SATU MAJLIS BERTEMU PELANGGAN ANTARA JABATAN PENGURUSAN PERUMAHAN DAN PEMBANGUNAN KOMUNITI DBKL DENGAN PENGHUNI PPR PANTAI RIA AKAN DIADAKAN PADA
HARI: AHAD
TARIKH: 1 JULAI 2012
MASA: 8 30 PAGI HINGGA 5 PETANG
TEMPAT: KAWASAN ANTARA BLOK B DAN C
ANDA BOLEH BERTEMU PEGAWAI DBKL DAN BERTANYA APA SAHAJA SOALAN BERKAITAN RUMAH ANDA - ADA KEROSAKKAN / KEBOCORAN ? ADA RUMAH DISEWAKAN OLEH PENYEWA ? SOALAN BERKAITAN BIL AIR SERTA APA-APA SOALAN LAGI.
NAK SEMAK SAMAN TRAFIK DBKL? SILA KLIK ADDRESS DIBAWAH
http://appsys.dbkl.gov.my/saman/index.asp
SEBARANG ADUAN / PERTANYAAN KEPADA DBKL?
http://dbkl.bpa.jpm.my/eApps/sdmscasepool/SdmsCasePool/add.do
27 June 2012
26 June 2012
KULIAH TAFSIR ALQURAN
SEMUA MUSLIMIN DAN MUSLIMAT DIJEMPUT UNTUK HADIR KE SURAU AL HIJRAH PADA TARIKH BERIKUT UNTUK KULIAH TAFSIR ALQURAN
TARIKH: 27 JUN 2012
MASA: LEPAS SOLAT MAGHRIB
HARI: RABU
PENCERAMAH: USTAZ ADLIN SALLEH
USTAZ AKAN MEMBUAT KUPASAN TENTANG SALAH SATU SURAH DALAM ALQURAN UNTUK RENUNGAN DAN PERINGATAN KITA SEMUA. SEMOGA KITA DAPAT MENGAMBIL IKTIBAR TENTANG KENAPA SESUATU SURAH DITURUNKAN .

25 June 2012
MAJLIS BACAAN YASSIN OLEH PERSATUAN MUSLIMAH BLOK C
Persatuan Muslimah Blok C akan mengadakan program majlis bacaan Yassin dan tahlil beramai-ramai pada :-
Tarikh: 28 Jun 2012
Masa: Selepas solat maghrib
Tempat: Surau Al Hijrah
Semua muslimin dan muslimat dijemput hadir.
Jamuan disediakan.
Tarikh: 28 Jun 2012
Masa: Selepas solat maghrib
Tempat: Surau Al Hijrah
Semua muslimin dan muslimat dijemput hadir.
Jamuan disediakan.
22 June 2012
Kehebatan Syaaban
Rejab sudah berlalu. Kini masuk bulan Syaaban. Lambaian Ramadan hanya 28 hari lagi. Kita belum terlambat untuk menceriakan hidup dengan keberkatan Syaaban.
Diriwayatkan dari Umamah Al Bahili ra, berkata: Rasulullah bersabda, "Apabila masuk bulan Syaaban, (cerialah) dan sukacitalah dirimu dan perbaiki niatmu."
Kita munajat dan berdoa seperti doa Rasulullah ketika masuknya Rejab:
اللهم بارك لنا في رجب وشعبان وبلغّنا رمضان
"Allahuma Bariklana fi rajab wa syaaban wa ballighna Ramadan"
Maksudnya: "Ya Allah Ya Tuhan kami, anugerahkanlah keberkatan untuk kami pada Rejab dan Syaaban, dan sampaikanlah kami Ya Allah hingga Ramadan (yakni panjangkan umur kami Ya Allah sehingga kami dapat bertemu dengan Ramadan."
Inilah doa tiga serangkai yang memadukan kemuliaan ketiga-tiga bulan yang sangat berkat ini. Tiga bulan inilah bulan medan perjuangan pejuang untuk membina jati diri, membentuk sahsiah dan memupuk kebersihan hati.
Selari dengan erti Syaaban iaitu berpecah-pecah atau berpuak-puak.
Pada zaman Jahiliyah, masyarakat Quraisy terpaksa berpecah kepada beberapa kumpulan untuk mencari sumber air di padang pasir.
