31 August 2010

Gambar2 Semasa Tilawah Al Quran / Pertandingan Azan


Mohd Faridatul Atras Khalid


Datuk Hasbullah sedang berucap

Majlis telah selamat diadakan dengan lancar pada hari Ahad yang lepas. Walaupun pertandingan hanya tamat pada jam 7.10 petang, namun penyampaian hadiah hanya diadakan selepas solat maghrib. Sambutan sangat menggalakkan dari para penduduk yang hadir.

Keputusan Pertandingan

Tilawah Al Quran - Qari
Johan - Mohd Ridwan Ahmad Jani C-8-8
Naib Johan - Mohd Nourel Haliq Hj Kairom C-2-16
Tempat ke 3 - Faridatul Attras Khalid D-8-4

Tilawah Al Quran - Qariah
Johan - Zubaidah Daud Kayyin C-6-13
Naib Johan - Nadia Kasril D-12-17
Tempat ke 3 - Quwwatun Qahirah Hj Mohammad D-7-9

Pertandingan Azan
Johan - Mohd Fadli Ahmad - Blok 94
Naib Johan - Saiful Helmi Sabri - Pantai Permai
Tempat ke 3 - Mohd Fairuz Mohd Razi B-7-16


Semasa jamuan


Jamuan VIP


En Azizan - dari Kem Alang Sedayu bersama fasilitator2


Mohd Norel Haliq yang mendapat naib johan


Faridatul Attras Khalid yang mendapat tempat ke 3


Tempat ke 2


Tempat ke 3

Johan Qari - Mohd Ridwan Ahmad Jani


Para hakim , dari kiri, Ustaz Zakaria (Taranum), Ustaz Rusdi (Fasahah)
Ustaz Khoirudin (Tajwid). Ustaz Zakaria juga sebagai Ketua Hakim.


Dari kiri, En Radzi (Pengerusi Persatuan Penduduk), Hj Kairom, Datuk Hasbullah (Penolong Setiausaha Agung Perkim Kebangsaan) dan Datuk Zulkifli Ismail (Pengerusi Masjid Khadijah ) sebagai tetamu kehormat. Terimakasih kepada PERKIM yang terus memberi sokongan kuat kepada aktiviti surau sejak dahulu hingga kini. Inilah salah satu kekuatan yang kita ada iaitu sokongan dari pihak yang mahu melihat perubahan pada anak bangsa melalui kegiatan yang dapat membawa balik remaja kearah jalan yang betul.


Wakil dari PERKASA UKM ( Pusat Memperkasakan Remaja) -
Dr Wan Hamizah (Penyelaras) bertudung hijau, serta 2 orang
rakannya disebelah kanan beliau - bertudung purple dan biru)
yang memberi sokongan kuat kepada aktiviti surau pada kali ini.
Terimakasih banyak2. Sokonglah kami untuk program2 yang
melibatkan remaja.


Orang kuat Biro Wanita yang juga AJK Surau, Puan Norbaayah
(berbaju purple) dan Puan Zaiton (kanan) yang bertukus lumus
sejak 3 hari sebelum pertandingan untuk memastikan semua
persiapan berjalan lancar termasuk hadiah2 dan sebagainya


Sebahagian tetamu yang hadir


Tetamu bahagian lelaki


Bahagian urusetia


Tetamu VIP

30 August 2010

Datuk Raja Nong Chik Berterawikh di Surau Al Hijrah

Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Raja Nong Chik bersolat tarawikh di surau al hijrah pada 29 Ogos / 19 Ramadhan. Beliau bersolat tarawikh hingga selesai 23 rakaat pada kira2 jam 10.30 malam. Selepas itu beliau bersama jemaah menjamu selera dalam moreh.

