29 June 2009
Pengajian Al Quran - Tajwid
Sekian, diharap sambutan lebih baik daripada jemaah semua
27 June 2009
Tempahan Gambar Kem Motivasi
Harga tempahan 1keping (saiz 4R) ialah RM1.00 saja (murah sangat). Harga jualan semua gambar2 ini akan dimasukkan kedalam tabung surau (selepas ditolak kos cetakan).
Tempahlah gambar anda sambil menderma.
26 June 2009
Silat Seni Gayong Malaysia
Hari latihan kemungkinan samada hari Jumaat atau Sabtu, jam 9.00 malam. Bayaran dikenakan hanya RM10.00 sebulan (4 kali latihan) . Tempat latihan ialah di kawasan lapang berhadapan Blok D. Dapatkan borang penyertaan di surau mulai sekarang atau berhubung dengan Bendahari, En Kahar Abdullah untuk maklumat lanjut.
24 June 2009
Buku Lawatan Polis Hilang !
Malangnya ada orang yang telah mengambilnya semalam (23 Jun 2009) dengan memotong tali pada buku tersebut dengan niat yang tidak kita ketahui. Tetapi tindakkan "nakal" ini tidak sekali-kali akan melemahkan semangat kita. Kita akan terus bertindak dengan apa cara sekalipun demi faedah semua masyarakat di PPR Pantai Ria.
Kita berharap penduduk2 yang prihatin dapat membantu kita mengawasi buku tersebut supaya tidak lagi diambil oleh orang yang tidak bertanggungjawab . Buku baru telahpun dipasang semula pada hari ini, 24 Jun 2009.
Wassalam.
KULIAH AKIDAH MUSLIMIN
21 June 2009
Berat Sama Dipikul
Hj Rahman sedang menggali lubang untuk ditanam tiang, diperhati oleh Ustaz Mohamad, Hairi dan Yusni
Juruteknik surau sedang pasang speaker, kena pasang elok2,
kalau tiang tu dah tegak tapi speaker tak bunyi, sapa pula lah nak panjat tiang tu
Upacara menaikkan tiang untuk speaker, boleh tahan juga berat kayu tu!
Tiang dah tegak, speaker pun dah siap pasang
lelaki
Membersih karpet dengan mesin vakum oleh remaja perempuan
Nota: Terimakasih kepada Abd Rahman Nordin yang menyumbang semua gambar2 diatas
20 June 2009
Majlis Penyerahan Sijil Penyertaan Kem Motivasi dan Sesi Motivasi Anak2 Bersama Ibubapa
Hari: Sabtu
Tarikh: 4 Julai 2009
Masa: Mulai 7.00 petang hingga 11.00 malam
Aturcara:
7.00 petang Berkumpul di surau
7.30 malam Sembahyang Maghrib Berjemaah
7.50 malam Jamuan Makan
8.40 malam Sembahyang Isyak Berjemaah
9.00 malam Persembahan Nasyid oleh Kumpulan Nasyid Kanak2 Surau Al Hijrah
Persembahan Lagu2 Nasyid - Jemputan Khas
9.20 malam Bacaan Doa Selamat
Ucapan Tetamu VIP
Ucapan Pengerusi Surau
9.40 malam Sesi Ceramah Motivasi oleh Ustaz Faizal dari Dzal
Consultancy
11.00 malam Penyerahan Sijil Penyertaan Kem Motivasi & Ibadah 2009
oleh VIP
11.15 malam Majlis bersurai
Semua anak-anak yang telah menyertai Kem Motivasi tersebut diwajibkan hadir dalam majlis ini bersama-sama ibubapa masing-masing. Ustaz Faizal akan membuat sesi motivasi susulan, kali ini bersama-sama dengan ibubapa.
Sekian, semua jemaah lain turut dijemput hadir.
Gotong Royong Membersih Surau
19 June 2009
Ruang Solat Sedang Dibesarkan
Binaan batu setinggi 4 kaki tinggi mengelilingi kawasan solat sedang
didirikan. Bumbung juga akan dipasang.
Pandangan dari bahagian lain.
15 June 2009
Kem Motivasi dan Ibadah - selesailah sudah
Ikuti babak-babak menarik sepanjang tempoh 2 hari 1 malam berkampung di Kem Alang Sedayu yang sempat dirakam oleh lensa kamera penulis.
