23 November 2010

Isu Kemudahan Awam PPR Pantai Ria

Kita tahu bahawa penyelenggaraan kemudahan awam di tempat tinggal kita adalah dibawah DBKL dan pejabat kecil. Walaupun DBKL ada membuat pembaikkan disana-sini tetapi kita merasa agak dukacita dengan beberapa perkara (dari aduan penduduk2 sendiri):-

1. Lampu koridor yang tidak menyala ataupun kalau menyala tidak pada masa
yang sepatutnya .
2. Lampu dalam lif yang selalu saja padam atau hilang terus.
3. Lampu spotlight dirumah sampah terutama di Blok B/C yang terus menyala 24 jam.
Satu pembaziran elektrik yang tak sepatutnya.
4. Tangki air di Blok D (berhampiran padang) yang sentiasa melimpah.
5. Tempat mengisi sampah dirumah sampah yang cepat penuh kerana terlalu kecil.
6. Keadaan padang bolasepak yang sangat teruk. Air bertakung sampai berhari-hari dan tidak sesuai untuk permainan sukan.

Jika anda ada apa-apa komplen lagi tentang kemudahan awam yang rosak/hilang/uzur di tempat kita, sila letakkan dibahagian komen dibawah ini supaya kami dapat kumpul dan salurkan kepada pihak yang berkenaan. Niat kita hanya untuk memperbaiki keadaan supaya semua orang dapat tinggal dengan keadaan selesa serta menggunakan kemudahan yang sepatutnya kita nikmati sebagai pemilik /penyewa rumah. Kita berharap kakitangan DBKL yang bertugas dapat menjalankan tugas yang diamanahkan.

No comments:

Post a Comment