15 June 2009

Kem Motivasi dan Ibadah - selesailah sudah

Program yang telah dirancangkan sejak 3 bulan yang lepas akhirnya selamat dilangsungkan di Kem Alang Sedayu, Gombak. Terimakasih kepada semua yang terlibat samada secara langsung atau tidak langsung terutama kepada PERKIM Kebangsaan, Kem Sedayu, para fasilitator, para sukarelawan, ajk surau dan lain2nya. Tanpa anda semua, tak mungkin program ini akan berjalan lancar.

Ikuti babak-babak menarik sepanjang tempoh 2 hari 1 malam berkampung di Kem Alang Sedayu yang sempat dirakam oleh lensa kamera penulis.


Pukul 7.00 pagi, para peserta sedang menikmati
sarapan sebelum bertolak


Bas khas yang akan membawa peserta ke kem. Akan bertolak
tepat jam 8.00 pagi


Urusetia sedang menyemak nama2 peserta supaya
tiada yang tercicir. Kelihatan Pak Rabu, Pak Jamal,
Zuhari serta Ridwan


Peserta2 dalam bas menunggu untuk bertolak. Masing-masing
tidak sabar untuk menempuh pengalaman baru


Bas membawa peserta perempuan


Simpang masuk ke Kem Sedayu (kiri) , di Batu 12 1/4,
Jalan Bentong Lama


Ketika baru tiba di pintu masuk Kem Alang Sedayu jam
9,00 pagi. Dari kiri, Setiausaha - Jamil, AJK Aliuddin, Bendahari En Kahar
dan Pengerusi, Tn Hj Kairom selepas memasang banner


Aktiviti dalam kumpulan, dihadapan kemah
para peserta


Sedang menyanyi lagu tema kem


Sebahagian aktiviti dalam kumpulan sedang berjalan


Peserta sedang berbaris untuk mengambil makanan


Sedang menunggu bacaan doa selesai sebelum dibenarkan
makan. Melatih diri supaya bersabar walaupun makanan dah didepan
mata


Mengaminkan doa semasa sesi motivasi yang bertajuk
"ayah dan ibu". Ramai peserta yang menitiskan airmata
kerana tersentuh dengan kandungan ceramah yang
berkisar tentang pengorbanan ayah dan ibu dan perasaan
mereka jika ayah dan ibu sudah tiada (menemui Allah S.W.T).



Ekspedisi ke tempat air terjun pada pagi hari ke 2 .
Halangan pertama untuk ke tempat air terjun, meredah sungai


Para peserta sedang melintasi sungai dalam perjalanan ke tempat air terjun. Saling bekerjasama dalam memastikan semua dapat melintasi sungai dengan selamat sambil diawasi oleh jurulatih.


Masa untuk berendam setelah 45 minit berjalan dari
kem. Hilang segala kepenatan setelah sampai
di kawasan air terjun ini. Difahamkan inilah permulaan
sungai Pisang yang mengalir sehingga ke kem Alang Sedayu.


Kegembiraan peserta bermain di air terjun yang tempatnya
sangat cantik dan indah, kebesaran ciptaan Allah S.W.T.


Sempat lagi nak posing


Dalam perjalanan balik dari tempat air terjun, dah penat,
kena berehat dulu


Ustaz Farid Ravi sedang menyampaikan amanat beliau
yang bertajuk "Anakkku Sazali". Penyampaian beliau
yang bersahaja menarik perhatian peserta2.


Bergambar sebelum Ustaz Farid Ravi pulang. Dari kini,
Setiausaha - Jamil, Bendahari - Pak Kahar, AJK - En Aris,
Ustaz Farid, Perkim - Ustaz Hj Amran, AJK - En Khalid
dan AJK / Imam Muda - En Ridwan.


Para fasilitator dari UIA / KUIS, yang berdedikasi
dan banyak memberi dorongan kepada peserta
semasa tempoh program berjalan dengan memberi
bimbingan dan galakkan


Datuk Hasbullah (berbaju kelabu) semasa baru tiba
di Kem Sedayu sedang berbual dengan (dari
kiri) Ustaz Amran, Tn Hj Kairom, dan En Jamaluddin.


Semasa majlis perasmian. Dari kiri, Ketua Jurulatih
Kem Sedayu - En Azizan, Datuk Hasbullah dan
Pengerusi Surau, Tn Hj Kairom.