Pukul 7.00 pagi, para peserta sedang menikmati
sarapan sebelum bertolak
Bas khas yang akan membawa peserta ke kem. Akan bertolak
tepat jam 8.00 pagi
Urusetia sedang menyemak nama2 peserta supaya
tiada yang tercicir. Kelihatan Pak Rabu, Pak Jamal,
Zuhari serta Ridwan
Peserta2 dalam bas menunggu untuk bertolak. Masing-masing
tidak sabar untuk menempuh pengalaman baru
Bas membawa peserta perempuan
Simpang masuk ke Kem Sedayu (kiri) , di Batu 12 1/4,
Jalan Bentong Lama
Ketika baru tiba di pintu masuk Kem Alang Sedayu jam
9,00 pagi. Dari kiri, Setiausaha - Jamil, AJK Aliuddin, Bendahari En Kahar
dan Pengerusi, Tn Hj Kairom selepas memasang banner
Aktiviti dalam kumpulan, dihadapan kemah
para peserta
Sedang menyanyi lagu tema kem
Sebahagian aktiviti dalam kumpulan sedang berjalan
Peserta sedang berbaris untuk mengambil makanan
Sedang menunggu bacaan doa selesai sebelum dibenarkan
makan. Melatih diri supaya bersabar walaupun makanan dah didepan
mata
Mengaminkan doa semasa sesi motivasi yang bertajuk
"ayah dan ibu". Ramai peserta yang menitiskan airmata
kerana tersentuh dengan kandungan ceramah yang
berkisar tentang pengorbanan ayah dan ibu dan perasaan
mereka jika ayah dan ibu sudah tiada (menemui Allah S.W.T).
Ekspedisi ke tempat air terjun pada pagi hari ke 2 .
Halangan pertama untuk ke tempat air terjun, meredah sungai
Para peserta sedang melintasi sungai dalam perjalanan ke tempat air terjun. Saling bekerjasama dalam memastikan semua dapat melintasi sungai dengan selamat sambil diawasi oleh jurulatih.
Masa untuk berendam setelah 45 minit berjalan dari
kem. Hilang segala kepenatan setelah sampai
di kawasan air terjun ini. Difahamkan inilah permulaan
sungai Pisang yang mengalir sehingga ke kem Alang Sedayu.
Kegembiraan peserta bermain di air terjun yang tempatnya
sangat cantik dan indah, kebesaran ciptaan Allah S.W.T.
Sempat lagi nak posing
Dalam perjalanan balik dari tempat air terjun, dah penat,
kena berehat dulu
Ustaz Farid Ravi sedang menyampaikan amanat beliau
yang bertajuk "Anakkku Sazali". Penyampaian beliau
yang bersahaja menarik perhatian peserta2.
Bergambar sebelum Ustaz Farid Ravi pulang. Dari kini,
Setiausaha - Jamil, Bendahari - Pak Kahar, AJK - En Aris,
Ustaz Farid, Perkim - Ustaz Hj Amran, AJK - En Khalid
dan AJK / Imam Muda - En Ridwan.
Para fasilitator dari UIA / KUIS, yang berdedikasi
dan banyak memberi dorongan kepada peserta
semasa tempoh program berjalan dengan memberi
bimbingan dan galakkan
Datuk Hasbullah (berbaju kelabu) semasa baru tiba
di Kem Sedayu sedang berbual dengan (dari
kiri) Ustaz Amran, Tn Hj Kairom, dan En Jamaluddin.
Semasa majlis perasmian. Dari kiri, Ketua Jurulatih
Kem Sedayu - En Azizan, Datuk Hasbullah dan
Pengerusi Surau, Tn Hj Kairom.
Persembahan kumpulan Nusantara semasa majlis berhenti rehat
Cenderahati dari Jawatankuasa Surau Al Hijrah
PPR Pantai Ria untuk Datuk Hasbullah disampaikan
oleh Pengerusi Surau, Tn Hj Kairom sebagai tanda
terimakasih dan penghargaan atas sumbangan dan
sokongan dari PERKIM sehingga KEM ini berjaya
diadakan. Terimakasih banyak2
Datuk Hasbullah semasa menyampaikan ucapan
dalam Majlis Perasmian Penutupan Kem. Antara intipati
ucapan beliau ialah :-
1. menyeru semua peserta untuk mengamalkan apa yang
dipelajari di kem semasa pulang ke rumah.
2. sentiasa mendekatkan diri dengan surau
3. sentiasa terlibat dalam aktiviti2 agama
4. menanam azam untuk menjadi manusia yang berguna
kepada keluarga, masyarakat dan negara
Saudara Hanif Muqtie Abdullah menerima hadiah hamper
sebagai salah seorang peserta terbaik dari segi sahsiah, disiplin,
komitmen terhadap kumpulan dan tugasan serta menunjukkan
contoh terbaik kepada peserta lain. Saudara Hanif adalah
seorang saudara baru. Kita patut mencontohi kesungguhan beliau
untuk mempelajari dan mendalami agama Islam.
