlu ditubuhkan. “JMB” ataupun dengan nama penuhnya “Joint Management Body” adalah sebuah badan yang ditubuhkan diperingkat pra sebelum penubuhan Management Corporation. Dengan adanya JMB sekurang-kurangnya ia dapat memberi pendedahan awal kepada Ahli Jawatankuasa untuk mengurus dan menyelenggara bangunan yang diduduki sebelum penubuhan Perbadanan Pengurusan.

Pada asasnya, penyelenggaraan pangsapuri, rumah bertingkat akan dipertanggungjawab kepada pemilik berdaftar unit-unit di situ.

Akta Bangunan dan Harta Bersama (Penyenggaraan & Pengurusan Bangunan) 2007 (Akta 663) yang berkuatkuasa pada 12 April 2007 telah mewajibkan semua pemaju untuk menubuhkan Badan Pengurusan Bersama atau Joint Management Body (JMB) di semua bangunan bertingkat yang tertakluk di bawah Akta Hakmilik Strata. Setiap pemaju akan menubuhkan JMB di pangsapuri yang telah dibina oleh mereka sebelum ini bersama-sama dengan penduduk di bangunan terbabit. <="" span="">

Fungsi JMB

Kenapa JMB perlu ditubuhkan?
Penubuhan JMB adalah perlu selaras dengan Akta 663 yang mewajibkan setiap Pemaju untuk menubuhkan JMB sehingga hakmilik strata dikeluarkan dan Perbadanan Pengurusan ditubuhkan.


Bilakah
Penubuhan JMB dikuatkuasakan?

Bagi pangsapuri yang telah menerima kunci kediaman dan belum menerima hakmilik strata, pemaju hendaklah menubuhkan JMB dalam tempoh 12 bulan mulai dari 12 April 2007 atau dari tarikh mengambil kunci rumah kediaman.


Apakah Tanggungjawab dan kuasa JMB?
Tanggungjawab dan kuasa JMB adalah mematuhi notis PBT, menyenggara harta bersama, mendaftarkan JMB, menentukan dan mengenakan caj penyenggaraan, memastikan Kumpulan Wang Penyenggaraan Bangunan diaudit, mentadbir Kumpulan Wang Penyenggaraan Bangunan, menguatkuasa kaedah dalaman (House Rules), mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan dan Luar Biasa, menginsuranskan bangunan, menyediakan dan menyenggara daftar pembeli, lain-lain perkara yang berkaitan penyenggaraan bangunan dan menyenggara Sinking Fund.


Siapakah Ahli-ahli JMB dan berapakah bilangan ahli-ahlinya?
Ahli-ahli JMB atau dikenali juga sebagai Jawatankuasa Pengurusan Bersama (JMB) terdiri daripada Pembeli dan Pemaju. Bilangan Pembeli mestilah tidak kurang dari 5 orang dan tidak lebih daripada 12 orang. Senarai ahli JMC adalah terdiri dari Pengerusi, Setiausaha, Bendahari, Ahli Jawatankuasa sementara 1 wakil dari Pemaju.


Berapa lama tempoh jawatan tersebut?
Ahli JMC memegang jawatan tidak melebihi 3 tahun atau sehingga pembubaran JMB.


Bagaimana Ahli JMC dipilih?
Perlantikan ahli JMC diadakan pada Mesyuarat Pertama secara undian tangan. Urusan mengadakan mesyuarat tersebut akan dikendalikan oleh Pemaju dengan memberi notis bertulis 14 hari kepada Pemilik Petak/Penduduk dari tarikh mesyuarat yang dijangka akan diadakan.


Siapakah yang layak mengundi?
Pemilik Petak/Penduduk yang tidak mempunyai tunggakan sahaja layak untuk mengundi.


Bagaimana pula dengan penduduk yang mempunyai tunggakan?
Penduduk yang mempunyai tunggakan boleh hadir ke mesyuarat tersebut tetapi mereka tidak boleh mengundi.


Bagaimana jika Pemilik Petak/Penduduk tidak hadir ke mesyuarat tersebut walaupun layak untuk mengundi?
Pemilik Petak/Penduduk tersebut boleh mewakilkan kepada orang lain dengan mengisi Borang Proxy dan menghantar borang tersebut kepada Pemaju dalam tempoh 7 hari sebelum tarikh mesyuarat diadakan.


Bagaimana jika ada persamaan undi bagi sesuatu resolusi/perkara?
Pengerusi yang baru dipilih pada mesyuarat tersebut akan membuat keputusan bagi persamaan undi tersebut.


Apakah kuorum bagi mengadakan Mesyuarat Agung JMB?
Kuorum bagi mengadakan mesyuarat Agung JMB ialah ¼ daripada pembeli yang berhak mengundi.


Bagaimana jika kuorum masih tidak mencukupi?

Jika dalam masa ½ jam, kuorum masih tidak mencukupi, Pemilik Petak/Penduduk yang hadir berhak untuk membentuk suatu kuorum.


Bagaimana jika tiada pemilik petak/penduduk yang hadir atau tiada yang ingin menganggotai JMC?

Selepas 1 jam sekiranya tiada yang hadir atau tiada yang ingin menganggotai JMC, maka pemaju akan memaklumkan kepada Pesuruhjaya Bangunan secara bertulis dalam tempoh 7 hari dari tarikh mesyuarat telah diadakan. Pesuruhjaya Bangunan akan memaklumkan sama ada untuk menetapkan semula tarikh mesyuarat yang baru atau melantik ejen pengurusan bagi mentadbir dan menyenggara bangunan tersebut.


