26 October 2009

Penjualan Rumah PPR Pantai Ria


Dato' Raja Nong Chik turut hadir dalam majlis taklimat penjualan rumah PPR Pantai Ria


Penduduk yang turut sama







Majlis taklimat tentang penjualan rumah PPR telah berlangsung malam tadi, ramai penduduk yang turun memenuhkan semua ruang dalam khemah walaupun dalam hujan gerimis.

Sesi soal jawab menjadi agak panas bila penduduk meluahkan perasaan mereka tentang rumah mereka yang bocor dan tidak dibaiki walaupun berkali-kali mengadu kepada DBKL. Walaupun begitu, syabas kepada wakil dari Kementerian Wilayah Persekutuan yang dapat mengawal suasana sesi taklimat walaupun ada soalan yang sensitif.

Antara intipati majlis taklimat tadi yang sempat saya ingat adalah seperti berikut untuk pengetahuan anda:-

1. Syarat Layak Membeli Rumah
- sedang menyewa rumah PPR
- gaji kurang RM2,500 sebulan (suami isteri)
- umur lebih 18 tahun
- telah kahwin
- tiada hutang sewa / bil air dengan DBKL
- mampu beli rumah
- mampu buat pinjaman bank
- 1 penyewa layak beli 1 rumah sahaja

2. Panel Bank terlibat
- Bank Islam, Bank Allianz, Bank Rakyat dan BSN
- interest 6%

3. Bagi penduduk yang tak layak dapat pinjaman bank, boleh dapatkan surat jaminan dari Skim Kredit Perumahan sebelum pergi ke bank.

4. Borang akan diedarkan mulai 27 / 10/09 dan pejabat kecil akan dibuka jam 8.00 pagi hingga 8.00 malam.

5. Borang yang telah diisi mesti dikembalikan sebelum 4/11/09. Tempoh hanya 1 minggu untuk serahkan balik borang.

6. Semua borang akan dihantar ke Jawatankuasa Pemilihan yang akan membuat tapisan pada bulan November ini. Selepas itu akan dihantar ke pejabat Menteri Wilayah untuk memberi kelulusan. Borang yang lulus akan dikeluarkan surat tawaran untuk membeli rumah.

7. Mereka yang mendapat surat tawaran pembelian kemudiannya akan menguruskan pinjaman dengan bank serta panel peguam.

8. Bagi mereka yang mampu membeli rumah dengan cash, mereka akan dikecualikan dari membayar kos pinjaman sebanyak RM3,162.00

9. Bayaran yang perlu dijelaskan selain dari harga rumah RM35,000.00 ialah RM5,992.00 termasuk duit peguam, maintenance (RM60 X 6 bulan), tukar hak milik, pindah milik serta bayaran utiliti.

10. Bayaran rebat RM2,500.00 setiap rumah akan dibayar oleh DBKL selepas perjanjian pembelian rumah ditandatangani.

11. Kementerian tidak dapat memberi jaminan samada bila tempoh operasi penjualan selama 1 minggu ini tamat, adakah ia akan dibuka semula untuk penjualan pada masa akan datang. Ini adalah peringkat pertama penjualan rumah PPR dibuat.
12. PPR Pantai Ria akan dikeluarkan CF oleh DBKL untuk tujuan pinjaman bank.

13. Pemilikan adalah berstatus pajakan 99 tahun.

14. Jika ibubapa tak layak / tak mampu untuk membeli, boleh memasukkan nama anak untuk membuat pinjaman (pinjaman 2 generasi)

15. Proses penjualan dijangka selesai dalam masa 4 bulan.

16. Sekatan kepentingan:-
a) Kurang 3 tahun membeli - hanya boleh menjual balik kepada DBKL pada harga pembelian.
b) 3 - 10 tahun membeli - hanya boleh menjual kepada isteri/anak/keluarga dengan kelulusan J/kuasa Kerja Tanah.
c) Lebih 10 tahun - perlukan kelulusan J/kuasa kerja tanah untuk menjual

17. Bagi orang yang tak mahu membeli, mereka boleh terus menyewa rumah PPR tetapi perlu membayar tambahan duit maintenance RM60.00 sebulan selain sewa RM124.00 sebulan.

Apa yang diharapkan ialah pihak Kementerian dapat menaiktaraf kemudahan awam yang terdapat di PPR Pantai Ria seperti dewan, surau yang lebih selesa, kemudahan kawasan permainan untuk remaja, kawasan beriadah dan sebagainya sebelum menjual rumah kepada kami.




2 comments:

  1. PENDUDUK PERLU BERSYUKUR ATAS SEGALA KEMUDAHAN YG DITERIMA...KJAAN TELAH CUBA BANTU PDUDUK.. KENA LA BG KEJASAMA YG BAIK & X PERLU NK MINTA LEBIH2 ..BOLE BANDINGKAN KAT NEGERI LAIN, BTUAH SGT DAH DOK KL DAPT KMUDAHAN SBGITU RUPA WPUN ADA KUDRAT MAMPU BKERJA..

    ReplyDelete
  2. tkejut gak sy dpat tau brita cmni.. kira senang la dapat rumah murah, kmudahan .. ni nak btekak lagi dgn phak yg mbantu..(cz kat ppr lain, sy lihat plbagai ragam/karenah pduduk yg x puas hati, & byk soal/mpertikaikan harga rmh all. dat,sedangkan dah mmhg patut bsyukur da dapat nikmat yg diberi tu..)

    ReplyDelete