31 December 2011

Bantulah Saudara Kita Yang Terlantar Sakit!

MELIHAT PUN SAKIT, APATAH LAGI ORANG YANG MENANGGUNGNYA


Sdr Anuar Idris yang terlantar koma sejak bulan Oktober 2011



Susu khas dimasukkan melalui tiub khas

Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Saudara Anuar bin Idris,berumur 48 tahun, Rumah no D-14-5, PPR Pantai Ria, telah jatuh sakit dan kini dalam keadaan koma sejak 29 Oktober lepas. Doktor sahkan beliau mengidap penyakit "HIPERTENSI DAN BRAIN STEM BLEED" yang kronik.

Menurut keluarganya, Anuar jatuh sakit sejak jatuh dibilik air rumahnya. Beliau masih perlu menanggung 2 orang lagi anaknya yang masih bersekolah, iaitu ditingkatan
4 dan darjah 4. Seorang anak perempuannya telah berkahwin tetapi pendapatan suaminya kecil.

Buat masa ini, beliau perlu ke Hospital KL 2 kali seminggu untuk menukar Ryles Tube serta menukar "Catheter".

Beliau tidak boleh bercakap, membuka mata atau makan/minum kerana belum sedar dari koma. Makanannya hanyalah dari air susu khas yang dimasukkan melalui saluran tiub.

Jika anda ingin membantu meringankan beban keluarganya, sila masukkan sumbangan anda ke akaun MBB no 164388819321 atas nama anaknya, Farah Izzati bt Anuar. fARAH BOLEH DIHUBUNGI MELALUI TELEFON NO 017 6356230

Bantulah sementara kita masih sihat. Kurangkan penderitaan keluarga sdr Anuar untuk kos perubatan serta susu khas yang mahal harganya.

Daftar Tunai Haji Guna Wang KWSP


Bermula 3 Januari ini, semua ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) beragama Islam yang mempunyai simpanan minimum RM1,300 di dalam Akaun 1 boleh membuat pendaftaran menunaikan haji dengan Lembaga Tabung Haji.

Pengurus Besar Perhubungan Awam KWSP, Nik Affendi Jaafar berkata, pendaftaran itu boleh dilakukan di semua kaunter Tabung Haji, cawangan Bank Rakyat dan Bank Islam dengan membawa MyKad dan penyata terkini KWSP masing-masing.

“Mereka yang layak mesti warganegara Malaysia atau pemastautin tetap yang belum mencapai usia 55 tahun dan mempunyai akaun simpanan Tabung Haji. Ahli yang tidak mempunyai akaun, mereka boleh membukanya dengan deposit minimum RM2,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambahnya, mana-mana ahli yang telah mendaftaran haji di bawah prosedur Tabung Haji boleh menukar pendaftaran tersebut kepada Pendaftaran Haji Ahli KWSP.

“Penukaran itu tidak melibatkan tarikh giliran haji yang telah diberikan dan tidak melibatkan sebarang urusan berkaitan tarikh kerana ia akan ditentukan oleh Tabung Haji,” tegasnya.

Maklumat lanjut boleh layari www.kwsp.gov.my atau www.tabunghaji.gov.my dan menghubungi talian 03-89226000 serta 03-62071919.

29 December 2011

Majlis Anugerah Cemerlang

Senarai pelajar cemerlang PPR Pantai Ria

UPSR

NUR UMIRAH BT MAT YUSNI D-15-5 5A
MUHAMMAD FARIS NAJWAN BIN
MUHAMAD RABUAN C-5-10 5A

UPSRA
-NURUL ASYIKIN BT HARIYANTO C-13-1 9A
NUR UMIRAH BT MAT YUSNI D-15-5 9A
-NURUL SHAHIRAH BT AZIZAN D-6-11 9A

- PMR
-FATIN NABILAH BT OSMAN B-12-14 8A
-NURUL NABILAH JAMIL C-5-2 8A
NADIA ASYIKIN MUHAMAD RABUAN C-5-10 8A
--


Seramai 7 pelajar cemerlang telah menerima hadiah masing2 dalam majlis anugerah pada malam ini. Setiap seorang pelajar UPSR dan UPSRA menerima RM100 dan pelajar PMR terima RM150.00. Sempena itu juga diadakan ceramah motivasi oleh prof Dr Nazari Ismail dari Fakulti Perniagaan, Universiti Malaya.























