Pada hari Ahad lepas, 28 November 2010 berlangsung pertandingan bolasepak antara pasukan2 di PPR Pantai Ria melibatkan kanak2 serta remaja. Ia dianjurkan oleh RELA PPR Pantai Ria yang jawatankuasa penganjurnya diketuai oleh Kapten Rela Jalani. Berlangsung di padang bola PPR Pantai Ria, hampir 10 pasukan berentap dalam pertandingan yang sangat sengit.
Walaupun keadaan padang sangat teruk, perlawanan tetap juga dijalankan. Saksikan gambar2 yang dimuatkan disini.
Kita tahu bahawa penyelenggaraan kemudahan awam di tempat tinggal kita adalah dibawah DBKL dan pejabat kecil. Walaupun DBKL ada membuat pembaikkan disana-sini tetapi kita merasa agak dukacita dengan beberapa perkara (dari aduan penduduk2 sendiri):-
1. Lampu koridor yang tidak menyala ataupun kalau menyala tidak pada masa yang sepatutnya . 2. Lampu dalam lif yang selalu saja padam atau hilang terus. 3. Lampu spotlight dirumah sampah terutama di Blok B/C yang terus menyala 24 jam. Satu pembaziran elektrik yang tak sepatutnya. 4. Tangki air di Blok D (berhampiran padang) yang sentiasa melimpah. 5. Tempat mengisi sampah dirumah sampah yang cepat penuh kerana terlalu kecil. 6. Keadaan padang bolasepak yang sangat teruk. Air bertakung sampai berhari-hari dan tidak sesuai untuk permainan sukan.
Jika anda ada apa-apa komplen lagi tentang kemudahan awam yang rosak/hilang/uzur di tempat kita, sila letakkan dibahagian komen dibawah ini supaya kami dapat kumpul dan salurkan kepada pihak yang berkenaan. Niat kita hanya untuk memperbaiki keadaan supaya semua orang dapat tinggal dengan keadaan selesa serta menggunakan kemudahan yang sepatutnya kita nikmati sebagai pemilik /penyewa rumah. Kita berharap kakitangan DBKL yang bertugas dapat menjalankan tugas yang diamanahkan.
Pendaftaran peserta-peserta untuk kem remaja pada 4 - 6 Disember 2010 ini di Port Dickson anjuran surau alhijrah / perkim telah ditutup kerana kita telah menerima pendaftaran yang mencukupi. Kepada yang gagal mendaftar, jangan kecewa kerana kita akan adakan kem lagi pada masa akan datang. Mungkin di tempat yang lebih besar supaya lebih ramai peserta dapat diterima.
Peserta2 yang telah mendaftar, sila ikuti hebahan oleh pihak urusetia dari masa ke semasa untuk perkembangan terkini.
KUALA LUMPUR 19 Nov. - Umat Islam di negara ini boleh menunaikan ibadah korban sehingga esok (Sabtu) bersamaan 13 Zulhijah iaitu sampai terbenam matahari.
Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz (gambar) berkata, oleh kerana Hari Raya Aidiladha jatuh pada Rabu lalu, maka umat Islam disunatkan menunaikan ibadah korban sehingga esok.
Menurut Wan Mohamad, tempoh itu bersandarkan kepada hadis yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Kitab Rad al-Muhtar 'ala al-Dur al-Mukhtar Sharh Tanwir al-Absar yang ditulis oleh Ibn 'Abidin.
''Mengenai kekeliruan tempoh masa menjalankan ibadah korban yang timbul baru-baru ini, sukacita Jakim memaklumkan bahawa ia boleh dilaksanakan bermula selepas solat sunat Aidiladha pada 10 Zulhijah dan pada Hari Tasyrik iaitu 11, 12 dan 13 Zulhijah.
"Oleh itu, tidak menjadi kesalahan menjalankan ibadah korban sehingga terbenam matahari pada 13 Zulhijah bersamaan 20 November,'' katanya dalam satu kenyataan akhbar di sini hari ini.
