22 December 2010

Nurul Izzah Sampaikan Bantuan Beg Sekolah

Pada hari Sabtu lepas, 18 Disember 2010, wakil rakyat kawasan Lembah Pantai, YB Nurul Izzah bermurah hati menyampaikan 30 beg sekolah kepada pelajar2 sekolah dari kalangan penduduk miskin PPR Pantai Ria. Sumbangan ini ialah dari pejabat YB sendiri. Turut menerima sumbangan ialah 10 orang ibu2 miskin yang menerima susu formula untuk bayi mereka. Terimakasih kepada YB yang masih sempat datang ke tempat kami walaupun sentiasa sibuk.

Perlu dinyatakan bahawa penduduk2 miskin ditempat kami memerlukan pihak yang prihatin dan dermawan untuk memberi bantuan setakat yang termampu. Bantuan yang dihulur walau dari parti politik manapun tetap diterima dan dihargai kerana ia mampu meringankan beban yang ditanggung penduduk terlibat.


Penerima sumbangan beg


YB bersama penduduk yang hadir


Menyampaikan sumbangan pada pelajar



Bersama penduduk





Menyampaikan susu formula


Lagi penerima sumbangan susu


Penerima beg sekolah

Bersama penduduk

Pelajar India turut menerima sumbangan YB

1 comment:

  1. YB Nurul seorang yang mesra dan peramah, tak kesah pasai jawatan dia sbg YB..

    inilah yg kita mau...Alhamdulillah.

    Kami di Selangor menyokong penuh YB Nurul Izzah

    ReplyDelete