27 December 2011

MAJLIS ANUGERAH CEMERLANG

MAJLIS ANUGERAH CEMERLANG SERTA CERAMAH MOTIVASI

KHAMIS, 29 DISEMBER 2011 MULAI JAM 7.15 MALAM

ATURCARA
7.15 MLM SOLAT MAGHRIB
7.40 MLM CERAMAH MOTIVASI
PROF DR NAZRI - PENSYARAH UNIV MALAYA
PENYAMPAIAN HADIAH PELAJAR CEMERLANG
SOLAT ISYAK
BERSURAI

HADIAH ISTIMEWA AKAN DIBERI KEPADA 7 ORANG PELAJAR PPR PANTAI RIA YANG MENDAPAT KEPUTUSAN CEMERLANG DALAM UPSR 5A, UPSRA 9A DAN PMR 8A. HADIRLAH KESURAU UNTUK MELIHAT SENDIRI SIAPAKAH PELAJAR CEMERLANG TERSEBUT. SEMOGA MEREKA AKAN MENJADI CONTOH KEPADA PELAJAR LAIN.

SEMUA IBUBAPA SERTA PELAJAR DIJEMPUT HADIR KE SURAU.

23 December 2011

Hadiah Istimewa Untuk Pelajar Cemerlang UPSR, UPSRA dan PMR


Contoh Keputusan Cemerlang PMR


Kami sedang mengesan pelajar2 UPSR dan PMR 2011 yang mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan yang lepas. Kami akan memberi sumbangan istimewa kepada anda.

Syarat2:

1. UPSR - 5A sahaja
2. UPSRA - 9A sahaja
2. PMR - semua A sahaja
3. Penduduk PPR Pantai Ria sahaja

Sila hantar salinan keputusan UPSR dan PMR beserta Kad Hijau DBKL (sebagai pengesahan penduduk PPR Pantai Ria) kepada mana2 AJK surau dengan segera,

Tarikh tutup: 26 Disember 2011.

Tarikh pemberian sumbangan ini akan dimaklumkan kemudian.

18 December 2011

Pelajar Malaysia Yang Hilang Di Dublin dah Berkahwin Tetapi .....................

Tak tergamak nak lihat gambar2 ini, tetapi jika benar, ini tindakkan berani Sdr Ariff Alfian, yang menyongsang arus, mengikut tabiat kaum Nabi Luth, yang akhirnya hancur binasa.






Gambar semasa masih jadi pelajar


Bersama "isterinya", Mr Jonathan





Sebenarnya sukar untuk meyusun ayat yang sesuai apabila menatap gambar ini yang tersebar di internet Jumaat…kecuali GILA.

Seorang lelaki mat saleh manakala seorang lagi lelaki Melayu,lengkap berbaju Melayu.Upacaranya ialah majlis perkahwinan – lelaki dengan lelaki.

“Betul ke?”.Dilihat dari segenap sudut,rasanya gambar yang disiar menerusi twitter Aysha Ridzuan bukan satu rekaan atau lakonan.

Rentetan gambar-gambar cukup meyakinkan.

Sedihnya kenyataan ini adalah realiti ngeri bagi keluarga lelaki Melayu itu yang selama ini mencari ‘kehilangannya’.

Situasi itu tentu menyeksakan…lebih dari satu kehilangan.

Ia menyimpang terus dari norma adat,budaya dan agama.

Mengikut Aysha Ridzuan inilah Ariff Alfian Rosli,pelajar Malaysia jurusan perubatan di Dublin,Ireland yang dilaporkan oleh keluarganya di Kuala Lumpur gagal dihubungi sejak tiga tahun lampau.

Kisah pencarian keluarga itu yang telah lapan kali berulang alik ke Dublin disiarkan dalam Utusan Malaysia baru-baru ini.

Ariff, kini berusia 28, ialah bekas pelajar cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia di Sekolah Menengah Kebangsaan, Seksyen 5 Wangsa Maju,Kuala Lumpur pada 2001.

Dia kemudian dihantar ke United Kingdom untuk membuat A Level dan pada 2003 melanjutkan pengajian di Universiti College Dublin (UCD) –

petikan dari agendadaily

14 December 2011

Punca Anak Derhaka

APA PUNCA ANAK DERHAKA

Sabda Rasulullah s.a.w. "Berguraulah dengan anak kamu kala usianya satu hingga tujuh tahun. Berseronok dengan mereka, bergurau hingga naik atas belakang pun tak apa. Jika suka geletek, kejar atau usik anak asalkan hubungan rapat. Lepas tujuh hingga 14 tahun kita didik dan ajar, kalau salah pukullah dia (sebagai pengajaran)" dimana yang nak dipukul tu? Tapak kakinya..... bukan muka, punggung, telinga dan ditempat-tempat yang sensitif.... itu salah... "Jika dia bijak dan menang dalam sebarang pertandingan sekolah, ucapkan tah nia h. Tidak salah kita cium atau peluk mereka sebagai tanda penghargaan. Kala umur mereka 14 hingga 21 tahun jadikan kawan . Tetapi selalunya usia beginilah ibu bapa mula merenggangkan hubungan dan ini menyebabkan anak derhaka".Yang penting anak-anak harus dilatih sembahyang jemaah bersama, latih cium tangan dan peluk penuh kasih dan sayang, maka mereka tidak akan tergamak menderhaka . "Saya pernah tinjau, anak-anak yang lari daripada rumah, berpunca daripada rasa bosan. Belum sempat letak beg sekolah, ibu dah suruh macam-macam. Si anak rasa tertekan dan menyampah dengan persekitaran dan rumahnya. Boleh disuruh tetapi berikan hak mereka di rumah. Yang penting dia balik ke rumah suka, dan pergi sekolah pun seronok. "Mungkin ibu bapa punya alasan tidak rapat dengan anak-anak kerana sibuk. Kita boleh cuba cara lain, balik di tengah malam, anak-anak sudah tidur, pergi bilik dan cium dahinya. Hubungan rohani tetap subur, walaupun anak tidur tetapi jiwanya sentiasa hidup." Jangan kita tunjuk sikap kita yang panas baran, pemarah dan ada kuasa veto kepada mereka, jangan suka mengherdik mereka dengan perkataan "bodoh, kurang ajar, sumpah seranah dan sebagainya yang merupakan doa kepada mereka". inilah yang menyebabkan mereka derhaka kepada kita...


DOA ANAK-ANAK TERMAKBUL

Lazim orang tua, pantang anak menegur walaupun tahu mereka bersalah. Jangan rasa tercabar kerana pesan orang tua-tua, bisa ular tidak hilang walau menyusur di bawah akar. Sayyidina Umar berkata, kanak-kanak tidak berdosa dan doa mereka mudah diterima. Begitu juga dengan Rasulullah, kalau berjumpa anak-anak kecil, Baginda cukup hormat dan sayang sebab anak-anak tidak berdosa. Lagipun kanak-kanak kalau menegur memang ikhlas dan jangan ambil endah tidak endah. Perasaan anak juga mesti dihargai, sesetengah orang tua kurang bercakap dengan anak-anak. Kalau menegur pun dengan ekor mata dan herdikan. Si anak rasa tersisih dan tidak dihargai. Kepada kawan tempat mereka mengadu, bila jumpa kawan baik tidak mengapa, tetapi jumpa yang samseng, ia sudah tentu membawa padah.

BERTAUBAT SEBELUM MELARAT
Jika Tuhan menurunkan hidayah, segeralah insaf dan bertaubat. Tetapi apa caranya jika orang tua telah meninggal sedangkan sewaktu hidupnya kita derhaka dan melawan mereka? Bila insaf, selalulah ziarah kubur emak ayah kita dan bacakan ayat-ayat suci untuknya. Jumpa semula kawan-kawan baik ibu atau jiran-jiran yang masih hidup dan buat baik dengan mereka. Sedekah ke masjid atas nama ibu ayah. Walaupun ibu ayah sudah meninggal, minta maaf berkali-kali semoga ibu redha dan Allah ampunkan dosa. Allah maha pengampun dan luas rahmatnya. Tetapi jangan ambil kesempatan buat jahat kemudian bertaubat. Hidup tidak tenteram atau bala turun. Cuba kita perhatikan kemalangan yang berlaku setiap hari. Misalnya tayar kereta pecah, jangan lihat dengan mata kasar, selidik apa salah yang telah kita buat hari ini. Pertama bagaimana hubungan kita dengan Tuhan, jika semuanya baik, turun ke peringkat kedua, bagaimana pula hubungan dengan ibu? "Pastikan hubungan dengannya sentiasa harmoni dan lancar. Tidak rugi menjalinkan hubungan yang baik kerana hayat mereka bukanlah terlalu panjang untuk bersama kita."

