26 October 2009

Penjualan Rumah PPR Pantai Ria


Dato' Raja Nong Chik turut hadir dalam majlis taklimat penjualan rumah PPR Pantai Ria


Penduduk yang turut sama







Majlis taklimat tentang penjualan rumah PPR telah berlangsung malam tadi, ramai penduduk yang turun memenuhkan semua ruang dalam khemah walaupun dalam hujan gerimis.

Sesi soal jawab menjadi agak panas bila penduduk meluahkan perasaan mereka tentang rumah mereka yang bocor dan tidak dibaiki walaupun berkali-kali mengadu kepada DBKL. Walaupun begitu, syabas kepada wakil dari Kementerian Wilayah Persekutuan yang dapat mengawal suasana sesi taklimat walaupun ada soalan yang sensitif.

Antara intipati majlis taklimat tadi yang sempat saya ingat adalah seperti berikut untuk pengetahuan anda:-

1. Syarat Layak Membeli Rumah
- sedang menyewa rumah PPR
- gaji kurang RM2,500 sebulan (suami isteri)
- umur lebih 18 tahun
- telah kahwin
- tiada hutang sewa / bil air dengan DBKL
- mampu beli rumah
- mampu buat pinjaman bank
- 1 penyewa layak beli 1 rumah sahaja

2. Panel Bank terlibat
- Bank Islam, Bank Allianz, Bank Rakyat dan BSN
- interest 6%

3. Bagi penduduk yang tak layak dapat pinjaman bank, boleh dapatkan surat jaminan dari Skim Kredit Perumahan sebelum pergi ke bank.

4. Borang akan diedarkan mulai 27 / 10/09 dan pejabat kecil akan dibuka jam 8.00 pagi hingga 8.00 malam.

5. Borang yang telah diisi mesti dikembalikan sebelum 4/11/09. Tempoh hanya 1 minggu untuk serahkan balik borang.

6. Semua borang akan dihantar ke Jawatankuasa Pemilihan yang akan membuat tapisan pada bulan November ini. Selepas itu akan dihantar ke pejabat Menteri Wilayah untuk memberi kelulusan. Borang yang lulus akan dikeluarkan surat tawaran untuk membeli rumah.

7. Mereka yang mendapat surat tawaran pembelian kemudiannya akan menguruskan pinjaman dengan bank serta panel peguam.

8. Bagi mereka yang mampu membeli rumah dengan cash, mereka akan dikecualikan dari membayar kos pinjaman sebanyak RM3,162.00

9. Bayaran yang perlu dijelaskan selain dari harga rumah RM35,000.00 ialah RM5,992.00 termasuk duit peguam, maintenance (RM60 X 6 bulan), tukar hak milik, pindah milik serta bayaran utiliti.

10. Bayaran rebat RM2,500.00 setiap rumah akan dibayar oleh DBKL selepas perjanjian pembelian rumah ditandatangani.

11. Kementerian tidak dapat memberi jaminan samada bila tempoh operasi penjualan selama 1 minggu ini tamat, adakah ia akan dibuka semula untuk penjualan pada masa akan datang. Ini adalah peringkat pertama penjualan rumah PPR dibuat.
12. PPR Pantai Ria akan dikeluarkan CF oleh DBKL untuk tujuan pinjaman bank.

13. Pemilikan adalah berstatus pajakan 99 tahun.

14. Jika ibubapa tak layak / tak mampu untuk membeli, boleh memasukkan nama anak untuk membuat pinjaman (pinjaman 2 generasi)

15. Proses penjualan dijangka selesai dalam masa 4 bulan.

16. Sekatan kepentingan:-
a) Kurang 3 tahun membeli - hanya boleh menjual balik kepada DBKL pada harga pembelian.
b) 3 - 10 tahun membeli - hanya boleh menjual kepada isteri/anak/keluarga dengan kelulusan J/kuasa Kerja Tanah.
c) Lebih 10 tahun - perlukan kelulusan J/kuasa kerja tanah untuk menjual

17. Bagi orang yang tak mahu membeli, mereka boleh terus menyewa rumah PPR tetapi perlu membayar tambahan duit maintenance RM60.00 sebulan selain sewa RM124.00 sebulan.

Apa yang diharapkan ialah pihak Kementerian dapat menaiktaraf kemudahan awam yang terdapat di PPR Pantai Ria seperti dewan, surau yang lebih selesa, kemudahan kawasan permainan untuk remaja, kawasan beriadah dan sebagainya sebelum menjual rumah kepada kami.




23 October 2009

KERJA2 MEMASANG MESIN PADA RUMAH SAMPAH

Pejabat Kecil DBKL memaklumkan bahawa kerja-kerja akan dibuat oleh kontraktor DBKL untuk memasang mesin pada 3 buah rumah sampah yang ada di blok D, C dan A. Untuk memudahkan kerja, mereka mengharapkan kita tidak meletakkan kenderaan berdekatan dengan kawasan kerja kerana kren akan digunakan. Kawasan berkenaan perlu dikosongkan pada hari Sabtu dan Ahad ini.