Menurut Wan Mohamad, berdasarkan rekod cerapan anak bulan Zulhijah 1431 Hijrah di 30 tempat cerapan rasmi di Malaysia oleh Jabatan Mufti Negeri-Negeri di Malaysia pada 6 November lalu, ahli falak mendapati anak bulan tidak kelihatan di semua tempat itu.
Justeru jelasnya, keputusan sebulat suara menetapkan Hari Raya Aidiladha jatuh pada 17 November lalu setelah ahli falak mendapat kedudukan anak bulan tidak memenuhi kriteria ketetapan Imkanur-Rukyah (kebolehnampakan).
Ini bermakna katanya, Hari Tasyrik bagi seluruh umat Islam di Malaysia pada tahun ini adalah pada Khamis, Jumaat dan Sabtu.
Tegasnya, hal itu sekali gus menafikan pandangan dan kekeliruan sesetengah pihak yang menyatakan ibadah korban hanya boleh dilakukan sehingga hari ini sebagaimana menurut Arab Saudi.
Menurutnya, asas penentuan Hari Raya Aidiladha di Malaysia adalah selaras dengan Singapura serta Indonesia dan kebetulan pada tahun ini Brunei bersama-sama merayakannya pada 17 November.
Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh mengakses dan merujuk Info Kriteria Imkanur-Rukyah di Malaysia dan data berkaitan melalui laman web Jakim di www.islam. gov.my.
Datuk Raja Nong Chik sempat datang ke surau al hijrah meninjau kerja-kerja ibadah korban yang dilaksanakan. Datuk juga turut menyumbang seekor lembu kepada kami untuk para penduduk. Terima kasih kepada Datuk.
Alhamdulillah, cuaca yang sangat baik pada hari Rabu lepas memungkinkan ibadah korban pada tahun ini dilangsungkan dengan janyanya. Ramai yang turun membantu dan membanting tulang dari awal pagi selepas solat hinggalah selesai pada jam 3.00 petang. Bahagian korban yang siap dibungkus telah diagihkan mulai jam 1.30 tengahari.
Pada tahun ini ada 8 ekor yang ditumbangkan untuk tujuan korban, iaitu 2 ekor dari syarikat Time Temasik, 3 ekor dari peserta2, seekor dari Hj Ahmad dan keluarga, seekor dari UMNO Bahagian Lembah Pantai dan seekor lagi dari YB Nurul Izzah. Terimakasih kepada syarikat Time Temasik / Raja Nong Chik serta YB Nurul Izzah yang menyumbang lembu korban pada tahun ini.
Terimakasih kepada semua yang membantu.
Nizam - tukang potong tulang lembu
Jalud memang rajin pada hari ni
Ini pun terer juga potong tulang, sampai berasap mesin tu dikerjakan
Pak Abu and the gang membersih perut lembu. Ini kerja yang ramai tak sanggup nak buat tapi time makan, tak ada yang menolak
Lembu sedang dilapah
Lembu dari UMNO Bahagian Lembah Pantai
Barisan pemotong daging termasuk imam Muhammad
Kaki lembu digantung supaya senang disisihkan dagingnya
Lembu dari peserta2 tumbang
Ramainya yang berkerumun kat lembu sekor ni
Yang sedang pegang tali tu adalah peserta-peserta yang mengambil bahagian
Ini lagi ramai yang berkerumun kat lembu
Pak Aris sedang memantau keadaan
Lembu dah tumbang
Sedang disembelih
Lembu sumbangan syarikat Temasik
Pak Jamal sedang mengagih daging korban
Daging korban sedang diagih kepada penduduk yang hadir
Petugas-petugas untuk ibadah korban amat dialu-alukan untuk hadir ke surau pada hari Rabu, 17 November 2010 mulai jam 9.00 pagi iaitu selepas solat sunat aidil adha. Tenaga anda diperlukan untuk melapah daging, memotong daging/tulang serta menimbang dan membungkus. Kami juga berharap ramai yang akan turut membantu supaya kerja yang berat menjadi mudah . InSyallah, telah ada 4 ekor lembu yang akan dikorbankan. Tiada kupon diedarkan tetapi semua penduduk boleh datang mengambil daging korban mulai jam 12.30 tengahari atau sehingga semua daging telah siap dibungkus. Ia berdasar siapa cepat sehingga semua daging selesai diedarkan.