HUBUNGAN DENGAN BAPA

Lazim ibu yang dilebihkan, sedangkan bapa menjeruk perasaan kerana tidak dipedulikan anak-anak. "Hubungan dengan bapa sepatutnya sama dengan ibu tetapi dalam konteks Islam, kalau berlaku pertembungan, nabi suruh utamakan ibu dahulu. Tiga kali ibu barulah sekali kepada bapa." Bagaimanapun sebaik-baiknya, kasih sayang dan perhatian biar sama agar kedua-duanya tidak berkecil hati. Begitu juga dengan nenek, walaupun kata-katanya ada yang mengarut tetapi jangan melawan di depan mereka. Sebenarnya golongan nyanyuk dan tua mencabar kesabaran kita. Walaupun Allah tidak ambil kira kata-kata mereka tetapi kita wajib mentaati dan menghormati golongan tua."

USAH DERHAKA KEPADA MENTUA
Mentua mesti dimuliakan seperti kita menghormati orang tua sendiri. Kalau mereka kecil hati, samalah seperti tersinggungnya hati emak. Kita sayang anaknya kenapa tidak sayang orang yang melahirkannya juga? "Saya tahu, ada menantu kecil hati dan pendam perasaan terhadap mentua yang terlalu ambil berat tentang anaknya. Bersabarlah dan jalin hubungan baik kerana taraf mereka sama seperti ibu bapa kandung," jelasnya. Kewajipan anak lelaki, pertama kepada Allah, kedua rasul, ketiga emak dan emak mentua, keempat bapa dan bapa mentua dan kelima baru isteri. Isteri kena faham, kalau dia sayang dan melebihkan ibu bapa, itu memang wajar. "Sebaliknya anak perempuan, yang pertama Allah, kedua rasul dan ketiga suami.. Jalan pintas ke syurga bagi anak-anak selain Allah adalah emak dan ayahnya. "Perasaan mentua perlu dijunjung kerana mereka berhak ke atas menantu. Seperti kisah Nabi Allah Ibrahim dengan anaknya Nabi Ismail. Suatu hari, Nabi Ibrahim ke rumah anaknya dan kebetulan Nabi Ismail tidak ada di rumah isterinya pun tidak kenal dengan mentuanya. Menantu berkasar menyebabkan Nabi Ibrahim kecil hati. Dan sebelum balik dia berpesan kepada menantunya suruh suaminya tukar alang rumah kepada yang baru. Bila Nabi Ismail balik, isterinya pun menggambarkan rupa lelaki tersebut menyampaikan pesan. Nabi Ismail sedar itu adalah ayahnya. Nabi Ismail insaf di sebalik simbol kata-kata ayahnya, bahawa isterinya bukan daripada kalangan wanita yang berakhlak, lalu diceraikan. Nabi Ismali berkahwin kali kedua dan bapanya masih tidak mengenali menantu. Sekali lagi Nabi Ibrahim melawat dan menantunya melayan dengan bersopan santun walaupun tidak kenal siapa NabiIbrahim. Nabi Ibrahim tertarik hati dan sebelum balik berpesan lagi, katakan alang rumah anaknya sudah cukup baik dan jangan ditukar kepada yang lain.


Ada sebanyak 501 tips yang diberikan oleh penulis iaitu Robert D. Ramsey untuk mempertingkatkan potensi anak-anak anda dan seterusnya menempatkan anak-anak anda dikalangan winners. Tips ini menurut penulis jika diamalkan mampu menjadikan anak-anak. Kita sebagai winners. Penulis berpendapat apa yang membezakan antara winners dan losers
Adalah mudah iaitu:-

Winners percayakan diri mereka dan boleh membayangkan diri Mereka dikalangan orang yang berjaya sementara losers merasakan diri Mereka tidak boleh.

Tips;

1.Mulakanlah hidup anak anda dengan nama panggilan yang baik.
Nama panggilan yang kurang baik akan menyebabkan anak anda malu dan merasa rendah diri. (Dalam Islam sendiri nama panggilan yang baik adalah digalakkan).

2.Berikan anak anda pelukkan setiap hari (Kajian menunjukkan anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yg lebih kuat daripada anak yang jarang dipeluk)

3.Pandanglah anak anda dengan pandangan kasih sayang (Pandangan ini akan membuatkan anak anda lebih yakin diri apabila berhadapan dengan persekitaran)

4.Berikan peneguhan setiap kali anak anda berbuat kebaikan (Berilah pujian, pelukkan, ciuman, hadiah ataupun sekurang-kurangnya senyuman untuk setiap kebaikan yang dilakukannya).

