22 May 2009

ADAB MASUK SURAU / MASJID

1. Melangkah masuk ke dalam masjid/surau dengan kaki kanan sambil membaca doa dan apabila hendak keluar melangkah dengan kaki kiri sambil membaca doa juga.Sebelum duduk tunaikan solat sunat tahiyatul masjid.

2. Jangan sembahyang di tempat yang boleh mengganggu orang ramai daripada memasuki masjid seperti di muka pintu.

3. Jangan bermundar-mandir dalam masjid, ingatlah anda sedang berada di rumah Allah, maka duduklah dengan penuh perasaan tawaduk serta banyakkan berzikir dan bertasbih.

4. Jangan meninggikan suara dalam masjid sama ada berzikir atau membaca al-Quran.

5. Jangan berbual dalam masjid mengenai hal keduniaan.

6. Pakai pakaian yang sopan dan bersesuaian tatkala memasuki masjid.

7. Jangan menggunakan masjid sebagai jalan pintas untuk menuju ke suatu tempat.

8. Jangan menyimpan atau membawa sesuatu yang berbau busuk masuk ke dalam masjid.Jika merokok atau memakan bawang janganlah terus masuk ke masjid, seelok-eloknya cuci dulu mulut kerana ini akan mengganggu keselesaan orang lain disebabkan oleh baunya.

9. Sunat memakai bau-bauan yang diharuskan.

10. Jangan mengambil atau membawa pulang barang kepunyaan masjid untuk kegunaan sendiri kerana segala peralatan masjid diwakaf dan ia untuk kegunaan awam.

1 comment: