16 April 2011

Rumah Setinggan Jalan Kubur Terbakar




Rumah setinggan yang terbakar

Sudah lama tak dengar cerita rumah setinggan terbakar di Pantai Dalam sejak kejadian kebakaran besar pada tahun 2006. Pada masa itu hampir 100 rumah yang terlibat dan hampir kesemua keluarga terlibat telah dipindahkan ke PPR Kg Muhibbah, Puchong. Patutlah masa balik kerja semalam semasa di Subang Jaya dah nampak asap hitam tebal dikawasan Pantai Dalam. Difahamkan kebanyakkan mangsa adalah warga Indonesia. Rupa-rupanya masih banyak lagi rumah setinggan kat Pantai Dalam, bila terbakar barulah tahu.

Dari Utusan Online
KUALA LUMPUR 15 April - Sebanyak 12 buah rumah setinggan di Jalan Kubur, Pantai Dalam, di sini, musnah dalam kebakaran hari ini, mengakibatkan kerugian lebih RM500,000.

Kejadian pukul 5.20 petang itu bagaimanapun tidak melibatkan sebarang kemalangan jiwa.

Menurut Penolong Penguasa Balai Bomba dan Penyelamat Wilayah Persekutuan, Wahid Mahad, seramai 60 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat dari Jalan Hang Tuah, Pantai Dalam, Taman Desa, Sentul dan Taman Tun Dr. Ismail terlibat memadam kebakaran.

"Bomba mengalami masalah apabila bekalan air tidak cukup, manakala untuk memperoleh sumber air agak jauh iaitu satu kilometer dari lokasi kejadian.

"Api berjaya dikawal sepenuhnya pukul 6.30 petang. Sebanyak 24 buah rumah setinggan yang lain berjaya diselamatkan," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Katanya, siasatan awal mendapati api mula merebak dari dapur salah sebuah rumah tersebut, bagaimanapun punca sebenar masih disiasat.

No comments:

Post a Comment