05 August 2009

Kehilangan Motosikal - Timbul Semula

Pihak kami mendapati kes kecurian motosikal di PPR Pantai Ria telah muncul kembali ! Baru baru ini kami dimaklumkan 4 buah motosikal telah hilang dalam masa 1 malam sahaja. Kami merasa agak hairan juga kerana begitu banyak motosikal boleh hilang dalam masa yang sama. Menurut pemilik salah sebuah motosikal yang hilang itu, beliau telah mengunci disc tayar dengan padlock dan juga telah mengunci handle tetapi hilang juga. Kemungkinan juga pihak sindiket yang terlibat dengan menggunakan lori atau van. Jadi tak guna kita kunci berapa banyak pun, dia hanya perlu angkat saja, cukup mudah.

Semoga kita semua lebih berhati-hati terhadap kenderaan kita serta terhadap perlakuan seseorang yang mencurigakan dikawasan kita.

1 comment:

  1. bagi mengatasi masalah ini ,minta pihak dbkl menyediakan besi palang supaya pemilik motosikal boleh merantai motosikal mereka. cadangkan tempat yang sesuai dan perancangan rapi supaya ia tidak mengganggu keselesaan penhuni yang lain.

    ReplyDelete