Misi JMB

Misi JMB selari dengan penubuhan JMB itu sendiri iaitu memastikan segala perkhidmatan mentadbir dan menyenggara yang diberikan kepada penduduk tercapai dan terlaksana. Pentadbiran yang cekap dan pengurusan yang lancar oleh pihak JMB akan dapat menjadikan penubuhan JMB dalam mentadbir dan mengurus mendapat kejayaan.

15 January 2012

Kitab Bidayatul Hidayah - Imam Ghazali


Kulit buku Kitab Bidayatul Hidayah karya Imam Ghazali

Ustaz Helmey Yahya dalam kuliahnya malam ini mengupas tentang isu maksiat hati, bilamana manusia sentiasa terpedaya dengan amal perbuatannya yang selalu difikrkan sudah cukup baik, tetapi malangnya tidak diterima Allah kerana ada unsur2 maksiat hati.

Bahawa sebelum alam ini dijadikan, Allah telah menjadikan 7 malaikat yang setiap satunya menjaga setiap lapis langit dari langit pertama hingga ke 7. Malaikat setiap lapis langit akan menapis setiap ibadat manusia, selagi ada unsur2 maksiat hati dalam diri seseorang, maka ibadah itu tidak diterima bahkan akan dikembalikan kepada tuan empunyanya.

Antara kesilapan manusia menurut Imam Al Ghazali ialah:-

a) Berbuat ibadat yang zahir seperti solat, puasa, berzakat, bersedeqah, menunaikan haji, membaca quran dan sebagainya sedangkan ia tidak membersihkan hatinya daripada maksiat-maksiat yang batin seperti riya’, ujub, sum’ah, kibir, hasad dengki, dan lain-lain lagi, maka ia telah terpedaya kerana ibadat yang zahir itu sahnya bergantung kepada pemulihan hati daripada sifat-sifat jahat yang ada di dalamnya.

b) Mereka yang mempunyai harta dan membelanjakannya dalam kerja-kerja kebajikan dengan disertai Riya’ (menunjuk-nunjuk) atau Ujub’ (berbangga diri) atau Sum’ah atau kerana mahukan kemegahan atau mencari kemashuran dan supaya manusia menyebutnya sebagai pemurah hati yang mahukan pujian.

Ikuti kuliah beliau minggu depan untuk mengikuti kandungan kitab ini tentang maksiat hati moga kita dijauhkan darinya.

Badan Komuniti Blok C Ditubuhkan

Penduduk2 Blok C PPR Pantai Ria, pada 17 Disember 2011 yang lalu telah berkumpul di warung Pak Usup, untuk mengadakan pemilihan ajk badan Komuniti Blok C . Hampir 100 penduduk hadir termasuk kaum China dan India.

Hasil dari perjumpaan tersebut, hampir 20 orang ahli jawatankuasa telah dipilih seperti berikut:-

Pengerusi; Rabu bin Yassin
Timb Pengerusi: En Raj
Setiusaha: En Zuhari Kasa
Pen Setiausaha: Yunus Ismail
Bendahari: Pn Ziela Nordin
Pen Bendahari: En Jayakumar
Juruodit 1:Pn Bidasari
Juruodit 2: Pn Ramlah Yusuf

AJK atau wakil setiap tingkat

Tingkat
1 - Pn Zaleha c-1-5
2-Teh Ah Kaw
3-Pak Usup
4-Yusni
5-Zaitun Ariffin C-5-2
6-Senen Yassin
7-Roshidah
8-Wan Azahar
9-Zamri
10-Balaraman
11-Khairi
12- Pak Abu
13-Rohani
14-Fauzi
15-Hamdan
16-Yusri
17 - En Sharizal

Diharapkan semua ajk yang terpilih, pikulllah amanah yang diberikan dengan jujur, semoga keadaan tempat kita akan menjadi lebih baik.















Taman Jaya, PJ Popular di Hujung Minggu

Taman Jaya , PJ merupakan salah satu taman yang menjadi tumpuan warga kota untuk membuat aktiviti riadah. terdapat alat senaman untuk kanak2 serta untuk golongan dewasa. Perkhidmatan sewaan basikal termasuk yang berkuasa bateri disediakan untuk disewakan kepada sesiapa yang berminat. Gunakan masa yang berkualiti yang anda ada untuk aktiviti riadah bersama keluarga.





Pintu masuk ke taman jaya


Alat-alat senaman untuk golongan dewasa

12 January 2012

Kelas Fekah Ustazah Zawiah Salleh

Muslimat dijemput hadir beramai-ramai ke surau alhijrah pada hari Sabtu ini, jam 11.00 pagi untuk kelas fekah ustazah Zawiah.

Hari Wilayah 2012

09 January 2012

Anuar Idris Meninggal Dunia


al fatihah untuk Allahyarham saudara Anuar Idris


Saudara Anuar Idris, 48 tahun, dari rumah D-14-5 yang koma sejak 3 bulan lepas telah kembali ke rahmatullah semalam, Ahad, 8 Januari 2012, jam 3 petang di PPUM. Jenazah beliau tiba di masjid Khadijah jam 5 petang semalam sebelum dikebumikan pagi ini, Isnin di Perkuburan Islam Kerinchi.

Takziah dari kami semua ajk surau, semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan diantara orang-orang yang beriman dan beramal soleh.