5.Janganlah mengharapkan anak anda yang belum matang itu melakukan sesuatu perbuatan baik secara berterusan , mereka hanya kanak-kanak yang sedang berkembang. Perkembangan mereka buatkan mereka ingin mengalami setiap perkara termasuklah berbuat silap.

6.Apabila anda berhadapan dengan masalah kerja dan keluarga,pilihlah keluarga (Seorang penulis menyatakan anak-anak terus membesar. Masa itu terus berlalu dan tak akan kembali).

7.Di dalam membesarkan dan mendidik anak-anak, janganlah tuan/puan mengeluh. Keluhan akan membuatkan anak-anak merasakan diri mereka beban.

8.Dengarlah cerita anak anda, cerita itu tak akan dapat anda dengari lagi pada masa akan datang. Tunggu giliran anda untuk bercakap (Ini akan mengajar anak anda tentang giliran untuk bercakap)

9.Tenangkan anak anda setiap kali mereka memerlukannya .

10.Tunjukkan kepada anak anda bagaimana cara untuk menenangkan diri . Mereka akan menirunya.

11.Buatkan sedikit persediaan untuk anak-anak menyambut harijadinya. Sediakanlah hadiah harijadi yang unik walaupun harganya murah. Keunikan akan membuatkan anak anda belajar menghargai. (Anak2 yg dtg daripada persekitaran yang menghargai akan belajar menghargai orang lain).

12. Kemungkinan anak kita menerima pengajaran bukan pada kali pertama belajar. Mereka mungkin memerlukan kita mengajar mereka lebih daripada sekali.

13.Luangkanlah masa bersama anak anda diluar rumah, peganglah tangan anak-anak apabila anda berjalan dengan mereka . Mereka tentu akan merasa kepentingan kehadiran mereka dalam kehidupan andasuami isteri.

14. Dengarlah mimpi ngeri anak-anak anda. Mimpi ngeri mereka adalah begitu real dalam du nia mereka.

15. Hargailah permainan kesayangan anak anda. Mereka juga dalammasa yang sama akan menghargai barang-barang kesayangan anda. Elakkan daripada membuang barang kesayangan mereka walaupun sudah rosak. Mintalah kebenaran mereka sebelum berbuat demikian.

16.Janganlah membiarkan anak-anak anda tidur tanpa ciuman selamat malam,

17.Terimalah yang kadangkala anda bukanlah ibubapa yang sempurna. Ini akan mengurangkan stress menjadi ibu bapa.

18.Jangan selalu membawa bebanan kerja pejabat ke rumah. Anak-anak akan belajar bahawa kerja pejabat selalunya lebih penting daripada keluarga.

19. Anak menangis untuk melegakan keresahan mereka tetapi kadangkala cuma untuk sound effect sahaja. Bagaimanapun dengarilah mereka, dua puluh tahun dari sekarang anda pula yang akan menangis apabila rumah mula terasa sunyi. Anak-anak anda mula sibuk mendengar tangisan anak mereka sendiri.

20. Anak-anak juga mempunyai perasaan seperti anda.

08 December 2011

Kerja Kosong Di Surau dan Masjid



Banner ini benar2 menginsafkan kita dan dipasang diluar salah sebuah surau di Bukit Naga, Klang. Apakah benar masjid dan surau kita kekurangan makmum sehingga perlu di iklankan ? Berapa ramai yang lebih selesa solat di rumah walaupun rumah Allah hanya terletak berdekatan ?

Marilah kita beramai2 memenuhkan rumah Allah, semoga ibadat yang dibuat dengan hati yang ikhlas akan mendatangkan ganjaran besar dariNya.

Seminar Kemahiran Keibubapaan

Akan diadakan di surau al hijrah PPR Pantai Ria pada tarikh berikut:-

Hari: Isnin
Tarikh: 26 Disember 2011
Masa: 9.00 malam hingga 11.00 malam

Terbuka kepada semua ibubapa yang ingin mendapat sedikit ilmu mendidik anak menjadi cemerlang daripada Perunding Motivasi, Dr Abd Aziz Sahat, Pengurus Besar Akademi Minda Bistari.



Biodata Dr Abd Aziz

Nama : DR. ABDOL AZIZ SAHAT
Jawatan : Pengurus Besar.