Rasulullah mengekalkan nama Syaaban sehinggalah sekarang.
Erti Syaaban ialah berpecah-pecah atau berpuak-puak. Masyarakat Quraiysh pada waktu itu terpaksa berpecah kepada beberapa kumpulan untuk mencari sumber air di padang pasir.
Dan apabila Rasulullah SAW datang, beliau mengekalkan nama itu sehinggalah sekarang. Rasulullah SAW telah menyebut tentang pelbagai kelebihan bulan Syaaban dalam hadis-hadisnya.
Diantara hadis yang paling masyhur ialah: Rasulullah SAW bertanya kepada sahabat-sahabatnya, "Tahukah kamu sekelian mengapa dinamakan dengan bulan Syaaban?" Para sahabat menjawab, "Allah dan RasulNya lebih mengetahui." Sabda Rasulullah SAW, "Kerana dalam bulan itu berkembanglah kebaikan yang banyak sekali." (Dipetik dari kitab Raudatul Ulama).
Fadhilat Syaaban
Bulan Syaaban merupakan bulan kedua selepas Rejab yang penuh dengan keberkatan.
Sebahagian ahli hikmah menyatakan bahawa sesungguhnya bulan Rejab adalah kesempatan untuk meminta ampun dari segala dosa, pada bulan Syaaban adalah kesempatan untuk memperbaiki diri dari segala macam cela dan pada bulan Ramadhan adalah masa untuk menerangkan hati dan jiwa.
Di antara amalan-amalan yang digalakkan pada bulan Syaaban adalah:
Memperbanyakkan puasa sunat
Sebagaimana yang telah dijelaskan terdahulu bahawa Rasulullah SAW lebih gemar untuk berpuasa sunat dalam bulan Syaaban berbanding dengan bulan-bulan yang lain.
Justeru itu adalah patut bagi kita selaku umat Baginda mencontohinya dalam memperbanyakkan
puasa sunat bagi menyemarak dan mengagungkan bulan Syaaban ini.
Di dalam kitab Durratun Nasihin ada menyebut sebuah hadis yang menyatakan bahawa Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: "Barangsiapa berpuasa tiga hari pada permulaan Syaaban dan tiga hari pada pertengahan Syaaban dan tiga hari pada akhir Syaaban, maka Allah Taala mencatat untuknya pahala seperti pahala tujuh puluh nabi dan seperti orang-orang yang beribadat kepada Allah Taala selama tujuh puluh tahun dan apabila dia mati pada tahun itu maka dia seperti orang yang mati syahid."
Memperbanyak doa, zikir dan berselawat kepada Rasulullah SAW
Sabda Rasulullah SAW: "Barangsiapa yang mengagungkan bulan Syaaban, bertaqwa kepada Allah, taat kepada-Nya serta menahan diri dari perbuatan maksiat, maka Allah Taala mengampuni semua dosanya dan menyelamatkannya di dalam tahun itu dari segala macam bencana dan penyakit." (Dipetik dari kitab Zubdatul Wa'izhin)
Bertaubat
Diriwayatkan dari Umamah Al Bahili Radiallahuanhu, dia berkata: Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: "Manakala masuk bulan Syaaban, sukacitalah dirimu dan perbaiki niatmu."
Peristiwa-peristiwa penting di Bulan Syaaban
1. Malam Nisfu Syaaban
Dari Abi Hurairah ra dari Nabi Muhammad SAW bersabda maksudnya : "Telah datang Jibril as pada malam Nisfu Syaaban dan dia berkata, Ya Muhammad, pada malam ini pintu-pintu langit dan pintu-pintu rahmat dibuka, maka berdirilah dan kerjakan sembahyang lalu angkatlah kepalamu dan kedua tanganmu ke langit!" Kata saya (Nabi Muhammad SAW): "Hai Jibril, apakah erti malam ini ?" Dia (Jibril) menjawab: "Pada malam ini telah dibuka 300 pintu rahmat, maka Allah telah mengampuni orang-orang yang tidak mensyirikkan Allah dengan sesuatu kecuali ahli sihir, bomoh hitam, orang-orang yang suka permusuhan/pergaduhan, peminum arak, orang-orang yang berbuat zina, pemakan riba, orang-orang yang derhaka kepada kedua orang tua, orang-orang yang suka mengadu domba (batu api) dan orang-orang yang memutuskan tali persaudaraan, maka sesungguhnya mereka itu tidak akan diampuni kesalahannya sehingga mereka mahu bertaubat dan tidak akan mengulang lagi atas perbuatannya itu."