Sebagai galakkan, 6 orang peserta contoh dipilih iaitu
3 orang peserta perempuan dan 3 peserta lelaki. Salah
seorang peserta perempuan yang terpilih adalah
Nurul Nadiah. Beliau sedang menerima hamper
dari Datuk Hasbullah.
Petugas2 / Urusetia dari Surau Al Hijrah sedang
bergambar untuk kenangan. Terimakasih kepada
semua petugas yang banyak membantu dalam
kelancaran program.
Para petugas / urusetia , dari kiri Puan Norsedah,
Puan Norbayah, Ustazah Hamnah dan Puan Zaiton
Para peserta, urusetia, fasilitator bergambar bersama-sama
Datuk Hasbullah (ditengah2 berbaju kelabu) diakhir program
sebelum berlepas pulang. Perasaan sayu memang terasa
mengenangkan baru semalam berkumpul , kemesraan
baru berputik, tapi hari ini akan berpisah. Diharapkan jambatan
silaturrahim akan terus berkekalan sampai bila-bila.
PANTUN PERPISAHAN
ALANG SEDAYU NAMAMU TERUKIR
TEMPAT BERKAMPUNG PARA PESERTA
PERTEMUAN INI BUKANLAH TERAKHIR
MENJADI KENANGAN SAMPAI BILA-BILA
10 June 2009
09 June 2009
JADUAL PROGRAM KEM MOTIVASI
KEM MOTIVASI DAN IBADAH 2009
KEM SEDAYU, GOMBAK (2 HARI 1 MALAM)
TENTATIF PROGRAM / AKTIVITI:
SABTU - 13 JUN 2009 (Hari Pertama)
7.00 pagi Berkumpul di surau
7.30 pagi Bertolak menaiki bas (2 buah)
9.00-10.00am Pendaftaran, Taklimat Program & Pengurusan penginapan
10.00-12.00pm LDK 1
Taaruf & Ice Breaking
12.00-1.00pm Makan tengahari & Khidmat diri
1.00-1.30pm Solat Zohor Berjemaah & Khidmat diri
1.30-3.00pm BERSAMAMU 1
TAJUK:
3.00-4.30pm LDK 2
Mind Setting
4.30-5.00pm Solat Asar Berjemaah
5.00-6.30pm Treasure Hunt - Smart Solat
6.30-7.30pm Khidmat diri/makan malam
7.30-8.00pm Solat Maghrib Berjemaah
8.00-8.30pm Tazkirah - Tajuk: Tanggungjawab manusia di muka bumi
8.30-9.00pm Solat Isyak Berjemaah
9.00-10.30pm BERSAMAMU 2
Tajuk: Ayah & Ibu
10.30-11.00pm Minum malam
11.00 - 12.00pm Kembara Malam (Night Walking)
12.00pm Selamat malam (tidur time)
AHAD - 14 JUN 2009 (Hari ke 2)
4.00-5.30am Qiammullail – Dibimbing oleh Ustaz Mohammad dari Surau Al
Hijrah
5.30-6.00am Solat Subuh
6.00-6.30am Tazkirah - Tajuk: Asas ibadah dalam kehidupan seharian
6.30-7.00am Malaysia cergas
7.00-7.30am Khidmat diri / sarapan pagi
7.30-11.00am Ekspidisi hutan (ke tempat air terjun)
11.00-11.30am Khidmat Diri
11.30 –12.00pm Plan of Action
12.00-12.30pm Makan tengahari
12.30-1.30pm BERSAMA USTAZ FARID RAVI ABDULLAH
Pengarah, Jabatan Al Quran dan Sunnah
Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor
Tajuk: Anakku Sazali
1.30-2.00PM Solat zohor berjemaah & salam Jam’ei
2.00-2.30pm Majlis Perasmian dan Penutup oleh
PENOLONG SETIAUSAHA AGUNG KEHORMAT PERKIM
KEBANGSAAN - Dato' Hj. Hasbullah L. Isa
2.30pm Bersurai ( bas bertolak pulang)
Sila patuhi jadual diatas dan sentiasa bersedia untuk mengikuti semua program.