Solat sunat aidiladha akan diadakan mulai jam 8.30 pagi. Takbir bermula jam 7.00 pagi.
Komen: Kita perlu berhati-hati dengan dunia hari ini , mempunyai berbagai-bagai benda yang palsu. Dari duit palsu, bisnes palsu, emas palsu dan juga jurunikah palsu. Menurut berita, Pak Hashim ni juga adalah imam sebuah surau, tak tau pula surau mana. Manusia memang mudah percaya pada orang yang bertopengkan agama untuk kepentingan peribadi. Tempat yang diserbu ini bukannya jauh pun dari kawasan Pantai Ria, hanya lebihkurang 500 meter saja.
ANTARA tetamu yang ditahan pada majlis pernikahan yang didalangi Pak Hashim di Pantai Dalam, Kuala Lumpur malam kelmarin.
Pasangan nikah sindiket diserbu
Oleh LUQMAN HAKIM AB. RAHIM dan ZAINI SAMSU HADI berita@kosmo.com.my --------------------------------------------------------------------------------
KUALA LUMPUR – Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) berjaya mematahkan kegiatan satu sindiket nikah palsu apabila menyerbu sebuah rumah tidak bernombor di kawasan setinggan Pantai Dalam di sini malam kelmarin.
Ketika serbuan dibuat, sindiket berkenaan disyaki sedang berurusan untuk menikahkan secara haram satu pasangan kekasih dengan menggunakan khidmat jurunikah palsu.
Dalam serbuan itu, pasukan penguat kuasa Jawi menahan sepasang kekasih yang kedua-duanya merupakan warga Indonesia yang mempunyai status penduduk tetap berumur lingkungan 30-an yang berhasrat untuk melangsungkan pernikahan secara haram.
Turut ditahan 25 orang yang terdiri daripada lelaki dan wanita dipercayai warga Indonesia yang berada di dalam rumah itu bagi membantu siasatan.
Pasangan tersebut telah didakwa atas tiga pertuduhan iaitu menikah tanpa kebenaran pendaftar, menikah tanpa jurunikah bertauliah dan gagal memberi penjelasan mengenai lokasi pernikahan di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur semalam.
Sindiket tersebut dipercayai didalangi oleh seorang jurunikah yang tidak bertauliah dan lebih dikenali oleh penduduk setempat dengan gelaran Pak Hashim yang merupakan warga Indonesia.
Bagaimanapun, Pak Hashim berjaya meloloskan diri dalam serbuan itu menerusi pintu belakang rumah tersebut.
Pasangan kembar siam. Ahmad dan Muhammad Rosli mendapat keputusan UPSR yang agak baik, adik mendapat 4A1B manakala abang mendapat 3A2B. Ini adalah lebih baik dari keputusan calon2 lain yang kebanyakkan sempurna fizikalnya.
Agak terharu bila terbaca kisah Ahmad dan Muhammad ini. Menunjukkan manusia mampu mencipta kejayaan selagi mereka berusaha walaupun terdapat kekurangan disana sini. Adik-adik boleh menjadikan ini sebagai contoh betapa keazaman dan usaha gigih boleh membuahkan kejayaan.
Dari Utusan Malaysia
48,327 calon UPSR dapat keputusan cemerlang, semua A 11/11/2010 9:59am
PUTRAJAYA 11 Nov. – Seramai 48,327 daripada 482,334 calon Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) pada tahun ini mendapat keputusan cemerlang atau semua A.
