29 August 2009

Pembakaran Mercun Makin Menjadi2





Akibat tak dengaq orang tua punya nasihat, nilah dia salah satu akibatnya!





Dalam bulan puasa ni, kita disaran supaya banyak bersabar. Tapi kadangkala kesabaran kita pun ada hadnya sebab kita ni manusia juga. Saya nak komen pasal letupan mercun yang tak berhenti2 dari time buka puasa hinggalah tengahmalam. Disamping mengganggu jemaah yang nak bersolat, ia juga menganggu anak2 kecil. Kita mendapat tahu ada kalangan penduduk sendiri menjadi kaki penjual mercun ni, patutlah pun! Disamping itu juga kadangkala terdengar bunyi meriam buluh yang dimainkan dekat dengan flet kita.

Kita berharap ibubapa dapat mengawal anak2 mereka dari bermain mercun yang keterlaluan yang boleh mendatangkan kemarahan kepada penduduk lain.

27 August 2009

Tentang Puasa

Tingkatan Puasa

Imam Abu Hamid al-Ghazali dalam bukunya Ihya al-'Ulumuddin telah membahagikan puasa itu kepada 3 tingkatan:

1.Puasanya orang awam (shaum al-'umum): menahan diri dari perkara-perkara yang membatalkan puasa seperti makan dan minum.
2.Puasanya orang khusus (shaum al-khusus): turut berpuasa dari panca indera dan seluruh badan dari segala bentuk dosa.
3.Puasanya orang istimewa, super khusus (shaum al-khawasi al-khawas): turut berpuasa 'hati nurani', iaitu tidak memikirkan sangat soal keduniaan

Pembahagian di atas memberikan umat Islam ruang untuk berfikir dan menelaah tingkat manakah mereka berada.

Perkara yang membatalkan puasa

Manakala perkara-perkara berikut akan membatalkan puasa jika terjadi:

1. Makan dan minum dengan sengaja walaupun pada nilaian dan kadaran
yang sedikit pun,seperti memakan saki baki makanan kecil yang terlekat
pada celah gigi dan lain-lain lagi.
2. Muntah dengan sengaja
3. Bersetubuh atau keluar air mani dengan sengaja
4. Keluar darah haid atau nifas
5. Gila (hilang akal)
6. Pitam(termasuk pengsan) atau mabuk sepanjang hari.
7. Merokok disiang hari.(Termasuk menghisap ganja atau dadah)
8. Murtad (keluar dari Islam)
9. Memasukkan sesuatu ke dalam rongga terbuka seperti menyembur pewangi atau menyegar mulut dan sebagainya.Larangan ini tidak termasuk memasukkan air atau udara kedalam rongga terbuka kerana ingin berwuduk atau melegakan kesakitan dan ketidakselesaan pada rongga (dengan syarat air tersebut tidak diminum atau ditelan dengan sengaja).

Mereka yang diizinkan berbuka

Terdapat kelonggaran (harus) kepada golongan yang berikut untuk berbuka:

Orang yang sakit .
Orang yang berkerja buruh.
Orang yang dalam musafir (perjalanan).
Orang tua yang sudah lemah.
Orang yang hamil dan ibu yang menyusukan anak.

26 August 2009

KEM IHYA' RAMADHAN 1430 Hijrah


Kemudahan asrama untuk peserta / bilik beraircond


Pemandangan ruang solat utama bahagian dalam masjid wilayah


Pandangan bahagian luar


Masjid Wilayah Persekutuan, Jalan Duta, Kuala Lumpur

sempena bulan Ramadhan al mubarak, Surau Al Hijrah sekali lagi dengan kerjasama Perkim dan Sedayu Event Management akan menganjurkan Kem Ihya' Ramadhan dengan butir2 seperti berikut:

a) Tarikh: 5 -6 September 2009 (2 hari 1 malam)
b) Tempat: Masjid Wilayah Persekutuan, Jalan Duta, KL
c) Hari: Sabtu dan Ahad
d) Umur peserta: 10 hingga 14 tahun sahaja
e) Bayaran pendaftaran: RM5.00 setiap peserta
f) Borang akan mula diedar pada 27 Ogos 2009
g) Terhad pada 80 orang peserta sahaja.
h) Hanya untuk anak2 penduduk PPR Pantai Ria
i) Mendapat kebenaran ibubapa / penjaga
j) Pengisian program:
pengukuhan cara bersolat
bersuci
kerohanian
qiamullail
bertadarus al quran
cara menjadi anak soleh

Ambillah kesempatan ini untuk menghantar anak-anak anda untuk mengikuti kem ini. Semoga ilmu yang didapati pada bulan puasa ini akan diberkati oleh Allah SWT.

