09 June 2012

Colmar Tropikal - Pilihan Untuk Beristirehat


Colmar Tropikal adalah resort kepunyaan Berjaya groups, terletak di KM48, Persimpangan Bertingkat Lebuh Raya Karak iaitu selepas Terowong Sempah adalah salah satu pilihan yang boleh anda pergi untuk bercuti jika ada kesempatan. Jaraknya dari highway adalah 10km menaiki bukit.

Walaupun tak dapat ke Peranchis, tapi kita boleh merasai suasana itu dengan berkunjung ke Colmar Tropikal. Ia terletak 2,700 kaki dari aras laut manakala Taman Jepun adalah pada paras 3,000 kaki. Cuaca pada tengahhari tidak begitu sejuk berbanding Genting Highlands.

Suasana malam di resort ini sangat sunyi dan sesuai untuk bercuti dan bersantai menghilang stress.

Kalau tak nak bermalam disini dan cuma nak tengok2, kena bayar RM12.00 dewasa dan RM8.00 kanak-kanak. Makanan sangat mahal, air mineral 500mm harganya RM3.00 sebotol, air minuman bertin  RM6.00 setin, mee tom yam RM19.00 semangkuk termasuk juice buah! Kalau nak berjimat, dinasihat bawa bekal makanan sendiri.

Colmar Tropikal

Pintu masuk ke Colmar

Bangunan ala Peranchis

Tengah2 bangunan tema Peranchis

Restoran ala barat

                               Rumah Teh Jepun
 

Kampung Jepun, boleh tengok rumah Jepun yang comel macam dangau kat kampung

Ikan kap Jepun


Rekabentuk yang unik dan cantik

No comments:

Post a Comment