Maka pergilah Nabi Muhammad SAW untuk mengerjakan sembahyang serta menangis di dalam sujudnya dengan membaca: "Ya Allah sesungguhnya aku berlindung kepadaMu dari seksaMu dan murka Mu dan aku tidak menghitung-hitung pujian kepadaMu, sebagaimana Engkau memuji kepadaMu sendiri, maka segala puji bagiMu sehingga Engkau redha." Dipetik dari Kitab Zubdatul Wa'idzin.
2. Penukaran Arah Kiblat
Pada awal diwajibkan perintah solat kepada umat Islam, Rasulullah SAW dan para sahabat berkiblatkan Baitul Muqaddis. Ini telah menjadi satu kontroversi pada waktu itu.
Umat Yahudi telah mendakwa bahawa agama mereka adalah benar dan diredhai oleh Allah SWT kerana umat Islam telah meniru arah ibadat mereka iaitu menghadap Baitul Muqaddis.
Umat Islam telah ditohmah dengan berbagai-bagai tohmahan dan ujian. Para Sahabat RA telah mengadu kepada Rasulullah SAW dan Rasulullah SAW menyuruh mereka agar terus bersabar dengan ujian itu sehinggalah ada perintah baru dari Allah SWT.
Allah SWT Maha Mengetahui dan Maha Mendengar tentang apa yang berlaku pada ketika itu. Allah SWT telah mewahyukan agar Rasulullah SAW mengadap ke Baitullah Kaabah.
Sebahagian ulama sirah meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW menerima wahyu perintah mengadap Baitullah pada 15 Syaaban semasa beliau mengimamkan solat.
Sebahagian ulamak mengatakan pada solat Asar, ada yang mengatakan Maghrib dan ada yang meriwayatkan pada solat Isya'. Rasulullah SAW sebagai imam terus mengadap ke Baitullah dan diikuti oleh para sahabat sebagai makmum.
3. Peperangan Bani Mustaliq (Muraisi')
Bani Mustaliq ialah salah satu puak dari kaum Yahudi. Mereka telah merancang untuk membunuh Rasulullah SAW dan berita ini disampaikan kepada Rasulullah SAW oleh seorang sahabat dari puak badwi.
Peperangan ini adalah turutan dari peperangan bani Quraizah, kaum yahudi yang telah dihalau oleh Rasulullah SAW keluar dari Madinah.
Peristiwa ini terjadi pada bulan Syaaban, 5H. Pasukan kaum muslimin dapat melumpuhkan pasukan Bani Mustaliq.
Sebagian pasukan Bani Mustaliq ada yang ditawan, termasuklah salah seorang puteri pemuka Bani Mustaliq yaitu Barrah, yang nama lengkapnya adalah Barrah binti al-Harris bin Dirar bin Habib bin Aiz bin Malik bin Juzaimah Ibnu al-Mustaliq. Al-Harris bin Dirar, ayah Barrah adalah pemimpin Bani Mustaliq.
Barrah telah menjadi tawanan perang milik Sabit bin Qais. Disebabkan Barrah ini seorang perempuan yang cerdik, ia meminta untuk dibebaskan dari Sabit bin Qais, setelah diadakan pembicaraan, Sabit bin Qais meminta tebusan yang mahal.
Tetapi, Barrah waktu itu langsung menemui Rasulullah SAW untuk membicarakan masalah tebusan bagi dirinya.
Kemudian Rasulullah SAW pada waktu itu menyetujui membebaskan Barrah dan menebusnya dari Sabit bin Qais dan terus menikahi Barrah dan Rasulullah SAW mengganti nama Barrah menjadi Juwairiyah.
Tindakan Rasulullah SAW ini telah memberi banyak faedah kepada umat Islam ketika itu, diantaranya ialah ramai dikalangan Bani Mustaliq yang memeluk Islam dan terpadamnya dendam permusuhan di antara umat Islam dan Bani Mustaliq.