24 August 2009

Bubur Lambuk Surau Al Hijrah

sempena bulan puasa, surau alhijrah mengambil inisiatif untuk memasak bubur lambuk dalam periuk besar untuk diagihkan kepada para penduduk Islam PPR Pantai Ria. Beberapa orang sukarelawan bergotong royong memasak bubur tersebut mulai jam 2.00 petang. Ia dieadarkan mulai jam 5.30 petang. Sambutan sangat menggalakkan kerana bubur tersebut habis dalam masa 45 minit sahaja. Buat permulaan, ia disediakan setiap hari sabtu dan ahad sahaja atau hari cuti umum.


Sedang mengacau bubur lambuk, aromanya sangat menggoda !


Memasukkan ramuan istimewa dalam periuk


Sedang mengagih bubur lambuk


Bekas kena bawa sendiri - untuk kurangkan penggunaan plastik

22 August 2009

SELAMAT BERPUASA KEPADA SEMUA MUSLIMIN



Sempena bulan Ramadhan ini, marilah kita semua tingkatkan usaha menjadikan Ramadhan kali ini yang paling bermakna dalam hidup !

More / Tahil Sepanjang Bulan Ramadhan

Jadual giliran more untuk semua rumah orang Islam setiap tingkat telahpun diedarkan. Sila rujuk kepada jadual tersebut untuk mengetahui bilakah giliran rumah dan tingkat anda. Bekerjasama untuk menyediakan juadah more untuk kita sama2 nikmati selepas solat tarawikh.

Jika ada pertanyaan, sila hubungi ajk surau.

Borang tahlil juga telah mula diedarkan. Sila isikan dengan segera dan nyatakan hari pilihan anda supaya pihak kami dapat membuat jadual tahlil setiap malam dengan sempurna.

Bersedekah dan menjamu orang yang berpuasa dibulan puasa amat besar pahalanya.

Solat Tarawikh - Jemaah Melimpah ke Luar


Jemaah yang tak dapat masuk kedalam surau terpaksa bersolat diruang kaki lima surau semasa solat tarawikh malam pertama. Jemaah yang hadir dianggarkan hampir 400 orang sedangkan surau hanya boleh memuatkan 150 orang. Sebahagian jemaah terpaksa pulang kerana tiada tempat kosong lagi.



Kerana ruang solat tambahan juga telah penuh, sebahagian jemaah wanita terpaksa menggunakan ruang didepan stor dibahagian sebelah tempat meletak kereta. Keadaan amatlah tidak selesa tetapi itulah sahaja yang mampu disediakan oleh jawatankuasa surau.



Pandangan bahagian depan surau semasa solat tarawikh


Syukurlah ruang tambahan solat sempat disiapkan pembinaannya oleh kontraktor yang dilantik JAWI. Ruang solat tambahan ini dikhususkan untuk jemaah wanita dan boleh memuatkan 80 jemaah.

Kita berharap sebuah surau baru yang lebih besar dan selesa untuk para jemaah kita, InsyaAllah.

18 August 2009

Majlis Gotong Royong Meriah

Jawatankuasa Penganjur ingin mengucapkan terima kasih yang tak terhingga kepada penaja2 berikut:-

1. Perkim Kebangsaan - penajaan hadiah
2. DBKL - kemah / peralatan / PA sistem / makanan
3. Syarikat Sara Lee Sdn Bhd - penajaan Ridsect
4. Jabatan Kesihatan DBKL - pameran alat memerangkap nyamuk, fogging
5. Jabatan kesihatan Kuala Lumpur - ceramah kesihatan


Lukisan yang menang hadiah pertama kategori 9-12 tahun


Lukisan yang menang hadiah pertama kategori 6-8 tahun



Cik Farah dari Kursus Kejururawatan Kolej Twintech, wakil
dari Jabatan Kesihatan Kuala Lumpur sedang memberi penerangan
tentang penyakit H1N1


Pemenang pertama kategori 6-8 tahun menerima hadiah


Johan mewarna kategori 9-12 tahun menerima hamper


Pasukan tarik tali Blok B


Persembahan silap mata


Pasukan tarik tali remaja


Sedang menganyam daun ketupat


Peserta sedang tekun mewarna dalam kategori 9-12 tahun


Hj kairom menyampaikan cenderahati kepada Datuk Hasbullah


Datuk Hasbullah sedang berucap


Pasukan tarik tali remaja


Pasukan Blok C sedang berentap


Pertandingan menganyam ketupat



Gotong royong bermula


Kanak2 sedang mewarna


Pameran alat memerangkap nyamuk oleh
Jabatan Kesihatan DBKL


Datuk Hasbullah bersama Hj Kairom serta wakil2
dari komuniti kaum India dan China