Dalam ucapan ringkas selepas selesai solat, beliau mengingatkan jemaah betapa umat Islam seluruh dunia kini menghadapi tekanan yang hebat dari banyak pihak. Sehingga dibanyak negara, umat Islam yang dulu dihormati kini tidak lagi. Di India contohnya, yang mempunyai sejarah peradaban Islam yang begitu lama, dikawasan2 miskinlah terdapat umat Islam kedapatan dengan begitu ramai.

Beliau juga membangkitkan isu masjid dan surau disalahgunakan oleh pihak tertentu yang mencemarkan kesucian Islam. Seperti membenarkan bukan Islam terutama wanita masuk ke ruang solat.







Gambar2 ihsan dari facebook Datuk Raja Nong

29 August 2010

PERTANDINGAN AKHIR TILAWAH ALQURAN DAN AZAN

SEMUA MUSLIMIN DAN MUSLIMAT DIJEMPUT KE SURAU AL HIJRAH PADA PETANG INI JAM 5.0 PETANG UNTUK MAJLIS TERSEBUT. PADA PERINGKAT SARINGAN SEMALAM, KITA TELAH MEMILIH 5 ORANG PESERTA AZAN, SERTA 5 ORANG DARI TILAWAH LELAKI DAN 5 DARI TILAWAH PEREMPUAN UNTUK KE PERINGKAT AKHIR. JADI SEMUA 15 PESERTA AKHIR AKAN CUBA MENJADI JOHAN YANG PERTAMA BAGI KETEGORI MASING2.

TERDAPAT WAKIL DARI PPR KG LIMAU, PANGSAPURI SUCI , KG TATAH, PANTAI PERMAI YANG TURUT LAYAK.

SELEPAS PERTANDINGAN SELESAI, SEMUA DIJEMPUT KE MAJLIS BERBUKA PUASA.

26 August 2010

Program Nur Ramadhan di PPR Pantai Ria





DBKL dengan kerjasama Persatuan Penduduk Zon 2 dan Surau Al Hijrah PPR Pantai Ria akan mengadakan program tersebut seperti berikut:

Hari: Jumaat (27 Ogos 2010)
Masa: 6.30 petang Berkumpul di khemah
6.45 petang Tazkirah dan Nasyid
7.15 petang Bacaan Al Quran
7.25 petang Berbuka puasa (terbuka untuk semua penduduk)
VIP: Ketua Pengarah DBKL
Tempat: Kawasan Lapang Blok C dan D

Semua penduduk dijemput hadir beramai-ramai.

24 August 2010

Serahkan Borang Dengan Segera!

Kepada semua peserta-peserta yang telah mengambil borang penyertaan untuk tilawah al quran dan pertandingan azan pada hari Jumaat ini, sila kembalikan borang dengan segera untuk memudahkan pihak urusetia membuat persiapan.

Tempat masih ada kepada yang berminat. Sila dapatkan borang disurau al hijrah pada bila-bila masa. Anda boleh menyertai kedua-dua kategori, tilawah dan azan jika cukup syarat. Kita telah mengedarkan borang-borang kepada surau2 sekitar Pantai Dalam supaya lebih ramai penyertaan maka lebih meriah majlis tersebut. Bersama-samalah kita mengimarahkan surau kita pada bulan yang mulia ini.

KELAS FEKAH MUSLIMAT MINGGU INI

KELAS FEKAH AKAN DIADAKAN SEPERTI BERIKUT:-

HARI: SABTU
TARIKH: 28 OGOS 2010
MASA: 11.00 PAGI

PENGAJAR: USTAZAH HJH ZAWIAH BT HASSAN
KETUA PENOLONG PENGARAH KANAN SOSIAL
JAKIM, PUTRAJAYA


TEMPAT: SURAU ALHIJRAH PPR PANTAI RIA
TINGKAT BAWAH, BLOK C

SEMUA MUSLIMAT DIJEMPUT HADIR BERAMAI-RAMAI

21 August 2010

Majlis Berbuka Puasa dan Qiyamullail

Semua pesilat2 seni silat gayong PPR Pantai Ria dijemput ke majlis tersebut:-

Tarikh: 21 Ogos 2010 - Sabtu
Masa: Jam 7.00 petang
Berbuka Puasa: 7.26 petang
Solat Maghrib:7.30 petang
Jamuan : 7.50 malam