SENARAI PESERTA KEM MOTIVASI DAN IBADAH
1 Nursuraya Binti Mohamad Aris 950522 14 6330
2 Muhammad Nurafiq Syazwan Bin Dzulkarnain AF 95024
3 Muhammad Nazri Bin Ismail 960709 14 6057
4 Siti Norehan Binti Ismail. 930709 14 6404
5 Muhammad Nazrin Bin Mazlan 950821 02 5053
6 Faizah Hazwani Binti Roslan 940218 14 6716
7 Faizah Asyiqin Binti Roslan AF 57339
8 Nurul Nadia Binti Shafii AF 49373
9 Muhamad Zeyriel Eiman Bin Kamaruzaman L 143955
10 Nor Amirah Binti Adnan 950205 14 5246
11 Muhammad Zulfaqar Bin Mohd Yusni 970106 04 5213
12 Meor Muhammad Aznil Bin Chek Hani 960207 14 5353
13 Muhammad Iqbal Bin Hassan 950920 10 6107
14 Muhamad Amerul Fitree Bin Mohammad 950218 05 5231
15 Muhammad Hafiz Aiman Bin Mohd Salihin AF 92915
16 Faridatul Attras Bin Khalid 940303 14 5873
17 Norhidayu Binti Romizi 941002 14 6092
18 Norlela Binti Mohd Yusof 920914 03 5392
19 Muhammad Muizzey Aufa Bin Mohd Aliuddin 970105 01 6023
20 Hanis Binti Rabu 960302 14 5810
21 Siti Nur Dianah Binti Ahmad Jani AF 48190
22 Muhammad Ridwan Bin Ahmad Jani 951130 14 5835
23 Nassarudin Bin Ahmad Akmar 940619 14 6223
24 Nur Muhammad Syazwan Bin Ibrahim AE 48773
25 Umi Masniza Binti Abd. Latif 971116 14 5722
26 Nurul Nabilah Binti Jamil 960608-02-5360
27 Nurul Nadiah Binti Jamil 941003 02 6148
28 Hanif Bin Adam Malik 950105 14 6567
29 Anisah Binti Adam Malik 931125 14 5912
30 Ain Nurfitrah Binti Asror AF 97317
31 Amirul Ezha Bin Mohamad Sufian 930313 08 5967
32 Muhamad Zarul Zaid Bin Mohamad Sufian 960717 08 6031
33 Muhammad Zulhilmi Bin Hariyanto L 127147
34 Norsuhada Binti Zakaria 970325 03 5074
35 Norhafizah Binti Zakaria 951028 03 5306
36 Latif Bin Abdullah 950706 14 7303
37 Mohammad Amirul Izat Bin Mohd Zamri 950129 03 6215
38 Mohammad Shahril Airie Bin Mohd Zamri 960822 03 5973
39 Nor Mohd Zainuddin Bin Nor Azam 920413 14 7177
40 Muhammad Fikri Ikhwan Bin Saifuddin 940313 02 6173
41 Nurul Syazwani Binti Saifuddin 960409 02 5982
42 Azizat Farkhan Bin Kamarudin 961229 14 5471
43 Muhammad Iskandar Bin Kadir 940804 14 5951
44 Nehraj Binti Mohammed Nejaam 950216 14 5348
45 Zarina Binti Mohammed Nejaam 920912 14 5686
46 Muhammad Jazli Bin Jaffree 960119 08 5477
47 Nur Syafiqah Binti Jaffree 930911 08 5422
48 Nor Shahira Binti Jalani 950331 03 6374
49 Wan Muammar Qaddafi Bin Hasanudin 951224 10 5279
50 Muhammad Irwan Bin Ahmad Nazree 970830 14 6189
51 Muhammad Ridzuan Bin Yusof AE 49563
52 Nurul Zaima Binti Zamanhuri 950626 14 5332
53 Nur Nazihah Binti Senen 951126 14 5322
54 Amalina Binti Ahmad Nizam 950107 14 5760
55 Muhammad Iqwan Bin Aini K 991834
56 Muhamad J.Haireil Bin Johari 950918 14 6679
57 Muhamad Ariffirdaus Bin Kahar 930330 10 5957
58 Mohamad Hanif Bin Hedzir 930906 03 5455
59 Nuraizatul Natasha Binti Jamal 960730 04 5146
60 Nik Muhammad Fakhruddin Bin Nik Mustafa K779676
61 Mohammad Safwan Bin Hj.Hassan 920412 14 5911
62 Muhd Firdaus Bin Md Isa 951116 14 6487
63 Siti Nur Amira Binti Abd Rahman 940215 10 5644
64 Farah Syifaa Binti Anuar 950914 14 6372
65 Zakiah Binti Zainon 950214 14 6486
66 Mohamad Syahmi Bin Ahmad 951213 03 5367
67 Shahrul Firdaus Bin Ridhuwan 950301 14 6185
68 Puteri Naqibah Binti Meor Zulkernain 941009 14 6546
69 Siti Nurhayani Binti Hedzir 950520-03-6074
70 Nurizayani Binti Azli 950927-03 5874
71 Muhammad Hanif Muqtie Bin Abdullah 860906 13 5113
72 Muhammad Asraf Bin Abd Rani 960616 06 5063
73 Muhammad Fakhri Shah Bin Azman 960711 56 5349
74 Muhammad Aiman Akif Bin Mohd 940902 14 6755
75 Muhammad Alif Ikmal Bin Mohd Salihin 941009 14 5869
76 Nik Nurul Fakhira Binti Nik Mustafa 941206 14 5462
77 Aydiel Erreeza Bin Kamaruzaman 930930 14 6665
78 Mohamad Amin Bin Harun 940914 14 5135
79 Shahrul Amry Bin Azizan 940905 14 5651
80 Nurul Nabilah Binti Zainudin L 131599
81 Farah Najihah Binti Abu HasanAF 50997
NOTA: Semua peserta yang tersenarai diatas, sila semak nama dan no k/pengenalan / sijil lahir anda. Jika tidak tepat, sila hubungi AJK surau dengan segera . Jika anda ingin menarik diri kerana sebab2 tertentu, sila maklumkan dengan segera supaya tempat anda boleh diberi kepada rakan anda yang lain.