Hj Kairom sedang berucap



Penduduk2 yang hadir



Persembahan silat seni gayong sebagai acara
pembukaan



Hadiah2 menarik tajaan Perkim



Penduduk sedang mendaftar untuk pertandingan



Kanak2 sedang mendaftar untuk pertandingan mewarna

14 August 2009

Majlis Gotong Royong Perdana PPR Pantai Ria

Hari: Ahad Tarikh: 16 Ogos 2009 Masa: 8.00 pagi hingga 1.30 tengahari
Tempat: Kawasan Lapang Hadapan Blok D, PPR Pantai Ria

ATURCARA
8.00 pagi - Penduduk berkumpul di kemah
8.15 pagi - Ketibaan VIP / Tetamu Jemputan
8.30 pagi - Demonstrasi Silat Seni Gayong Malaysia
- Bacaan Doa Selamat
- Ucapan Pengerusi Surau
- Ucapan Pengerusi Persatuan Penduduk
- Ucapan Perasmian oleh Datuk Hasbullah L. Isa – PenolongSetiausaha Agung
Kehormat PERKIM
9.00 pagi - Gotong Royong bermula
9.00 pagi - Pertandingan mewarna - kanak2
10.30 pagi - Pertandingan mewarna tamat
10.00 pagi- persembahan silap mata
11.00 pagi - Gotong royong tamat
11.00 pagi - Jamuan / Pertandingan tarik tali / pertandingan menganyam ketupat
12.00 tgh - Ceramah Kesihatan - H1N1 oleh Jabatan Kesihatan Kuala Lumpur
12.30 tgh - Penyampaian hadiah Pertandingan Mewarna / Tarik Tali / Menganyam
Ketupat
Cabutan Bertuah
1.30 tgh Sembahyang Zohor Berjemaah / Bersurai

Perhatian: Waktu pagi jam 8.00 akan diadakan fogging oleh Jabatan Kesihatan DBKL. Pameran alat memerangkap nyamuk akan diadakan oleh Jabatan Kesihatan DBKL. Jabatan Kesihatan KL akan mengadakan meja penerangan tentang H1N1 serta pameran.

SEMUA PENDUDUK SEMUA KAUM DIJEMPUT HADIR BERAMAI RAMAI. BERIKAN SOKONGAN ANDA .

08 August 2009

AKTIVITI BULAN PUASA SURAU AL HIJRAH

Mesyuarat AJK Surau Al Hijrah pada 7 Ogos 2009 telah bersetuju untuk perkara2 berikut:-

1. Solat Tarawikh - dibuat 20 rakaat
2. Jika ada tazkirah, dibuat 8 rakaat
3. Akan dibuat jadual giliran imam2/bilal2 sepanjang Ramadhan
4. Jamuan berbuka puasa - disediakan oleh surau seperti air dan kurma, jemaah boleh membawa kuihmuih.
5. Jadual untuk more (selepas tarawih) kini dibuka - sesiapa yang ingin menyumbang makanan/kuih pada hari pilihan mereka diminta menghubungi ajk surau.
6. Setiap malam, selepas solat tarawih, akan dibuat tadarus Al Quran, penyertaan dibuka kepada semua jemaah yang berminat
7. Borang tahlil akan mula diedar - akan dibuat setiap malam Ramadhan.
8. Bubur lambuk akan dibuat setiap hari Sabtu dan Ahad dan akan mula diedarkan selepas solat asar. Jemaah boleh membawa bekas sendiri untuk mengambil bubur tersebut sambil menderma kepada tabung surau.
9. Qiamullail dan kuliah subuh akan di pimpin oleh Ustaz Basri Mohd dari Perbadanan Hal Ehwal Angkatan Tentera pada 29 Ogos bersamaan 8 Ramadhan mulai jam 3.30 pagi.
Sekian, wassalam.

07 August 2009

Menurap Semula Jalan oleh DBKL

Pihak DBKL akan menurap semula semua jalan dalam kawasan PPR Pantai Ria. Perkara ini dimaklumkan melalui notis yang telah ditampal disemua kawasan lif semua Blok mulai 11 hingga 20 Ogos 2009 ini. Kami mengharapkan semua penduduk akan memberikan kerjasama supaya dapat mengalihkan kereta semasa kerja2 ini sedang dijalankan. Kita berterimakasih kepada pihak DBKL yang memberi peruntukkan untuk kerja-kerja ini memandangkan banyak jalan dah pecah2 dan berlubang.