Ketua Pengarah pelajaran, Datuk Abd. Ghafar Mahmud berkata, pencapaian keseluruhan peperiksaan itu didapati meningkat dan merupakan terbaik dalam empat tahun mengikut Gred Purata Nasional (GPN). – Utusan
Jawatankuasa surau yang bermesyuarat 2 minggu yang lepas telah sebulat suara bersetuju melantik Ustaz Mohammad Hj Adam sebagai Timbalan Pengerusi Surau Al Hijrah yang baru menggantikan En Jamaludin Shamsudin yang mengundur diri kerana sebab-sebab peribadi.
Ustaz Mohammad merupakan imam surau kita dan aktif mengadakan kelas Al Quran kepada anak-anak di surau serta dirumah beliau. Sila berikan kerjasama anda kepada beliau.
Every time you feel like you cannot go on You feel so lost and that you’re so alone All you see is night And darkness all around You feel so helpless you can’t see which way to go
Don’t despair and never loose hope Coz Allah is always by your side Insha’Allah Insha’Allah Insha’Allah You’ll find your way Insha’Allah Insha’Allah Insha’Allah You’ll find your way
Every time you commit one more mistake You feel you can’t repent And that it’s way too late You’re so confuse Wrong decisions you have made Haunt your mind and your heart is full of shame
Don’t despair and never loose hope Coz Allah is always by your side Insha’Allah Insha’Allah Insha’Allah You’ll find your way Insha’Allah Insha’Allah Insha’Allah You’ll find your way
Turn to Allah He’s never far away Put your trust in Him Raise your hands and pray Oohh Ya Allah Guide my steps don’t let me go astray You’re the only one who can show me the way
Show me the way Show me the way Show me the way
Insha’Allah Insha’Allah Insha’Allah We’ll find our way Insha’Allah Insha’Allah Insha’Allah We’ll find our way Insha’Allah Insha’Allah Insha’Allah You’ll find your way
Siapa Maher Zain?
Maher Zain adalah penyanyi dan komposer Sweeden yang berasal dari Lubnan. Album pertama Maher Zain bertajuk ‘Thank You Allah’ telah berada di pasaran sejak November 2009 dan terjual berjuta-juta unit di seluruh dunia. Video klip lagu-lagu Maher Zain di youtube mendapat hits yang tinggi. Lagu The Choosen One di Youtube mendapat lebih 1 juta view di youtube dalam tempoh 2 bulan. Lagu Insha Allah telah mencecah 3 juta view dalam tempoh 5 bulan.
Maher Zain telah dilahirkan pada 1982 di Lubnan. Keluarga Maher Zain berpindah ke Sweeden pada usia beliau 8 tahun, dan meneruskan zaman sekolah di Sweeden. Pada usia 10 tahun, Maher Zain meperolehi alat muzik pertama beliau iaitu sebuah keyboard ataupun piano. Kemudian Maher Zain melanjutkan pelajaran ke universiti dan mempeolehi Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Aeronautik. Semasa zaman remaja, Maher Zain memang suka lepak-lepak dengan member-member kat sekolah, bukan lepak kosong je, tetapi mereka menyanyi, rap, mencipta lagu dan bereksperimen dengan pelbagai rentak muzik.
Majlis Sambutan 50 tahun Perkim akan diadakan mulai 5 hingga 7 November 2010 di Masjid Wilayah Persekutuan Jalan Duta. Masa adalah dari jam 8 pagi hingga 10 malam.
a) Perasmian oleh Datuk Najib pada 6 November, Sabtu di Dewan Serbaguna.
b) 7 November 2010 Konvensyen Tajdid Pemikiran Islam 9 Pagi hingga 4.30 petang, dirasmi oleh Menteri Jabatan Perdana Menteri
Antara aktiviti luar yang terdapat di Akademi Pembangunan Belia Malaysia Pasir Panjang, Port Dickson seperti berkayak
MAKLUMAN
Kem Pewaris Generasi Soleh & Solehah untuk remaja-remaja PPR Pantai Ria akan diadakan pada tarikh berikut:-
Tarikh: 4 , 5 dan 6 Disember 2010 Hari: Sabtu, Ahad dan Isnin Tempat: Akademi Pembangunan Belia Malaysia Pasir Panjang, Port Dickson Anjuran: Perkim Kebangsaan dan Surau Al Hijrah
Bertolak dari Pantai Ria: Sabtu jam 2.30 petang Balik dari Pasir Panjang: Isnin jam 2.30 petang Bas disediakan.