GOTONG ROYONG UNTUK JAMUAN RAYA

Jawatankuasa surau al hijrah memerlukan tenaga sukarela / petugas2 termasuk lelaki / wanita untuk membantu memasak dan sebagainya untuk persiapan mengadakan jamuan tersebut. Daging lembu akan tiba di PPR Pantai Ria selepas asar, sabtu, 24 Oktober 2009. Anda semua dipersilakan membawa pisau / kapak dan sebagainya untuk melapah dan memotong daging / tulang serta kerja-kerja lain yang berkaitan. Sebahagian menu akan dimasak pada malam itu juga.
Semoga Allah memberkati bantuan dan sokongan anda semua dan ribuan terima kasih.

MAJLIS JAMUAN HARI RAYA SURAU AL HIJRAH

MAJLIS JAMUAN HARIRAYA SERTA PENYERAHAN SIJIL KEM IHYA' RAMADHAN ANJURAN SURAU AL HIJRAH PPR PANTAI RIA AKAN DIADAKAN PADA HARI BERIKUT:-

AHAD, 25 OKTOBER 2009
JAM 10.00 PAGI HINGGA 1.00 TENGAHARI

ATURCARA (TENTATIF)

10.00 PAGI BERKUMPUL DI KHEMAH
11.00 PAGI BACAAN DOA SELAMAT
11.05 PAGI UCAPAN PENGERUSI SURAU - HJ KAIROM
11.15 PAGI UCAPAN DAN PERASMIAN OLEH DATO' HASBULLAH
11.30 PAGI PERSEMBAHAN NASYID
11.45 PAGI PENYERAHAN SIJIL IHYA' RAMADHAN
12.00 TENGAHARI JAMUAN MAKAN
1.00 TENGAHARI SOLAT ZOHOR DAN BERSURAI

SEMUA MUSLIMIN DAN MUSLIMAT DIJEMPUT HADIR
(TERIMAKASIH KEPADA DBKL YANG MENYUMBANGKAN PERALATAN SEPERTI KHEMAH / PA SISTEM DLL SERTA SEEKOR LEMBU UNTUK JAMUAN INI) - TERIMAKASIH DAUN KELADI

P/S JAMUAN TERPAKSA DIBUAT SELEPAS SYAWAL KERANA TIADA TARIKH YANG SESUAI - SETIAP MINGGU PENUH DENGAN OPEN HOUSE / KENDURI KAHWIN

BORANG PENJUALAN RUMAH PPR PANTAI RIA

Borang penjualan rumah PPR Pantai Ria akan mula diedarkan mulai 27 Oktober 2009, Selasa, mulai jam 8.00 pagi (seperti notis yang diletak dipejabat kecil DBKL Blok B).

Harap maklum

21 October 2009

Mesyuarat Surau Al Hijrah

Semua AJK Surau Al Hijrah dimestikan hadir pada malam ini kerana kita akan adakan perbincangan khusus tentang persiapan mengadakan majlis jamuan pada hari ahad ini, 25 Oktober 2009.

Agenda mesyuarat:-

1. Kemudahan logistik
2. Peralatan
3. Menu jamuan
4. Jemputan VIP
5. Aturcara
6. Pengagihan tugas ajk
7. Lain-lain hal


Mesyuarat akan dibuat pada malam ini, Rabu, 21 Oktober 2009 selepas solat Isyak. Jemaah lain turut dijemput hadir untuk memberi pandangan dan khidmat tenaga sukarela pada hari ahad nanti.

Harap semua dapat hadir. InsyaAllah.

19 October 2009

Majlis Taklimat Penjualan Rumah PPR Pantai Ria

Pejabat Kecil DBKL kat Blok B memaklumkan bahawa sesi taklimat dari pegawai DBKL akan berlangsung pada tarikh berikut:-

Tarikh: 26 Oktober 2009
Hari: Isnin
Masa: 8.30 malam

Difahamkan, selain sesi taklimat, mereka juga akan mengedarkan borang serta syarat-syarat kelayakan.

18 October 2009

Surau Al Hijrah Sudah Ada Air-Cond

Berita baik untuk para jemaah di Surau Al Hijrah PPR Pantai Ria, kini surau kita sudahpun dipasangkan dengan 5 buah air-cond sumbangan dari pihak JAWI. Untuk itu, kami AJK Surau mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak-pihak yang berkenaan yang bermurah hati.

Semoga dengan adanya air-cond ni dapatlah kita semua beribadah dengan lebih selesa. Cuma kita memohon kepada semua untuk sama-sama menjaga air-cond tersebut supaya sentiasa dalam keadaan yang baik.





Sebahagian dari air-cond yang dipasang
dan sudah pun digunakan sejak 3 hari
lepas.

14 October 2009

Majlis Ramah Mesra Aidil Fitri

Masjid Umar Al Kattab, Jalan Setiabudi, Bukit Damansara, akan mengadakan majlis ramah mesra aidil fitri serta majlis permuafakatan masjid pada tarikh berikut:-
Hari: Sabtu
Tarikh: 17 Oktober 2009
Jam: 9.00 pagi hingga 12 tengahari
Semua jemaah dan ahli kariah masjid ini adalah dialu-alukan untuk hadir beramai-ramai.