Juwairah meninggal dunia pada tahun 56H.
Begitu besarnya fadhilat bulan Syaaban. Marilah kita sama-sama mengambil kesempatan ini untuk mengimarahkannya.
Artikel i Luv Islam
21 June 2012
COMBI KEMBALI LAGI!
SEMUA PESERTA COMBI DIHARAP DAPAT HADIR KE PROGRAM COMBI (MEMBENTERAS DENGGI MELALUI TINGKAHLAKU) PADA TARIKH BERIKUT:-
TARIKH: 24 JUN 2012 - AHAD
TEMPAT: LUAR SURAU LAMA
MASA: MULAI JAM 8.30 PAGI
SARAPAN AKAN DISEDIAKAN.
KITA AKAN MELAKUKAN PEMERIKSAAN DARI RUMAH KE RUMAH UNTUK MENGENALPASTI SAMADA TERDAPAT TEMPAT PEMBIAKKAN NYAMUK AEDES.
SEMUA PENDUDUK PPR PANTAI RIA DIMINTA MEMBERIKAN KERJASAMA DENGAN MEMBUKA PINTU RUMAH ANDA JIKA DIMINTA OLEH PARA PETUGAS COMBI. MEREKA MEMAKAI VEST COMBI SERTA MEMBAWA BEG COMBI.
KERJASAMA ANDA SEMUA SANGAT DIHARGAI.

PROGRAM NURHIDAYAH SEMPENA ISRA' MIKRAJ
SEMPENA ISRA' DAN MIKRAJ, MAJLIS PEMBANGUNAN WANITA DAN KELUARGA PARLIMEN LEMBAH PANTAI AKAN MENGADAKAN PROGRAM BERIKUT:-
PROGRAM: CERAMAH ISRA' MIKRAJ
TARIKH: 23 JUN 2012
HARI: SABTU MASA: 8.00 PAGI HINGGA 12 TENGAHARI
TEMPAT: SURAU ALHIJRAH, PPR PANTAI RIA
PENCERAMAH: USTAZAH HJH HABSAH BT SYED MUHAMMAD JABATAN KEMAS NEGERI PERAK
SEMUA MUSLIMAT DIJEMPUT HADIR

19 June 2012
Kuliah Fekah Ustaz Yassir Salleh
Akan diadakan pada
Rabu
20 Jun 2012
jam 8.00 malam
Semua muslimin muslimah dijemput hadir
14 June 2012
PROGRAM KULIAH / CERAMAH MINGGU INI
KULIAH FEKAH MUSLIMAH
OLEH USTAZAH ZAWIAH HASSAN
SABTU, 16 JUN 2012 JAM 11.00 PAGI
TEMPAT: SURAU ALHIJRAH PPR PANTAI RIA
CERAMAH PERDANA ISRA DAN MIKRAJ
OLEH 2 PENCERAMAH JEMPUTAN
SABTU, 16 JUN 2012 MULAI JAM 8.00 MALAM
TEMPAT: MASJID KHADIJAH PANTAI DALAM
PERASMIAN: DATO' RAJA NONG CHIK
CERAMAH PERDANA ISRA MIKRAJ
OLEH 2 PENCERAMAH JEMPUTAN
AHAD, 17 JUN 2012, JAM 8.00 PAGI HINGGA 12.00 TENGAHARI
TEMPAT: SURAU PERKIM, BANGUNAN PERKIM. JALAN IPOH
ADA CABUTAN BERTUAH
KULIAH KHAS ISRA DAN MIKRAJ
AHAD, 17 JUN 2012, JAM 8.00 MALAM
TEMPAT: SURAU ALHIJRAH
PENCERAMAH: USTAZ HELMEY YAHYA
BAWALAH KUIH MUIH JIKA ADA.....MURAH REZEKI
SEMUA MUSLIMIN DAN MUSLIMAT DIJEMPUT HADIR BERAMAI-RAMAI. CERAMAH MANA YANG ANDA PILIH, ITU TIDAK MENGAPA, YANG PENTING ANDA MAU PI SAJA .........

