30 August 2014

KRT Blok C dan D Telah Didaftarkan

makluman kepada semua penduduk Blok C dan D PPR Pantai Ria

KRT atau Kawasan Rukun Tetangga untuk blok berkenaan telah diluluskan oleh pihak Jabatan Perpaduan Negara dan Intergrasi Nasional pada 14 Julai 2014. Secara otomatik, semua penghuni Blok C dan D adalah menjadi ahli KRT, tak perlu daftar.

Kita mempunyai ajk penaja untuk menguruskan pendaftaran KRT serta akan mengadakan mesyuarat agung untuk memilih AJK tetap pada

10 September 2014
Rabu jam 9.00 malam
di kawasan lapang depan Bilik Komuniti Blok C.
- jamuan ringan disediakan

Pada hari tersebut juga, kita akan adakan pendaftaran keahlian untuk SRS atau Skim Rondaaan Sukarela. 

InsyaAllah, wakil dari Pihak Jabatan Perpaduan Negara akan hadir memberi penerangan.

Kami berharap semua penduduk Blok C dan D dapat hadir beramai2 memberi sokongan . Pada mereka2 yang berkebolehan memimpin, sila tawarkan diri anda untuk menjadi salah seorang ajk KRT ini. Kami perlukan ajk2 yg amanah, bertanggungjawab serta sedia berkhidmat untuk masyarakat.

- notis dari-
Jamil Hj Omar
Pengerusi Penaja KRT Blok C & D PPR Pantai Ria

No comments:

Post a Comment