08 January 2012

HANYA LOGO HALAL INI DIIKTIRAF MULAI 1.1.2012

LOGO HALAL YANG DIIKTIRAF DAN NO RUJUKAN PADA LABEL PEMBUNGKUSAN

oleh Sahabat Halal Jakim pada pada 5hb Januari 2012 pukul 4.54 ptg

JAKIM/(S)/(22.00)/492/1 200-05/2006

Penggunaan Logo, Nombor Standard Dan Nombor Rujukan Pada Pembungkusan Produk

Sukacita dimaklumkan bagi melaksanakan arahan penggunaan logo, nombor standard dan nombor rujukan pada label pembungkusan produk oleh pemegang Sijil Pengesahan Halal Malaysia, JAKIM telah mengambil beberapa langkah berikut:

  1. mengemaskini rekod nombor rujukan syarikat/kilang.
  2. nombor tersebut adalah nombor kekal yang tidak akan berubah walaupun syarikat/kilang mengemukakan permohonan yang berbeza.
  3. nombor tersebut dijana secara automatik dan telah digunakan oleh syarikat/kilang
  4. Nombor yang bergaris ialah nombor rujukan yang perlu dipaparkan pada pembungkusan produk.
    • JAKIM/(S)/(22.00)/492/1 200-05/2006
  5. syarikat/kilang yang menghadapi masalah untuk melaksanakan arahan tersebut boleh mengemukakan permohonan lanjutan secara bertulis kepada Pengarah Bahagian Hab Halal JAKIM.

1 comment:

  1. oooo...cenggitu...ok tima kasih..pasni nk bli brg wru xwas2

    ReplyDelete