09 June 2012
Colmar Tropikal - Pilihan Untuk Beristirehat
Colmar Tropikal adalah resort kepunyaan Berjaya groups, terletak di KM48, Persimpangan Bertingkat Lebuh Raya Karak iaitu selepas Terowong Sempah adalah salah satu pilihan yang boleh anda pergi untuk bercuti jika ada kesempatan. Jaraknya dari highway adalah 10km menaiki bukit.
Walaupun tak dapat ke Peranchis, tapi kita boleh merasai suasana itu dengan berkunjung ke Colmar Tropikal. Ia terletak 2,700 kaki dari aras laut manakala Taman Jepun adalah pada paras 3,000 kaki. Cuaca pada tengahhari tidak begitu sejuk berbanding Genting Highlands.
Suasana malam di resort ini sangat sunyi dan sesuai untuk bercuti dan bersantai menghilang stress.
Kalau tak nak bermalam disini dan cuma nak tengok2, kena bayar RM12.00 dewasa dan RM8.00 kanak-kanak. Makanan sangat mahal, air mineral 500mm harganya RM3.00 sebotol, air minuman bertin RM6.00 setin, mee tom yam RM19.00 semangkuk termasuk juice buah! Kalau nak berjimat, dinasihat bawa bekal makanan sendiri.
Colmar Tropikal
Pintu masuk ke Colmar
Bangunan ala Peranchis
Tengah2 bangunan tema Peranchis
Restoran ala barat
Rumah Teh Jepun
Kampung Jepun, boleh tengok rumah Jepun yang comel macam dangau kat kampung
Ikan kap Jepun
Rekabentuk yang unik dan cantik
08 June 2012
PERSEDIAAN MENJELANG RAMADHAN
PERSEDIAAN UMAT ISLAM MENJELANG RAMADHAN
Oleh: Amru Alhaz bin Adnan
Realitinya, apabila sesuatu tempat atau sesuatu majlis bakal dikunjungi oleh pemimpin-pemimpin, selebriti, artis terkenal atau orang kenamaan adalah menjadi kelaziman kita bertungkus lumus membuat perancangan dan persediaan rapi. Kita sedaya upaya mengelak daripada berlakunya kekurangan dan cacat cela semata-mata meraikan kehadirannya.
Mungkin kita alpa dan leka, kedatangan bulan Ramadhan adalah seperti bulan-bulan biasa, tidak diendahkan bahkan ada yang merasakan kedatangannya memeritkan kerana terpaksa menahan diri dari lapar dan dahaga.
Anehnya wahai manusia, belum bermula Ramadhan sudah berkira-kira untuk membuat persediaan menyambut Syawal. Langsir sudah ditempah, rumah mungkin sudah dicat baru, perabot diganti baru. Tidak ketinggalan mereka yang sudah berkira-kira menerima tempahan kuih raya. Media elektronik pula sibuk dengan persediaan drama syawal, dan rakaman lagu sempena hari raya.
Alangkah bertuahnya sekiranya persiapan yang sebegini rapi kita lakukan sempena menyambut ketibaan Ramadhan yang dinanti-nantikan. Yang Bermaksud: Diriwayatkan dari Abu Hurairah ra: Bahwa sesungguhnya Rasulullah saw. pernah bersabda : Ketika datang bulan Ramadhan: Sungguh telah datang kepadamu bulan yang penuh berkat, diwajibkan atas kamu untuk puasa, dalam bulan ini pintu syurga dibuka, pintu neraka ditutup, Syaitan- Syaitan dibelenggu. Dalam bulan ini ada suatu malam yang nilanya sama dengan seribu bulan, maka barangsiapa diharamkan kebaikannya ( tidak beramal baik didalamnya), sungguh telah diharamkan (tidak mendapat kebaikan di bulan lain seperti di bulan ini). ( HR. Ahmad )
Jika dihayati mafhum hadith, mana mungkin seseorang yang tinggi keimanannya tidak bergembira dengan berita akan tibanya satu bulan yang dibuka padanya seluruh pintu-pintu syurga, ditutup pintu-pintu neraka. Beginilah keadaanya Rasulullah dan para sahabat yang ternanti-nanti bahkan rindu dengan kehadiran Ramadhan sehingga Baginda Rasulullah SAW mula membuat persedian menyambut Ramadhan seawal bulan Syaaban.
