21 March 2009

Minit Mesyuarat Surau Al Hijrah

السلام عليكم

Adalah dimaklumkan bahawa dalam mesyuarat tersebut (19 Mac 2009) , beberapa perkara telah dibincangkan oleh ajk serta jemaah yang hadir , antaranya ialah seperti berikut:-

1. Kem Motivasi untuk remaja
Pihak ajk bercadang mengadakan kem motivasi untuk remaja PPR Pantai Ria selama 2
hari 1 malam semasa cuti sekolah . Kertas cadangan akan disediakan dan dihantar
kepada pihak yang berkenaan untuk sokongan serta bantuan. Tarikhnya akan ditentukan
kemudian dan penyertaan akan dibuka dan dihebahkan kepada pihak yang berminat.

2. Petugas Untuk Kutipan Sumbangan dari rumah-kerumah
Mesyuarat bersetuju untuk melantik beberapa orang petugas tetap yang akan menjalankan
kutipan dari rumah-kerumah. Jemaah yang berminat untuk bertugas diminta
menghubungi ajk surau dengan segera. Kad khas akan disediakan.

3. Musabaqah Membaca Al Quran Untuk Kanak2
Cadangan untuk majlis tersebut ditangguhkan buat sementara dan akan dibincangkan
semula pada mesyuarat yang akan datang. Mesyuarat pada dasarnya bersetuju untuk
ianya diadakan selepas kem motivasi selesai dahulu.

Sekian, wassalam.

dari: Setiausaha Surau

No comments:

Post a Comment