Alamat : Akademi Minda Bistari
No 34. JLN 2F, TAMAN KLANG PERDANA, 41400 KLANG, SELANGOR
No. Tel : 019 – 3706422
E-mail : DOLAZIZ @ HOTMAIL.COM. / akademi _minda@ymail.com
Kelayakan : B.Sc Universiti Malaya
“Pemegang Anugerah Emas Universiti Malaya 1987”
M . Ed ( Universiti Malaya , 1990 )
Phd. D ( Universiti Malaya , 2002 )

PENCAPAIAN

 Membimbing Pelajar Sekolah Sri Subang Jaya Muncul Sebagai Sekolah Cemerlang UPSR Peringkat Kebangsaan Tahun 1998
 Membimbing Pelajar Sekolah Menengah Sains Muzaffar Shah, Air Keroh Melaka Muncul Sebagai Sekolah Cemerlang SPM Peringkat Kebangsaan Tahun 1998 dan 2002 serta PMR 2000
 Membimbing Pelajar Sekolah Menengah Integrasi Gombak ( SBPI ) Muncul Sebagai Sekolah Cemerlang SPM Peringkat Kebangsaan Tahun 2004
 Membimbing Pelajar Sekolah Menengah Sains Hulu Selangor Muncul Sebagai Sekolah Cemerlang PMR Peringkat Kebangsaan Tahun 2005
 Membimbing Pelajar Sekolah Menengah Jalan Tiga Bangi Muncul Sebagai Sekolah Cemerlang Kategori Luar Bandar Peringkat Kebangsaan Tahun 2005

Kem Motivasi Di Tangguhkan

MAKLUMAN KHAS

KEM MOTIVASI YANG DICADANGKAN PADA 16 HINGGA 18 DISEMBER INI TELAH DITANGGUHKAN KEPADA BULAN MAC 2012 (CUTI SEKOLAH).

IA TERPAKSA DITANGGUH KERANA SEBAB-SEBAB YANG TAK DAPAT DIELAKKAN.

KAMI MEMOHON MAAF KEPADA SEMUA YANG TERLIBAT.

07 December 2011

FORUM PERDANA MAAL HIJRAH

AKAN DIADAKAN SEPERTI BERIKUT"-

TARIKH: 25 DISEMBER 2011 AHAD
MASA: 9.00 MALAM
TEMPAT: DI KHEMAH ANTARA BLOK C DAN D, PPR PANTAI RIA
ANJURAN: SURAU ALHIJRAH / DBKL /PERSATUAN PENDUDUK

PENCERAMAH: 1. USTAZ FATAH MOHD YUSUF - JAWI
2. USTAZAH ZAWIAH SALLEH - BEKAS PEN PENGARAH KANAN JAKIM

MODERATOR: AHMAD JANI BIN IMAM - IMAM MASJID KHADIJIAH

JAMUAN DISEDIAKAN

SEMUA MUSLIMIN DAN MUSLIMAT DIJEMPUT HADIR

05 December 2011

Sekitar Majlis Berkhatan Masjid Khadijah


Berkumpul sebelum berarak




Datuk Sazali dan Datuk Zulkifli









Ruang berkhatan


3 peserta terakhir untuk sesi pagi, menunggu sejak jam 9 pagi, sebelum mereka dah 47 budak dah di "jawikan", penantian itu satu penyiksaan


Bersedia untuk mandi

02 December 2011

Saya Tak Pernah Pindahkan Jin Dengan Bas !

Majlis Berkhatan Perdana Masjid Khadijiah

Buat pertama kalinya, Masjid Khadijah Pantai Dalam mengadakan majlis seumpama ini dengan kerjasama Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) dan UMNO Lembah Pantai. Seramai 180 orang kanak2 akan dikatankan selama 3 hari iaitu pada 2, 4 dan 6 Disember ini. Semua bayaran ditanggung oleh penganjur terutama SPNB yang menyumbang RM22,000 untuk menjayakan majlis ini.

Pada hari Khamis lepas, majlis perasmian telah dibuat oleh Dato Raja Nong Chik beserta dengan Forum Perdana atau ceramah oleh Imam Masjid Shah Alam.

Setiap kanak2 yang berdaftar menerima sumbangan berupa sehelai kain pelekat, mainan, bunga telor serta wang tunai RM30 setiap seorang. Giliran ditentukan dengan mencabut nombor yang disediakan.


Menerima sumbangan dari RNC dan Dato Idris Haron, Pengerusi SPNB


Peserta berkhatan






Dari kiri, Datuk Zulkifli, Datuk Sazali Kamilan, Dato RNC dan Dato Idris




Keluarga peserta2 yang hadir


Berbaris untuk mengambil sumbangan









Asyik TV Melalui PC








http://asyik.tv/widget/1my-web/


Kini ada pilihan untuk kita melihat rancangan2 TV melalui PC .