Baginda Rasulullah SAW seorang yang sering melaksanakan ibadah puasa sunat dan baginda tidak dilihat memperbanyakkan ibadah puasa melainkan pada bulan syaaban. “Adalah Rasulullah saw berpuasa sehingga kami mengatakan dia tidak berbuka. Dia saw berbuka sehingga kami mengatakan dia tidak berpuasa. Aku tidak pernah melihat Nabi saw berpuasa penuh satu bulan melainkan (dalam bulan) Ramadan. Aku tidak pernah melihat dia saw berpuasa lebih banyak selain dari bulan Syaaban” (Hadith Riwayat Bukhori )
Hikmah perbuatan rasulullah yang memperbanyakkan puasa pada bulan Syaaban boleh dikiaskan kepada kita sebagai suatu bentuk sesi latihan untuk menghadapi sebulan berpuasa. Bayangkan dengan amalan puasa sunat yang jarang-jarang atau tidak pernah kita lakukan, secara tiba-tiba kita terus berpuasa selama sebulan mungkin memberi kesan tahap kesempurnaan ibadah dan juga kesihatan tubuh badan.
Ibn Rajab di dalam kitabnya Latoif al-Ma’a rif menyebut: Sesungguhnya puasa bulan Syaaban merupakan latihan sebelum berpuasa pada bulan Ramadhan ,agar apabila telah masuk Ramadhan seseorang itu tidak merasa beban dan kesukaran. Selain daripada itu ia akan menjadikan orang yang berpuasa pada bulan Syaaban dapat merasai nikmat dan kelazatan berpuasa seterusnya apabila masuknya Ramadhan berpuasa dalam keadaan kuat dan cergas.
Antara amalan yang boleh dimulakan seawal mungkin ialah membaca al-Quran. Anas bin Malik sahabat Baginda SAW berkata: Apabila masuk bulan Syaaban, Umat Islam pada ketika itu menumpukan sepenuh perhatian membaca al-Quran. Berkata seorang ahli Salaf: Bulan Syaaban adalah bulan pembaca-pembaca al-Quran, Sesiapa yang istiqamah dan dapat memelihara amalan membaca al-Quran sebelum Ramadhan nescaya dia dapat memeliharanya sehingga bulan Ramadhan.
Pernah diceritakan, seorang muslim yang sudah lama meninggalkan bacaan al-Quran merasa terlalu berat dan malas untuk membaca walaupun baru membaca beberapa potong ayat.. Maka dia dinasihatkan agar terus-menerus membaca al-Quran. Apabila dia telah membaca sekitar 2/3 al-Quran, perasaan malas dan berat itu hilang sebaliknya dia semakin minat untuk memperbanyakkan bacaan al-Quran. Keadaan inilah yang biasa berlaku kepada mereka yang jarang dan lalai membacanya.
Oleh yang demikian memperbanyakkan membaca al-Quran di bulan Syaaban mampu menjernihkan hati sehingga hati dipenuhi dengan cahaya dan memudahkan jiwa untuk tunduk melaksanakan ibadah di dalam bulan Ramadhan.
Sebenarnya terlalu banyak persediaan yang patut kita lakukan menjelang ramadhan. Antara yang lain ialah: 1) Persediaan ilmu agama. Ramai orang yang berpuasa tanpa ilmu di dada. Dikhuatiri ibadah yang diharapkan mendapat pahala sebaliknya tidak diterima malahan mendapat dosa.
Menjelang Ramadhan, kita diseru meluangkan masa menuntut ilmu agama. Sama ada dengan cara membaca buku, menghadiri kuliah-kuliah agama atau melayari internet. Perkara yang perlu diberi keutamaan ialah berkaitan dengan ibadah puasa seperti rukun, syarat sah, perkara yang membatalkan puasa, adab dan juga akhlak orang berpuasa.
Hal ini begitu penting untuk mendapat kesempurnaan ibadah puasa. 2) Persediaan kesihatan. Ibadah puasa melibatkan kesihatan tubuh badan. Kesihatan tubuh badan yang sempurna menjamin kesempurnaan ibadah puasa. Kecerdasan seluruh anggota badan diperlukan kerana pada bulan puasalah tubuh badan dikerah bekerja kuat melaksanakan solat sunat tarawih, qiamullail , membaca al –Quran, iktikaf dan sebagainya.