Persembahan kumpulan Nusantara semasa majlis berhenti rehat


Cenderahati dari Jawatankuasa Surau Al Hijrah
PPR Pantai Ria untuk Datuk Hasbullah disampaikan
oleh Pengerusi Surau, Tn Hj Kairom sebagai tanda
terimakasih dan penghargaan atas sumbangan dan
sokongan dari PERKIM sehingga KEM ini berjaya
diadakan. Terimakasih banyak2


Datuk Hasbullah semasa menyampaikan ucapan
dalam Majlis Perasmian Penutupan Kem. Antara intipati
ucapan beliau ialah :-
1. menyeru semua peserta untuk mengamalkan apa yang
dipelajari di kem semasa pulang ke rumah.
2. sentiasa mendekatkan diri dengan surau
3. sentiasa terlibat dalam aktiviti2 agama
4. menanam azam untuk menjadi manusia yang berguna
kepada keluarga, masyarakat dan negara


Saudara Hanif Muqtie Abdullah menerima hadiah hamper
sebagai salah seorang peserta terbaik dari segi sahsiah, disiplin,
komitmen terhadap kumpulan dan tugasan serta menunjukkan
contoh terbaik kepada peserta lain. Saudara Hanif adalah
seorang saudara baru. Kita patut mencontohi kesungguhan beliau
untuk mempelajari dan mendalami agama Islam.


Sebagai galakkan, 6 orang peserta contoh dipilih iaitu
3 orang peserta perempuan dan 3 peserta lelaki. Salah
seorang peserta perempuan yang terpilih adalah
Nurul Nadiah. Beliau sedang menerima hamper
dari Datuk Hasbullah.



Petugas2 / Urusetia dari Surau Al Hijrah sedang
bergambar untuk kenangan. Terimakasih kepada
semua petugas yang banyak membantu dalam
kelancaran program.





Para petugas / urusetia , dari kiri Puan Norsedah,
Puan Norbayah, Ustazah Hamnah dan Puan Zaiton


Para peserta, urusetia, fasilitator bergambar bersama-sama
Datuk Hasbullah (ditengah2 berbaju kelabu) diakhir program
sebelum berlepas pulang. Perasaan sayu memang terasa
mengenangkan baru semalam berkumpul , kemesraan
baru berputik, tapi hari ini akan berpisah. Diharapkan jambatan
silaturrahim akan terus berkekalan sampai bila-bila.

PANTUN PERPISAHAN

ALANG SEDAYU NAMAMU TERUKIR
TEMPAT BERKAMPUNG PARA PESERTA
PERTEMUAN INI BUKANLAH TERAKHIR
MENJADI KENANGAN SAMPAI BILA-BILA

1 comment:

  1. Assalamualaikum.
    Alhamdullilah, program sudah selesai, semoga hasil program ini mendapat petunjuk dan hidayah yang berpanjangan dari ALlah SWT.
    Terima kasih kepada semua jawatankuasa surau kerana memberikan kepercayaan sepenuhnya kepada kami untuk melaksanakan misi dakwah kepada adik2 di PPR pantai ria. Semoga ukhwah yang terikat sepanjang 2 hari ini berterusan. Semoga Allah melapangkan waktu kita untuk berjumpa lagi. Saya selaku wakil fasilitator dan urusetia kem mengucapkan selamat meneruskan perjuangan di dalam membina sahsiah dan jati diri belia yang mana kami anggap mereka ini seperti adik-adik kami. Maklumlah dapat bersama-sama dengan peserta menjadi satu pengalaman yang tidak dapat dilupakan.Kami juga memohon ribuan kemaafan kepada AJK, ibu bapa dan adik2 kerana terdapat kelemahan pengurusan di pihak kami. Saya selaku ketua jurulatih kem akan sentiasa meningkatkan mutu pengurusan kami. Terima kasih atas teguran2 positif yang diberikan. Kami ambil sebagai pesanan guru,pesanan orang lama yang insyaallah akan memurnikan usaha dakwah kita bersama-sama. Terima kasih juga kepada EN. Jamil,setiausaha surau kerana selalu berhubung dengan kami untuk memastikan program kita berjalan dengan lancar. Khas ditujukan kepada semua,lagu tema program:

    Semalam yang telah pergi
    Menghilang tanpa jejak
    Membawa bersama cereka
    Duka dan ketawa

    Dan kini ku mencari
    Kalau masih ada kesan
    Yang terus tersisa di dada
    Pantai permainan

    Jalanan yang panjang
    Bersimpang haluan
    Bagai pentas luahan rasa
    Tiada sempadan

    Pada awan biru ku melakar kata-kata
    Pada langit cerah ku panah semua cerita
    Dengarlah mentari suara hatiku menyanyi
    Bertebangan jiwa merentasi pelangi

    Gerimis menitis gugur membasahi bumi
    Bagai menangisi sebuah cerita hati
    Andai kau fahami semua hikayat pendeta
    Seribu tahun kau pasti bisa setia ke alam syurga

    Mungkin ada esok
    tuk ku ukirkan kalimah
    Menjadi arca pembuktian
    Pengabdian cinta

    Keep in touch,assalamualaikum

    ReplyDelete