08 April 2011

Awas Telur Ayam Palsu !!

Cara2 Pembuatan Telur Ayam Palsu



Cara Bezakan Telur Ayam Asli dan Palsu


Macam-macam benda palsu boleh dibuat oleh manusia yang diberi akal oleh Allah SWT tetapi menyalahgunakan akal untuk tujuan tertentu. Kes terbaru ialah telur ayam yang kita makan sehari-hari itu telah didapati palsu di Pulau Pinang. Risau juga kalau-kalau termakan telur palsu kerana risiko kesihatan.

Ikuti video cara buat telur palsu di China.

PETIKAN BERITA HARIAN GEORGETOWN: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) merampas 270 biji telur ayam, dipercayai tiruan dalam pemeriksaan di Pasar Pulau Tikus. Telur berkenaan yang dijual pada harga 35 sen hingga 38 sen sebiji, dirampas jam 10.45 pagi oleh sepasukan pegawai penguat kuasa KPDNKK diketuai Pegawai Penguat Kuasa KPDNKK negeri, Md Nasir Mohamed.

Ketua Pegawai Penguat Kuasa KPDNKK negeri, M Gunaselan, berkata pemeriksaan itu dibuat ekoran aduan diterima daripada Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) berhubung penjualan telur tiruan di pasar itu. Semua telur ayam itu akan dihantar ke Jabatan Veterinar untuk pemeriksaan bagi memastikan telur ayam berkenaan adalah tiruan atau sebaliknya.

Siasatan akan dilakukan mengikut Akta Perihal Dagangan 1972 dan jika sabit kesalahan boleh didenda RM100,000 atau tiga tahun penjara atau kedua-duanya sekali bagi kesalahan individu. CAP mendedahkan ada telur ayam yang dijual di pasaran tempatan adalah telur tiruan yang diperbuat daripada bahan kimia yang boleh menjejaskan kesihatan pengguna.Bentuk telur tiruan agak luar biasa dan bersaiz lebih besar berbanding telur biasa dan baunya juga tidak sama.

Telur tiruan juga tidak mengandungi khasiat atau nutrisi dan penuh dengan bahan kimia berbahaya. Putih telurnya dipercayai diperbuat daripada sodium alginat, alum, gelatin, asid benzoik dan kalsium klorida. Di samping air dan pewarna makanan, kuning telur adalah hasil campuran buah lemon yang diperah dan pewarna makanan. Kulit telur pula diperbuat daripada kalsium karbonat, serbuk gipsum, parafin dengan beberapa bahan campuran lain. Berita Disunting Daripada Sumber : Berita Harian

No comments:

Post a Comment