BARANG2 YANG PERLU DIBAWA:-
1. Baju Melayu dan songkok (lelaki) dan baju kurung (bertudung) untuk perempuan
2. Seluar trek, seluar biasa dan baju T Shirt (perempuan berlengan panjang) secukupnya
3. Kasut sukan dan selipar
4. Baju sejuk
7. Berus gigi/ubat gigi/sabun mandi/keperluan peribadi
8. Telekung (perempuan)
9. Peserta yang mempunyai penyakit, sila bawa ubat bersama
10. T Shirt rasmi kem akan diberikan kepada semua peserta. Mesti dipakai sebelum bertolak.
BARANG2 YANG DILARANG DIBAWA / DIPAKAI:-
1. Telefon bimbit (akan disimpan/didenda oleh urusetia jika dijumpai)
2. Alat permainan video (apa2 jenis)
3. Wang yang banyak/barang2 berharga
4. Pisau / gunting / lain2 alat yang tajam
5. Seluar jeans
Pihak urusetia memandang berat disiplin peserta2. Tindakkan tegas akan diambil jika ada peserta yang melanggar arahan dari petugas2. Semua peserta perempuan mesti berpakaian menutup aurat sepanjang tempoh program. Semua peserta akan tidur didalam khemah yang disediakan pihak Kem Sedayu.
Mat Rempit = Samseng Jalanan
Kita melihat isu mat rempit sudah menjadi satu isu nasional sehinggakan polis sendiri telah menubuhkan satu pasukan khas untuk menangani masalah ini. Mat rempit ini biasanya terdiri dari anak-anak Melayu yang pastinyalah Islam. Secara tak langsung, kelakuan merempit ini membawa satu imej yang amat negatif terhadap Islam itu sendiri. Kita malu kerana anak-anak melayu ini tidak lagi mempunyai perasaan segan terhadap nilai bangsanya sendiri yang terkenal dengan sopan santunnya. Tiada pula kita tengok anak2 bangsa lain yang dok merempit. Bila merempit ini dah jadi ketagih, bahaya kepada diri sendiri dan pengguna jalan yang lain dah tolak ke tepi.
Dalam kita menyalahkan anak-anak ini 100% kerana merempit, kita tengok pula samada ibubapa mereka tahu yang anak mereka merempit. Sejauh mana ibubapa mereka ambil tahu tentang pergerakkan anak mereka terutama bila hari larut malam. Kita berharap ibubapa tidak mengambil mudah tentang hal ini. Kita mesti memantau kemana anak kita pergi, dengan siapa mereka berkawan dan sebagainya. Elok juga jika kita sibukkan anak-anak dengan aktiviti2 yang berfaedah.
05 June 2009
Kelas Al Quran
Tempat: Bilik Tadika 2, Blok C, PPR Pantai Ria
Waktu: Antara waktu Maghrib hingga Isyak
Hari: Setiap hari - Isnin hingga Jumaat
Bayaran: Tiada bayaran ditetapkan, terpulang kepada anda untuk membayar kepada tenaga pengajar dengan ikhlas.
Sesiapa pun boleh menyertai kelas Al Quran ini tanpa mengira umur. Galakkan anak-anak anda untuk menyertai kelas ini.
Sekian
02 June 2009
Kuliah Subuh
Wassalam
01 June 2009
Rondaan oleh Polis ke PPR Pantai Ria
Wassalam.