12 October 2009

Jamuan Hari Raya Dato' Raja Nong Chik

Menteri Wilayah kita akan mengadakan jamuan hari raya pada hari Ahad ini, 18 Oktober 2009 di Taman Tasik Titiwangsa. Pada yang tak pi mana-mana tu, bolehlah kita ke sana.

Kelas Tajwid

Kelas Tajwid Ustaz Khoirudin Lubis akan bersambung semula pada hari Selasa, 13 Oktober 2009 selepas solat maghrib setelah terhenti beberapa minggu kerana cuti hari raya aidil fitri.

Marilah kita meramaikan surau untuk mengikuti pengajian ini. Semoga pengajian ini mendapat berkat dari Allah SWT.

08 October 2009

Pelancaran Penjualan Rumah PPR MTEN


Perdana Menteri akan melancarkan penjualan rumah PPR pada satu majlis di PPR Kerinchi pada hari Sabtu, 10 Oktober 2009 mulai jam 2.00 petang. Juga akan diadakan ialah Jamuan Hari Raya pada hari yang sama. Semua penduduk adalah dijemput hadir. Turut hadir ialah Menteri Wilayah Persekutuan, Dato' Raja Nong Chik.

Difahamkan bahawa harga rumah ialah RM35,000 seunit selepas subsidi(harga asal RM42,000). Syarat2 lain untuk layak membeli rumah PPR ialah pendapatan tidak lebih RM2,500.00 sebulan serta tidak ada hutang dengan DBKL.

07 October 2009

Gempabumi di Padang - Amaran dari Allah?

Kejadian gempabumi di Padang, Indonesia mengejutkan kita semua. Walaupun ia dianggap fenomena alam yang tak dapat dielakkan, beberapa persoalan timbul. Antaranya ialah samada kualiti pembinaan bangunan2 disana menepati piawaian yang sepatutnya. Kalau di Jepun, telah ditetapkan dalam standard pembinaan mereka bahawa setiap bangunan mestilah dapat menahan gegaran gempa sehingga skel 9 pada skla Ritcher. Manakala gempa di Padang adalah 7.9.





daripada gambar2 diatas, ternyata kesan gempabumi ini sangatlah teruk. Kita hanya dapat meluahkan rasa simpati terhadap mangsa2 tersebut dan semoga mereka dapat tabah menghadapi ujian ini.

05 October 2009

Solat Hajat dan Bacaan Yassin




Sempena dengan peperiksaan PMR yang akan bermula pada hari Rabu ini. 7 Oktober 2009, pihak surau akan mengadakan majlis solat hajat serta bacaan Yassin di surau al hijrah pada hari Selasa, 6 Oktober 2009 selepas solat maghrib. Semua jemaah terutama pada anak2 yang akan mengambil peperiksaan tersebut diharap dapat hadir bersama-sama ibubapa masing2.
Setelah anak2 semua belajar dengan bersungguh-sungguh, maka usaha terakhir kita adalah untuk berdoa dan memohon kepada Allah supaya dimudahkan untuk menjawab soalan2 dalam peperiksaan nanti. Semoga semua pelajar2 PPR Pantai Ria akan beroleh kejayaan cemerlang.
Amin.
Berikut Adalah Analisa Keputusan PMR 2008

Keputusan Penilaian Menengah Rendah (PMR) tahun 2008 yang diumumkan pada 30 Disember 2008, menyaksikan prestasi cemerlang gred A dalam mata pelajaran Matematik menunjukkan peningkatan ketara kepada 25.6 peratus berbanding purata 22.1 peratus dalam tempoh lima tahun sebelumnya, manakala 87.3 peratus melepasi tahap penguasaan minimum (gred ABCD).

Prestasi gred A bagi mata pelajaran Sains turut meningkat kepada 17.2 peratus daripada purata 16.4 peratus purata dari 2003 hingga 2007.

Seramai 472,060 calon menduduki peperiksaan itu tahun ini dengan 26,378 pelajar atau 5.96 peratus mendapat gred A dalam semua mata pelajaran yang diambil, meningkat 0.83 peratus berbanding purata keputusan PMR dari 2005 hingga 2007.

Daripada jumlah itu, 3,396 pelajar mendapat 9A dalam semua mata pelajaran, 17,969 (8A) dan 5,013 (7A).

Ketika mengumumkan keputusan PMR pada sidang media di Putrajaya, Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Alimuddin Mohd Dom, berkata pelajar yang menjawab soalan Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris turut meningkat.

Seramai 235,510 pelajar atau 51.2 peratus menjawab soalan Sains dalam bahasa Inggeris, 82,627 pelajar (18 peratus) dalam dwi-bahasa (bahasa Melayu dan Inggeris), manakala 124,209 pelajar (26.9 peratus) menjawab soalan Matematik dalam bahasa Inggeris dan 245,887 pelajar (53.2 peratus) menggunakan kedua-dua bahasa.