Tarikh: 22 Ogos - Ahad
Masa: Mulai 3.00 pagi
Qiyamullail dipimpin Ustaz Mohammad
- Solat sunat tasbih
- Solat sunat taubat
- Solat sunat hajat
-dll

Bersahur: 4.45 pagi
Solat Subuh: 6.00 pagi
Kuliah Subuh: Ustaz Helmi

Semua pesilat2 dan ibubapa dijemput hadir.

19 August 2010

MAJLIS TILAWAH ALQURAN DAN PERTANDINGAN AZAN


Penyertaan adalah dibuka kepada remaja-remaja sekitar Pantai Dalam untuk menyertai pertandingan tersebut.

HADIAH-HADIAH MENARIK:

TILAWAH AL QURAN:

JOHAN RM700.00 dan cenderahati
NAIB JOHAN RM500.00 dan cenderahati
TEMPAT KE 3 RM300.00 dan cenderahati
TEMPAT KE 4 DAN 5 RM100.00 dan cenderahati

PERTANDINGAN AZAN:

JOHAN RM500.00 dan cenderahati
NAIB JOHAN RM300.00 dan cenderahati
TEMPAT KE 3 RM200.00 dan cenderahati
TEMPAT KE 4 DAN 5 RM100.00 cenderahati

Syarat2 Pertandingan

a) Terbuka kepada Warganegara Malaysia sahaja.
b) Penyertaan adalah percuma.
c) Berumur 13 tahun hingga 23 tahun sahaja
d) Pertandingan Azan – lelaki sahaja (penyertaan terhad kepada 30 peserta sahaja pada peringkat saringan dan 10 peserta terbaik akan ke peringkat akhir )
e) Tilawah Al Quran - lelaki dan perempuan (terhad kepada 20 peserta sahaja bagi setiap kategori pada peringkat saringan dan 5 peserta terbaik akan ke peringkat akhir)
f) Semua pertandingan diadakan di Surau Al Hijrah PPR Pantai Ria,
g) Peserta perlu berpakaian sebagai seorang muslimin/muslimat.
h) Peserta yang lewat hadir semasa pertandingan dianggap telah menarik diri.
i) Mematuhi semua peraturan dan syarat-syarat pertandingan
j) Keputusan hakim adalah muktamad.

TARIKH PERTANDINGAN

PERINGKAT SARINGAN
TARIKH: 27 OGOS 2010 / 17 RAMADHAN 1431H - JUMAAT
MASA: 3.00 PETANG HINGGA 6.00 PETANG

PERINGKAT AKHIR
TARIKH: 29 OGOS 2010 / 19 RAMADHAN 1431H - AHAD
MASA: 4.00 PETANG HINGGA 6.00 PETANG

Sila hubungi Hj Kairom Ahmad 019-2161525 , En. Jamil Omar 012-6663361, En Kahar Abdullah 019-2400132 atau Puan Norbaayah Alias 016 6713635 untuk maklumat lanjut. Sila dapatkan borang penyertaan di Surau Al Hijrah dengan segera.

Tarikh tutup penyertaan ialah 25 Ogos 2010.

18 August 2010

Puasa Penyelamat Dari Api Neraka

Maksud Hadith :

Daripada Abu Said al-Khudri r.a. katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda: “Tidak seorang pun daripada hamba Allah yang berpuasa sehari dengan niat kerana Allah, melainkan akan Allah jauhkan mukanya daripada kepanasan api neraka sejauh perjalanan tujuh puluh tahun lamanya.”

(al-Bukhari dan muslim)

Huraian:

Setiap orang yang berpuasa dengan niat yang ikhlas kerana Allah, kemudian memelihara puasanya daripada amalan-amalan yang ditegah, Allah akan membalasnya dengan menjauhkan dirinya daripada api neraka sejauh tujuh puluh tahun perjalanan.