Penjagaan kesihatan ini termasuklah menjaga pemakanan yang seimbang, riadah dan menjauhkan diri dari perkara yang mendatangkan penyakit seperti tabiat merokok. 3) Persediaan dari sudut kewangan. Di antara amalan yang begitu mulia dalam bulan Ramadhan ialah bersedekah.
Rasulullah SAW merupakan seorang yang paling dermawan dan baginda lebih dermawan di dalam bulan Ramadhan. Hal ini diceritakan oleh Ibnu Abbas r.a: “Rasulullah saw ialah orang yang paling dermawan. Dan beliau lebih dermawan lagi di bulan Ramadhan di saat beliau bertemu Jibril. Jibril menemuinya setiap malam untuk mengajarkan Al- Quran.
Dan kedermawanan Rasulullah SAW melebihi angin yang berhembus.” (HR. Bukhari) Mereka yang jarang-jarang bersedekah dikhuatiri tidak memanfaatkan peluang memperbanyakkan sedekah pada bulan Ramadhan. Sebagai persediaan, kita disarankan agar mula berjinak-jinak dengan amalan bersedekah. Mungkin ia boleh dimulakan dengan jumlah yang kecil atau menderma di tabung-tabung masjid dan surau.
Mudah-mudahan lama kelamaan sifit kikir dan bakhil itu dapat dibuang secara beransur-ansur. Bagi mendapat kelebihan bulan Ramadhan , kita juga harus menangguhkan sedekah pada bulan-bulan lain semata-mata untuk disedekahkan pada bulan Ramadhan dengan syarat ia bukanlah sedekah yang dihajati seperti orang fakir miskin yang memerlukan dan orang dalam keadaan susah dan berhutang.
4) Memperbanyak menyebut hal berkaitan kelebihan dan kemuliaan Ramadhan. Di antara persiapan lain yang perlu ada ialah memperbanyakkan bercerita tentang kemuliaan bulan Ramadhan. Hal ini bertujuan memberi rangsangan dan semangat kepada kita untuk membuat persediaan bertemu Ramadhan. Bukankah sesuatu acara itu akan menjadi lebih meriah dan suasananya dapat dirasai jika diwar-warkan.
Contoh mudah, bagaimanakah perasaan kita di saat diwar-warkan sesuatu sambutan yang besar, seperti Piala Dunia Bola Sepak. Pada ketika itu seluruh saluran media hebat membuat promosi. Kesannya seluruh masyarakat dunia termasuk rakyat Malaysia ternanti-nanti dan merasai bahang temasya tersebut. Apatah lagi bulan yang begitu mulia ini sepatutnya lebih layak disebut-sebut kemulian dan ganjarannya oleh media massa dan seluruh umat Islam.

06 June 2012
Laluan Pejalan Kaki Berbumbung Akan Dibina
Pihak surau alhijrah yang membuat permohonan kepada DBKL untuk mendapatkan laluan pejalan kaki berbumbung telah berjaya. Pihak Jabatan Pengurusan Perumahan DBKL akan membina laluan berbumbung tersebut menyambungkan Blok A,B,C dan D dan bersambung dengan surau baru menggunakan laluan pejalan kaki sedia ada dibahagian belakang blok kita semua.
Kita amat berterimakasih kepada Tuan Hj Sukiman Surahman, Pengarah Jbt Pengurusan Perumahan yang telah meluluskan permohonan kami. Kemungkinan besar kerja -kerja pembinaan akan bermula tidak lama lagi.
Semoga dengan adanya laluan berbumbung ini memudahkan penduduk untuk ke surau baru walaupun dalam cuaca hujan atau panas. Ia juga boleh dimanafaatkan oleh semua penduduk untuk berjalan dari blok ke blok dengan selesa.

05 June 2012
MARI BELAJAR TAJWID
Silalah hadir ke surau malam ini, Selasa, 5 Jun 2012 selepas solat maghrib kerana Ustaz Khairuddin akan mengajar kelas Al Quran untuk muslimin dan muslimat.
Terbuka kepada semua tanpa mengira umur.
Pengajaran menggunakan projektor supaya semua orang mudah mengikuti pengajian beliau.
Subscribe to:
Posts (Atom)