Jaraknya ialah 1 km dari persimpangan jalan utama Pantai Dalam. Mereka yang ingin kesana perlu menggunakan kenderaan sendiri atau berjalan kaki.
Namun beberapa perkara perlu diambil perhatian oleh pihak DBKL yang bertanggungjawab keatas pengurusan Taman ini:-
1. Laluan ke Taman ini perlu diperbaiki dan diperindahkan bermula dari persimpangan jalan Pantai Dalam
2. Kemudahan Tandas perlu diperbaiki terutama dari segi tekanan air yang rendah.
3. Ramai remaja lelaki dan perempuan menggunakan Taman Rimba ini sebagai tempat lepak. Dibimbangi perlakuan sumbang atau masalah sosial mungkin berlaku.
4. Ramai mat motor menunggang motorsikal hingga ke Taman Rimba yang sedikit sebanyak menganggu para pengunjung yang ingin berehat.
Dalam kunjungan saya baru2 ni, ada pengunjung taman ini datang dari Shah Alam ! Menurut beliau, tempat ini lebih sunyi serta selesa untuk beriadah, tambahan pula ada laluan denai yang tiada ditempat lain. Beliau lebih suka tempat ini dari Taman Tasik Shah Alam !.
Kepada penduduk Pantai Dalam yang belum pernah kesana, silalah berkunjung, anda akan terkejut kerana kawasan yang dahulunya kawasan rumah panjang serta hutan telah bertukar menjadi taman riadah yang menarik.
Jalan masuk ke Taman Rimba Kerinchi
Tanah Perkuburan Kawasan C Pantai Dalam di laluan masuk ke Taman ini. Disini terdapat sebuah wakaf sumbangan Masjid Khadijiah beserta sebuah tandas yang baru. Tempat parking pun dah dibesarkan.
Jalan masuk baru dibina
Papan tanda ke tempat-tempat menarik
Peta Taman Rimba Bukit Kerinchi
Laluan joging dan treking
Kolam mini dari alur sungai kecil yang mengalir dari atas bukit. Nak mandi pun boleh
Tandas yang bersih dan sempurna - tapi tekanan air kurang
Bulatan sebelum masuk ke Taman Rimba di sebelah kiri. Tempat parking kereta
Laluan masuk ke Taman Rimba dari Jalan Pantai Dalam / Jalan Kubur - sebelah warung rindu
Jalan masuk sedia ada - perlu diperindahkan dengan lanskap
Jalan Masuk baru
Laluan denai dalam hutan simpan. Tak payah pergi jauh untuk aktiviti junggle treking
Laluan baru yang cantik
Pemandangan sekitar Taman