Sesungguhnya setiap amalan yang dilakukan dengan bersungguh-sungguh meskipun sedikit tetap ada ganjarannya dan dinilai oleh Allah SWT. Ia menjadi saham yang boleh membantu manusia tersebut di akhirat kelak.

Sumber : Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

14 August 2010

Selamat Berpuasa Kepada Semua



Jawatankuasa surau al hijrah mengucapkan selamat menunaikan ibadah puasa kepada semua muslimin dan muslimat, semoga ibadah kali ini adalah yang terbaik. Kerana mungkin kita sempat bertemu dengan Ramadhan lagi pada tahun hadapan !

Kami mengucapkan ribuan terimakasih kepada para dermawan yang menyumbang kepada surau alhijrah, sumbangan tenaga, wang, barangan keperluan dan sebagainya. Kami amat menghargai semua sumbangan yang dihulurkan.

13 August 2010

Syaitan Di Ikat Pada Bulan Puasa ?

Oleh DR. ZULKIFLI MOHAMAD ALBAKRI (Petikan dari Kosmo)

ALHAMDULILLAH, Ramadan tiba lagi yang mempunyai pelbagai kelebihan di mana antara kelebihan tersebut al-Quran diturunkan seperti nas (al-Baqarah: 185) yang bermaksud: (Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadhan yang padanya diturunkan al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah.

Ibn al-Jauzi berkata: Ada tiga pendapat:

•Diturunkan sekali gus, iaitu pada malam Qadar ke Bait al-'Izzah dari langit dunia seperti kata Ibn Abbas.

•Diturunkan al-Quran dengan kefarduan puasa seperti riwayat daripada Mujahid dan al-Dahhaq.

•Permulaan al-Quran dengan turunnya kepada Nabi Muhammad SAW pada bulan Ramadan seperti pendapat Ibn Ishak dan Abu Sulaiman al-Dimasyqi.

Berkenaan dengan hadis syaitan ditambat, penerangannya seperti berikut:

Daripada Abu Hurairah r.a, sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: Apabila menjelmanya Ramadan, nescaya dibuka pintu syurga, ditutup pintu-pintu neraka dan dibelenggu syaitan-syaitan. (riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Al-Hafiz Ibn Hajar al-Asqalani di dalam kitabnya Fath al-Bari 4/132 tidak menyebut sebarang komentar ketika dikemukakan hadis ini.

Dalam Faidh al-Bari 'ala Sahih al-Bukhari oleh Sheikh Anwar al-Kashmiri 3/327 menyebut: Di sisi riwayat Tirmidzi iaitu yang dirantai ialah jin yang ganas. Justeru, tidak lazim bahawa dirantai keseluruhannya.

Begitu juga sebab berlakunya maksiat bukan hanya terbatas dengan godaan syaitan semata-mata, tetapi di sana ada sebab yang lain seperti pengaruh hawa nafsu yang juga antara sebesar-besar musuh manusia. Apa yang dapat diperhatikan sedikitnya maksiat dan banyaknya ketaatan dilakukan pada bulan Ramadan ini tanpa syak.

Dengan sebab itu, Saidina Uthman r.a memberi nilai tambah daripada segi amalan dua kali ganda berbanding bulan lain. Lihat juga penjelasan yang dikemukakan oleh al-Tahawi.

Ibn Hajar al-Haitami dalam Ittihafu Ahlu al-Islam bi Khususiyat al-Siyam menyebut: "Diambil daripada hadis ini bahawa pintu syurga dibuka dan pintu neraka ditutup mengikut hakikatnya. Ini untuk menggambarkan kepada malaikat dan lainnya berkenaan bulan Ramadan dan pahalanya".

Ikatan dan belenggu syaitan pula termasuk hakikat demikian pada kebanyakan masa atau secara majaz kinayah daripada menahan perbuatan jahat dan tipu daya kepada manusia. Hal ini ada kebenarannya.