Syarat2 Penyertaan: 1. Umur Peserta: 10 tahun - 18 tahun (Lelaki dan perempuan) 2. Terbuka kepada Penduduk PPR Pantai Ria sahaja 3. Yuran Penyertaan: RM30.00 sahaja seorang peserta Tidak akan dikembalikan jika menarik diri. 4. Penyertaan terhad kepada 2 peserta untuk satu keluarga. 5. Tempat terhad. Keutamaan kepada penyertaan awal.
Borang akan diedarkan dalam masa terdekat. Bilangan peserta terhad kepada 80 orang dari PPR Pantai Ria sahaja. Keutamaan adalah kepada peserta-peserta silat gayung. Maklumat lanjut, sila hubungi AJK surau.
SILA HUBUNGI EN MOHAMAD, SYARIKAT KENALI ENTERPRISE 0172041439. KEDAI TERLETAK DI BLOK D. JUGA MENJADI EJEN BSN. MESIN AIR MINUMAN DI SURAU ALHIJRAH ADALAH SUMBANGAN IKHLAS BELIAU.
Hantarlah cerita dan gambar menarik anda berkaitan aktiviti di PPR Pantai Ria kita kongsikan dalam bog surau ini,
Sila emailkan kepada: jamilsbc@yahoo.com.sg
KULIAH MAGHRIB - USTAZ HELMI YAHYASETIAP MINGGU - AHAD MALAM ISNINSELEPAS MAGHRIB - KITAB IHYA ULUMIDDIN
KELAS TAJWID - USTAZ KHOIRUDIN LUBIS - SETIAP MINGGU HARI SELASA - SELEPAS MAGHRIB
KELAS FEKAH - USTAZ YASSIR SALLEH - SETIAP RABU MINGGU PERTAMA DAN KETIGA - SELEPAS MAGHRIB
KELAS TAFSIR - USTAZ ADLIN SALLEH- SETIAP MINGGU KEDUA DAN KE EMPAT - SELEPAS MAGHRIB
KELAS PENGAJIAN AL QURAN - KANAK2 - SETIAP HARI SELEPAS ASAR - ISNIN HINGGA JUMAAT PENGAJAR: USTAZ MOHAMAD - IMAM SURAU
MEMBACA YASSIN DAN TAHLIL - SETIAP MALAM JUMAAT SELEPAS MAGHRIB
KULIAH SUBUH - SETIAP MINGGU PERTAMA - PAGI AHAD - USTAZ ADLINSALLEH
KULIAH SUBUH - SETIAP MINGGU 2,3,4 - PAGI AHAD - USTAZ NOR ISMAIL
KELAS ALQURAN UNTUK WANITA- USTAZAH HAMNAH - SETIAP MINGGU HARI JUMAAT SELEPAS ISYAK
KELAS FEKAH UNTUK WANITA-USTAZAH ZAWIAH HASSAN -MANTAN PEN PENGARAH JAKIM / PAKAR MOTIVASI KELUARGA- SETIAP MINGGU PERTAMA SABTU JAM 11.15 PAGI (AKAN DIBERITAHU MELALUI NOTIS) - KULIAH BULANAN
KULIAH BULANAN USTAZ BAHARUDIN DARI PERAK - AKIDAH. TARIKH AKAN DIMAKLUMKAN.
SEMUA JEMAAH DIJEMPUT HADIR
______________________
NOMBOR PENTING
PEJ. KECIL PPR PANTAI RIA - BLOK B TEL 22409353
PUSAT KHIDMAT MASYARAKAT LEMBAH PANTAI - 0322879137