24 August 2010

Serahkan Borang Dengan Segera!

Kepada semua peserta-peserta yang telah mengambil borang penyertaan untuk tilawah al quran dan pertandingan azan pada hari Jumaat ini, sila kembalikan borang dengan segera untuk memudahkan pihak urusetia membuat persiapan.

Tempat masih ada kepada yang berminat. Sila dapatkan borang disurau al hijrah pada bila-bila masa. Anda boleh menyertai kedua-dua kategori, tilawah dan azan jika cukup syarat. Kita telah mengedarkan borang-borang kepada surau2 sekitar Pantai Dalam supaya lebih ramai penyertaan maka lebih meriah majlis tersebut. Bersama-samalah kita mengimarahkan surau kita pada bulan yang mulia ini.

1 comment:

  1. fulamak, caya la kome punya surau, siap nak organise pertandingan azan nie... itu macam la anak muda... kalau komuniti ramai, memang syok buat program macam nie...

    teruskan tradisi muafakat macam kita kat kampong...

    ReplyDelete