Dalam Ahkam al-Siyam, oleh Dr. Muhammad Uqlah menyebut: "Iaitu maksud tambatan atau ikatan ialah kurang godaan dan menyakiti mereka".

Semoga kita mengambil semangat Ramadan ini yang memberi 1,001 macam kebaikan untuk menambahkan lagi amalan ketaatan sehingga kita mendapat rahmat, keampunan dan dimerdekakan daripada api neraka Allah SWT. Amin.

11 August 2010

Solat Tarawikh Malam Pertama

Alhamdulillah, Ramadhan 1431 Hijrah telah sampai. Bermula juga solat Tarawikh yang hanya terdapat pada bulan puasa. Seperti biasa, malam pertama memang ramai jemaah yang hadir sampai ada yang terpaksa pulang kerana ketiadaan tempat.

Buat pertama kalinya surau mengambil 2 orang imam Tahfiz dari Yala, Thailand. Pada malam pertama ini, Ustaz Rusdi mengimamkan solat Isyak dan Tarawikh 20 rakaat. Masa yang diambil adalah selama lebihkurang 1 jam 30 minit untuk menghabiskan solat Tarawikh serta 1 juzuk ayat yang dibaca. Ternyata bacaan imam muda dari Yala ini tidak kurang hebatnya. Ramai jemaah yang rasa puas hati dengan pemilihan imam kali ini. Apa yang penting ialah kekusyukkan solat itu sendiri sehingga merasakan diri benar-benar dekat dengan Allah SWT.


Jemaah wanita diruang solat sementara hadapan stor


Ruang muslimat diruang tambahan - penuh


Kelihatan imam muda, Ustaz Rusdi, 24 tahun (berserban) dari Yala, Thailand. Mempunyai bacaan yang mantap.


Didalam ruang solat surau





09 August 2010

Tarawikh, Tahlil Bulan Ramadhan dan Giliran More

Tarawikh

20 rakaat dan akan dipimpin oleh 2 orang hafiz muda dari Yala, Thailand. Kita bercadang menghabiskan 1 juzuk pada 1 malam dan akan khatam pada malam 27 Ramadhan, InsyaAllah.

Tahlil Bulan Ramadhan

Borang tahlil telah diedarkan disurau. Sila isikan borang penyertaan dengan sumbangan RM15.00 sahaja untuk tabung surau. Sumbangan lebih dari itu adalah amat di alu-alukan.

Giliran More

Giliran more adalah mengikut tingkat rumah anda. Sila rujuk kepada jadual more yang telah dibuat untuk memudahkan penggiliran serta untuk mengelakkan pembaziran, sila bekerjasama untuk menyediakan juadah.

08 August 2010

Gotongroyong Tanda Sepakat !

Gotongroyong untuk mengecat surau, membersihkan surau dan kawasan sekitar telah berjaya dibuat oleh penduduk yang hadir pada pagi Ahad, 8 Ogos 2010. Kami mengucapkan terimakasih kepada semua yang hadir terutama pada Puan Umie yang membiayai kos membeli cat. Hanya Allah yang dapat membalas budi kepada semua yang hadir membantu dari segi wang ringgit dan tenaga.

Antara kerja-kerja yang dapat dibuat pada hari ini:-

1. mengecat surau luar dan dalam
2. memasang sebuah tangki air untuk mengambil wuduk.
3. memasang 2 buah khemah untuk dijadikan tempat jamuan berbuka puasa dan more.
4. tambahan 6 paip mengambil wudhuk
5. membersih surau