06 August 2009

JADUAL KULIAH BULAN OGOS 2009

4 OGOS
SELASA - USTAZ KHOIRUDIN LUBIS
LEPAS MAGHRIB - TAJWID
SEMUA

5 OGOS
RABU - USTAZ YASSIR
LEPAS MAGHRIB
TAFSIR FEKAH - SEMUA

RABU 5 OGOS
USTAZAH NORBAAYAH
LEPAS ISYAK - TAJWID - WANITA

6 OGOS
KHAMIS - TAHLIL DAN YASSIN

7 OGOS
JUMAAT - USTAZAH HAMNAH
LEPAS ISYAK - TAJWID - WANITA

8 OGOS
SABTU - USTAZ MOHAMMAD
LEPAS MAGHRIB - PENGAJIAN AGAMA
KANAK2

9 OGOS
AHAD - USTAZ ADLIN
LEPAS SUBUH - KULIAH SUBUH
SEMUA

11 OGOS - SELASA
USTAZ KHOIRUDIN LUBIS
LEPAS MAGHRIB - TAJWID - SEMUA

12 OGOS
RABU - USTAZ AHMAD
LEPAS MAGHRIB - AKIDAH MUSLIMIN
SEMUA

12 OGOS
RABU - USTAZAH NORBAAYAH
LEPAS ISYAK - TAJWID - WANITA

13 OGOS
KHAMIS - YASSIN DAN TAHLIL

14 OGOS
JUMAAT - USTAZAH HAMNAH
LEPAS ISYAK - TAJWID - WANITA

15 OGOS
SABTU - USTAZ MOHAMMAD
LEPAS MAGHRIB - PENGAJIAN AGAMA
KANAK2

18 OGOS
SELASA - USTAZ KHOIRUDIN LUBIS
LEPAS MAGHRIB - TAJWID
SEMUA

19 OGOS
RABU - USTAZ YASSIR
LEPAS MAGHRIB - TAFSIR / FEKAH
SEMUA

19 OGOS
RABU - USTAZAH NORBAAYAH
LEPAS ISYAK - TAJWID - WANITA

20 OGOS
KHAMIS - YASSIN DAN TAHLIL

21 OGOS - 31 OGOS
SOLAT TARAWIKH

SABTU - 8 RAMADHAN
USTAZ BASRI MOHD
QIAMULLAIL /KULIAH SUBUH

BENGKEL PUASA RAMADHAN & SOLAT TARAWIH BERSAMA DAN FORUM PERDANA SAUDARA MUSLIM ANJURAN PERKIM


05 August 2009

Masalah Double Parking

Sebagai penduduk PPR Pantai Ria yang prihatin, kita mestilah bertimbang rasa terhadap jiran2 dan rakan2 kita yang juga mempunyai kenderaan terutama kereta. Kalau kita nak parking dihadapan kereta mereka kerana tempat telah penuh, janganlah anda menarik hand brake atau memasang gear pada kenderaan anda. Macam mana kenderaan dia nak keluar kalau dia tak dapat nak menolak kereta anda ke tepi. Bagaimana kalau beliau dalam kecemasan atau hendak pergi bekerja, sudah tentu perasaan tak puas hati akan timbul dan mungkin juga pergaduhan akan berlaku. Sudah banyak kali kita dengar bunyi hon di tekan bertalu2 oleh pemilik kereta yang menghadapi keadaan seperti ini sehingga kita semua rasa terganggu.

Jika kita semua dapat bekerjasama, hormat menghormati dan bertimbangrasa, sudah pasti masalah tidak timbul.

Kehilangan Motosikal - Timbul Semula

Pihak kami mendapati kes kecurian motosikal di PPR Pantai Ria telah muncul kembali ! Baru baru ini kami dimaklumkan 4 buah motosikal telah hilang dalam masa 1 malam sahaja. Kami merasa agak hairan juga kerana begitu banyak motosikal boleh hilang dalam masa yang sama. Menurut pemilik salah sebuah motosikal yang hilang itu, beliau telah mengunci disc tayar dengan padlock dan juga telah mengunci handle tetapi hilang juga. Kemungkinan juga pihak sindiket yang terlibat dengan menggunakan lori atau van. Jadi tak guna kita kunci berapa banyak pun, dia hanya perlu angkat saja, cukup mudah.

Semoga kita semua lebih berhati-hati terhadap kenderaan kita serta terhadap perlakuan seseorang yang mencurigakan dikawasan kita.