Pak Azhar dengan berkain pelikat pun tak ketinggalan mengecat


Remaja yang turut membantu membersih bumbung


Kerja-kerja mengecat


Memasang kemah sementara untuk berbuka / more

Mengecat bahagian luar surau

Dinding ruang solat selepas dicat

Bahagian luar yang sudah bertukar warna, khas untuk menyambut Ramadhan

Selepas siap dicat

06 August 2010

KELAS FEKAH USTAZAH ZAWIAH - SABTU

KELAS FEKAH AKAN DIADAKAN SEPERTI BERIKUT:-

HARI: SABTU
TARIKH: 7 OGOS 2010
MASA: 2.30 PETANG

PENGAJAR: USTAZAH HJH ZAWIAH BT HASSAN
KETUA PENOLONG PENGARAH KANAN SOSIAL
JAKIM, PUTRAJAYA


TEMPAT: SURAU ALHIJRAH PPR PANTAI RIA
TINGKAT BAWAH, BLOK C

SEMUA MUSLIMAT DIJEMPUT HADIR BERAMAI-RAMAI

04 August 2010

Disiplin Pelajar Kita Makin Merosot ?

Kejadian seorang pelajar tingkatan 3 memarahi dan menyerang gurunya di Sarawak adalah amat dikesali. Walau atas apa alasan sekalipun, guru wajar dihormati kerana profesion ini mendidik anak bangsa kearah kemuliaan. Banyak sekali kejadian berlaku melibatkan anak2 murid yang membalas dendam keatas guru. Tak dapat buat atas guru, mereka akan melepaskan geram kepada kenderaan guru, dicalarkan, dipancitkan tayar atau disimbahkan cat. Baru2 ni bilik guru pun kena bakar atas perbuatan ini.

Gejala ini mesti bendung segera. Peranan utama sudah pasti adalah ibubapa pelajar ini sendiri. Manakan mungkin pelajar akan menjadi begitu biadap dan samseng jika tidak kerana kesilapan asuhan ibubapa ?

01 August 2010

PROGRAM BULAN RAMADHAN

Pada bulan puasa pada tahun ini, kami, ajk surau telah bersetuju untuk mengadakan beberapa program untuk mengimarahkan surau seperti berikut-

1. Mengambil 2 orang hafiz dari Thailand untuk mengimamkan solat Tarawikh - 20 rakaat
2. Mengadakan tahlil arwah setiap malam selepas sunat witir - mengikut permintaan jemaah
3. Mengadakan moreh mengikut giliran - rumah di 6 tingkat akan bekerjasama untuk mengadakan more setiap malam dan seorang penyelaras more akan dilantik.
4. Membuat bubur lambuk pada setiap petang - terutama hari Sabtu dan Ahad untuk diagihkan kepada penduduk.
5. Mengadakan qiyamullail oleh Ustaz jemputan pada malam 15 dan malam 27 Ramadhan.
6. Mengadakan majlis berbuka puasa di surau.
7. Mengadakan tilawah alquran dan pertandingan azan untuk remaja.
8. Menambah ruang solat tarawikh dihadapan stor - untuk menampung tambahan jemaah

Semua jemaah dipohon untuk bekerjasama dengan kami supaya semua program yang dirancang dapat dibuat dengan teratur dan sempurna.

JOM KE SURAU - GOTONGROYONG AHAD INI !

SEMUA MUSLIMIN DIJEMPUT KE SURAU AL HIJRAH PADA HARI AHAD INI, 8 OGOS 2010 MULAI JAM 8.00 PAGI UNTUK KERJA-KERJA GOTONG ROYONG SEPERTI BERIKUT:

1. MEMBERSIH SURAU DAN SEMUA KEMUDAHAN YANG ADA
2. MENGECAT SURAU - LUAR DAN DALAM (CAT TELAH DISUMBANGKAN OLEH SEORANG HAMBA ALLAH)
3. MEMBERSIH BUMBUNG SURAU

SEMUA INI BERTUJUAN MENCERIAKAN SURAU KITA DISAMPING UNTUK MENYAMBUT BULAN RAMADHAN ALMUBARAK.
INSYA ALLAH, JAMUAN RINGAN AKAN DISEDIAKAN. YANG NAK BAWA KUIH DI GALAKKAN.